..... Love Is Beautiful....

Monday, September 22, 2014

42. Cucur Ubi Kentang

Assalammu'alaikum

Aritu aku plan nak buat cucur kentang. aku ada tgok resipi viral di fesbuk. tapi aku tak brapa nak ingat resepi asal. jadi aku main ikut sedap aku jer..janji basic ingredient dia kentang..ada paham!!! hahahah...so sama jer mcm buat cucur lain..rasa dia boleh tahan sedap. dan macam biasa aku cicah Sos Kicap Pedas. tp ada satu kali tu kicap habis jadi aku buat kicap sendiri. entah kicap johor kot lebih kurang mcm tu la....tapi xdelah pulak gambar time dah habis masak..tak hengat nak mampos pasal tengah goreng aku ingat lagi hero aku asek sebat satu persatu dengan ayat dia... "tak sedap...langsung tak sedap mama".... tapi mulut asek mengunyah tangan asek merembat....betul ke peribahasa aku ni..... lantak la...janji ok ahahahah...dan abang aku kata...haaa cuba macam ni jual...serius dlm beberapa minit zapppppp dah licin...tak ingat lagi nak snap bagai....

Resepi: Cucur Ubi Kentang
Sumber: Diri sendiri ilham dri FB

Bahan-bahan

3 biji ubi kentang
3 biji bawang merah
1 pokok daun bawang/sup
1 genggam ikan bilis
2 batang cili panjang merah/hijau
3 biji cili padi kalo nak tambah
garam, aji dan gula
air
3-4 senduk tepung gandum
secubit baking powder1 biji telur (aku tak letak)
sedikit kubis (kalo nak)

Cara-cara
Sagatkan ubi kentang dan campur semua bahan dan sebatikan sepaya adunan tak berketul. panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Utk Kicap Cicah (Jika tiada sos ready made)
3 ulas bawang putih
4 biji cili api
Kicap manis
1/2 sudu besar gula

Cara
Tumbuk semua kecuali kicap. kemudian masukkan kicap.

 daun bawang...kalo xde bloeh letak daun sup

 tambah tepung gandum

 sekata kan...jgn kasi ketul ketul....biar cair sikit

 agak-agak macam ni la

ni jer gambar sempat aku snap.....!!!!

41. Kangkung Goreng Belacan

Assalammu'alaikum


Ok..gambar kat atas ni adalah sayur kangkung masak belacan hasil dari tanamanku di kebun mini 'Cinta Amani. Alhamdulillah ada rezki. ni petik kali pertama.rasanya dah sebulan kot atau lebih sikit. tp sayur ni terlebih garam sikit tp habis jugak... makan bersama-sama KFC ahahha....sebenarnya dah lama tak makan kangkung. al-kisahnya pasal kami pelihara seekor kura-kura namanya Pixie. so sejak kehadiran pixie kami tak makan kangkung. tak tau kenapa.. mungkin sebab bila tengok kangkung terus teringat kat pixie. lagi satu aku takut jugak kot ada lintah ke..tp utk kalini aku tak risau dah pasal aku sendiri yg tanam.  aku campur dgn kangkung yang aku tanam di beranda tp dalam pasu..ko ade??? takde kan..tapi kurus melidi kalo nak dibandingkan dgn tanam atas tanah. hihihi..ni resepinya. ala senang jer..

Resepi: Kangkung Goreng Belacan
Sumber: Diri sendiri

bahan-bahan

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili api
1 biji cili panjang
1 inci belacan bakar
1 gengam ikan bilis
sayaur kangkung
garam & aji secukup rasa

Cara-cara

tumbuk semua bahan halus halus kemudian tumis hingga naik bau. masukkan garam dan ajinomot0o. kemudian masukkan kangkung dan kacau cepat cepat dan angkat. Siap utk dihidang.

 Sebenarnya blh petik minggu depan tp since hero balik KL aku petik jak lah dulu...nti tumbuh lagi kan hahaahah
TQ ya Allah bg tanaman ni kat we all ...syukur kami

 Nampak mcm tak bnyk tp bersyukurlah kan...

 ni kangkung slim namanya

 ala...bahan bahan simple jer..


 best oo haruman belacan......

happi cooking :)


40. Cucur Sayur

Assalammu'alaikum


Petang petang biasa kami akan minum. arini aku tibe tibe teringin nak makan cucur sayur. aku tengok dalam esbox ada kubis..dan kepala aku tiba tiba Tingggg!!!! hermmmmm......aku ada idea!!!! 

ambik kubis tu...aku ambik cili padi dan bawang serta ikan bilis..aku buat cucur sayur. siap!! dan cicah dgn Sos Kicap Pedas! yummi enak sekali....rasa nak lagi jer... cuba la. senang jer

Bahan-bahan

Tepung gandum dalam 4 senduk mcm tu
kubis belah dua dan hiris nipis
7 biji cili padi
2 biji bawang merah
1 pokok daun bawang
1 gengam ikan bilis
secubit baking powder
2 cubit garam & 1/2 sudu gula
serbuk kunyit (optional)
air ais/air biasa

Cara-cara

Campur semua bahan dan sekatakan. goreng dengan minyak yang panas dan makan dengan sos kicap pedas! 

39. Burger Kampung

Assalammu'alaikum

Hari tu aku takde idea nak masak apa....aku tengok dalam esbok ada ni jer...roti burger takde..so aku pakai lah roti paun.... huhuuhu sian aku.. ala budak pun pandai buat maa....


Bahan-bahan

Roti
Telur
Beef/chicken
Mayonis
Sos Cili
Lada sulah
sayur2an (kubis)

Cara nya tak yah lah kot.....tengok gambar pun dah tau kan... hehhehe

38. Lasagna ii

Assalammu'alaikum


Hye....apakhabar uolls....nampak mcm hangus kan...tp yer aku memang nak kasi dia nampak macma hangus....apsal??pasal aku nak ranguppp!!! eh eh ni aku buat utk kali ke berapa dah aku pun tak tau lagi..ada lagi stok satu paket lasagne sheet aku kat rumah...ni aku masak atas permintaan tuan tanah..ehh silap..atas permintaan encik suami...mementang dia nak balik arini nak order ni la...dia kata...mama masaka lasagna nanti balik papa tinggal makan jer.... ok lah....baik lah ....saya menurut perintah.... sebenrnya ada link aku pernah buat ni..sama jer kot... ni na.... LASAGNA
So resepi ada kat situ...


 Bahan utama. kalini aku pakai mushroom yg potong sendiri. kalo nak cepat beli je sos yg ada mushroom siap siap..sama jer...

 tumislah bawang besar

 Minced beef & Oregano..aritu aku tak bubuh oregano..mahai nyer minced beef sekarang.... T_T

 Lepas letak cili kisar

 Masukkan cendawan butang

 Ni bahan yg mahal utk buat lasagne..pejam mata je nak buat ni...cheese aku letak 4 jenis kali ni
1. parmesan
2. mozarella
3. slices cheese
4. cheddar cheese
Over tak mak??? pedulik la....heheeheh

 Mula melapis....

Macam ni masa dia mentah....

Orite.... utj resipi bolhe refer link kot..ker nak aku paste kan kat sini...meh aku paste la...

Bahan-bahan

Sos Daging
1 ulas bawang merah di mayang
1 ulas bawang putih di mayang
1 biji bawang besar di hiris halus
Cili boh kisar (sendiri ubah)
400g minced beef
1 kotak kepingan lasagna
1 tin sos prego
1 tin cendawan
Sedikit Oregano
Garam, pak aji, gula dan garam secukup rasa


Sos Putih
2 sudu tepung gandum
400ml susu segar dutch lady
6 slices cheesedale
2 sudu makan mentega


Cara-cara

Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih & bawang besar sampai naik bau. Masukkan pula cili kering yg dah dikisar. Kemudian masukkan daging cincang dan biarkan mereneh dan masak. Masuk sos prego, cendawan, garam, pak aji dan gula. Kacau hingga masak dan ketepikan.

Untuk sos putih, mula-mula sangaikan tepong dgn api perlahan hinga warna tepung bertukar kecoklatan. Masukkan mentega. Kemudian tuang susu dan cheese slice. Biarkan mendidih dan kacau spy tidak berketul.

Sementara oven di panaskan pd suhu 180º, rebus kepingan lasagna dengan air yg ditambah mentega/minyak spy x melekat nanti. Kemudian susun kepingan lasagna dalam loyang, pastu sendukkan sos merah, kemudian sendukkan pula sos putih meliputi seluruh permukaan. Kemudian tabur parmessan cheese atau slice parmessan cheese. Buat ulang2 dan bakar pd suhu 180º dan turunkan suhu bergantung dgn jenis oven. Bakar selama 40min...Siap!

36. Ayam Goreng Rangup

Assalammu'alaikum

Menu tengahari kami ialah ayam goreng rangup. kalo ayam goreng budak budak lah yang paling suka kan. termasuk lah aku!! :D


Resepi: Ayam Goreng Rangup
Sumber: Kakak aku

Bahan-bahan

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 senduk cili kering kisar
tepung kentucky/apa apa tepung ayam
kunyit
Garam dan aji

Cara-cara

Perapkan ayam dengan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lenkuas dan cili. masukkkan serbuk kunyit sedikit serta garam dan aji. kemudian masukkan tepung kentucky atau apa apa tepung. Perap selama 1 jam. Goreng dengan minyak yg panas dgn deep frying. Siap utk dijamu :)

37. Nasi Goreng Cornbeef Cheese

Assalammu'alaikum

Pagi ahad...aku awal pagi masak nasik goreng cornbeef. since encik suami ada and dia pun dah start jatuh hati dgn nasik goreng ni maka aku masak lah untuk sekeluarga. kalo sebut nask goreng cornbeef semua org dalam rumah ni suka. tp makesure beli yg halal ehh.. aku suka yg keluaran Brunei sebab confirm HALAL. dan tekstur masih sama dgn zaman 90's kami dulu. dulukan masa kami kecik kecik selalu makan cornbeef tp yang Malaysia punya. dulu memang murah, skrang pun murah RM4.++  mcm tu tp sangat2 diragui Halalnya dan tekstur dah tak sama mcm dulu. hanya yg Brunei ni je sama...so feveret sepanjang zaman la. yg ni satu tin harga RM18 kalo kat sini. kalo kat Brunei USB4.++ jer... rasa aku pernah kot bg resepi ni...jap jap aku kasi link...$%#% .eh eh...tak pernah la...huhu..ok takper jgn risau ni dier resepi aku nak tepek



Reseipi: Nasik Goreng Cornbeef Cheese
Sumber: Diri Sendiri

Bahan-bahan

1 tin cornbeef keluaran Brunei RM18 atau RM16
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
8 biji cili padi
garam & aji
Seperiuk Nasi (aku 4 pot)
2 slices cheese  apa apa jenama

Cara-cara

Panaskan minyak. tumis bahan tumbuk seperti bawang merah, bawang putih dan cili padi. masukkan bawang besar.kacau sekejap. masukkan daging cornbeef. kacaukan selalu supaya tak hangus. bairkan sehingga daging nampak kering dan benar benar masak utk dptkan rasa yg enak nanti. masukkan garam dan aji. kemudian masukkan nasik. goreng hingga sekata dan masukkan cheese slice. siap untuk disaji.

Komen aku - > ni feveret aku!! so takde alasan utk aku kata tak sedap hahah..sebenarnya tak yah letak cheesepun takpe tp aku suka letak cheese nak bg lemak gittew...jom cuba....







34. Hati Daging Kacang Panjang

Assalammu'alaikum

Dari haritu lg teringin nak makan hati.....bukan 'makan hati" ekkkk...no no no......hahaaah. so dengan sepnantas kilat aku zuppppp...dah sampai kat Boulevard shopping mall..aku nak shopping lauk..aku tinggalkan dak kecik Aleesya dan suami....aku blahh je mcm tu..balik mengenjeng ehhh ade ke perkataan mengenjeng?... ahh lantak la...berat wei.... aku beli half je dr sukatan jurujual. dia kate kenapa beli sikit....ehh ehhh suka ati aku la.... siap dia rekomen beli lah kaki lembu.....oopssss.....ohh tidak..blm bersedia nak masak yg aku x reti..kang perlanting kaki lembu tu aku kerjakan....cecepat aku balik sbb aku pergi beli lepas zohor. bagosss kan...masak pukul 1 lebih...makan nya bila???  ahhh ko kire lah sendiri aku nak masak! iskkk garang bebenor aku arini ahak  :D


Resepi: Hati daging kacang panjang
Sunber: Diri sendiri

Bahan-bahan

Hati daging agak agak RM3.50
1 ikat kacang panjang

Bahan tumis

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili api atau lebih
3 sudu besar kicap manis atau lebih
1 sudu besar kicap masin
2 sudu besar cili kering blend


cara-cara

mula mula rebus hati bersama halia utk hilangkan hanyir. kemudian tos. tumis bahan tumbuk spt bawang merah, bawang putih, halia dan cili blend serta cili api. masukkan kicap manis dan masin. Kemudian masukkan hati daging dan kacau. akhir sekali masukkan sayur kacang. tambahkan perasa.siap...

Nampak mcm menyelerakan....mMMmmm...



Rebus hati dengan halia utk hilang hanyir dan tos kan

Bagi kaw kaw pedas ya

Wajib ada kicap

Tumiskan..



Panas-panas lah sedap kan.....




33. Kari Sardin

Assalammu'alaikum

Menu simple dan ringkas tapi nak kelainan pada rasa. konon nyer la hahahah..sebenarnya aku ni memang suka makan sardin dari dulu lg. tp tak lah selalu makan bila teringin jer. ada org cakap tak elok makan sardin boleh mengakibatkan kanser. wallahualam lah kan. bagi aku selagi aku nak mkn benda halal sesekali makan tu apa salahnya kan...penyakit kalo dah nak datang tetap akan datang jugak.

tp selalu aku suka sardin yg digoreng simple just baling cili, halia dan jus asam jawa. super sedap kalo pedas pedas and bawang besar....nantilah ekk entry next aku kikiki :D

Resepi; Sardin Masak Kari
Sumber: Diri sendiri

Bahan-bahan
2 sudu besar serbuk kari
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 cawan santan (optional)
garam & gula
2 biji ubi kentang digoreng dahulu
1 tin sardin Ayam Brand

Hiasan
1 batang cili hijau dihiris nipis

Cara-cara
Panaskan minyak. tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan kari. kacau kan supaya tak hangus. kemudian masukkan sardin dan tambah sedikit air. biarkan mereneh sebentar. masukkan pula kentang yg dah digoreng. kacau serta masukkan garam & gula. boleh tuangkan santan jika nak. siap utk disaji.

kentang digoreng utk cepatkan ianya masak

masukkan kari dan kacau

masukkan sardin

tabur dengan cili hijau

32. Sambal Petai Pedas

Assalamualaikum



Hari tu aku takde idea nak masap ape so memandangkan cuti Hari Malaysia awal pagi bangun temankan encik suami g lokasi utk sambutan hari malaysia. tahun ni buat kat Miri dan kebetulan suami yg bertugas so happy lah kan. tp yg sedei pepagi lepas pergi lokasi suami mtk kebenaran release pasal nak pergi balai polis sebab semalam wallet suami hilang..innalillahiwainnailahirojiun....sian suami..dah lah baru lepas keluarkan cash dr ATM. mungkin bukan rezeki kot...so pendek citer lepas dr settle semua hal singgah pergi tamu. carik apa nak masak...since aku nampak petai...hmmmm ada bagus aku masak ni..ni kegemaran suami..tp masak ape ekk...ahhh aku masak jer lah kan...saja nak bg dia cool...alhamdulillah makan jugak suami aku..tp aku tak pasti ler dia suke ke tak..tp makan jugak la..hehehhe...then tengahari mcm tu..suami bgtau wallet dah jumpa ada org cina yg report kat balai. alhamdulillah...baik org tu.tp duit nyer dah takde..well..anggap jer lah mmg bukan rezki awak wahai suami ku...innshaAllah ada yg lebih baik lepas ni...

ok ni resepi utk sambal petai pedas..

Resepi: Sambal petai pedas
Sumber: Diri sendiri


Bahan-bahan
1 tangkai petai
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar yg size besar
3 sudu besar cili kering blend
7 biji cili api
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
garam, aji dan gula
ikan bilis segengem utk digoreng asing
ikan bilis 1/2 genggam utk ditumbuk
1 inci belacan
sedikit jus asam jawa

Cara-cara

tumbuk bahan2 spt bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili api dan belacan. bawang besar hiris dadu dan ketepikan. panaskan sedikit minyak. tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau. masukkan cili blender dan kacau. kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga layu. masukkab sos tiram dan sos cili, perasa garam dan aji. biarkan mereneh dan masukkan petai.

Untuk bilis yg segenggam tu, goreng dan angkat serta masukkan ke dlm sambal dan padamkan api. akhir sekali masukkan jus asam jawa. siap utk dinikmati.



 Menu tengari kami...