..... Love Is Beautiful....

Tuesday, January 26, 2010

Bersangka baik pada Nya



salam.. :)




Dalam hidup kita mungkin mampu merancang namun tak semua yang kita rancang akan tertunai..banyak hal yang kadang kala kita tidak jangkakan telah berlaku..kedukaan dan kegembiraan adalah asam garam dalam hidup..tanpa kedua-duanya hidup kita tak bermakna dan 'happening'.....yang pasti biar derita atau kita merasakan oa adalah sesuatu yang membosankan, fed-up, pissed off atau apa2 jer kata2 yang menggambarkan betapa kita kecewa dalam hidup, hakikatnya hidup perlu diteruskan selagi hayat di kandung badan.. kegagalan dalam apa jua yang kita impikan bukan bermakna kita akan gagal selamanya tapi binalah keyakinan dan semangat dalam diri dengan bertunjangkan nilai2 murni sbg hamba Allah yang senantiasa di uji oleh-Nya...


saat ini..kedukaan ku sedang pergi meninggalkan aku perlahan-lahan..biar pahit untuk ditelan tapi pasti ada manisnya....yakin lah pada janji Allah dan bersangka baik pada-Nya nescaya kita akan mampu untuk menghadapinya..insyaAllah :)
" Senyumlah Jika Engkau Ingin Orang Lain Tersenyum Padamu"


Sunday, January 24, 2010

Selamat tinggal sayang


harini hari gembira untuk aku...hari ulangtahun kelahiran kakak kesayangan ku, Kak Mazz yg ke-32...dan hari ni juga lah hari yang penuh duka untuk aku..insan yang aku sayang selama ni akan pergi dari hidup ku... segalanya bagaikan sekelip mata..aku sangkakan panas sampai ke petang tapi rupanya hujan di tengahari..cinta dan kasih yang tak pernah berbelah bagi akhirnya punah di tengah jalan. sukar untuk aku menerima kehendak dan takdir ini namun sejauh mana aku dapat lari dan menghalanginya daripada terjadi. semuanya dah tertulis bahawa aku bukan untuknya..syukur pada-Mu ya Allah, di kala dan saat ini, Engkau masih memberi aku kesempatan dan pemikiran yang waras akan semua takdir-Mu..Alhamdulillah..aku bersyukur ya Allah..terima kasih kerana memberi aku petunjuk atas segala keraguan yang senantiasa bermain di benak fikiran hamba-Mu ini..hamba mohon ya Allah, agar Engkau tidak membolak balikkan hati hambaMu ini setelah Engkau memberi petunjuk kepada hamba..Ya Allah, seandainya dia bukan tercipta untuk ku, Kau jauhkanlah dia daripada ku dan seandainya dia tercipta untukku, dekatkanlah dia dengan ku..jika perpisahan ini adalah perpisahan yang diredhaiMu, aku pasrah ya Allah kerana aku yakin di sebalik ujian dari-Mu pasti ada hikmah yang lebih besar dari-Mu.. Ya Allah, berilah hamba petunjuk untuk hamba terus menuju ke sisi Mu, jalan yang Engkau redhai dan berkati..Engkau berilah kebahagian kepadanya walau siapa jua pilihan hatinya..Amin.

Wednesday, January 20, 2010

6 perkara yg Allah sembunyikan (petikan dr blog Resipi Rahsia Ku)


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad."
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...