Okeh...aku lupa nak update resepi ni padahal dah lame duduk dlm henfon aku nih.... maaf maaf maaf yer cik akak cik adik semua hihihi :D
Xmo ckp bnyk kite terus p resepi simple ni. Ok siapkan bahan dulu. Kalo xdak p beli sat........
Aku lupa aku refer blog maner tp ingat jugak lah resepi nya
Bahan2
Bahan utk dimasak
******************
1 tin susu cair
200g minyak sayuran
250g susu pekat
100g serbuk koko
Bahan sampingan
*****************
4 biji telur
250g kastor
150g tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
Cara2
1) Campur semua bahan masak dan dimasak dgn api perlahan hingga licin. Tak perlu sampai menggelegak
2) Pukul telur hingga kembang. Tuangkan adunan yg dimasak ke dlm adunan telur. Satukan adunan ke dlm mixer. Akhir sekali masukkan bahan kering sedikit demi sedikit hingga sebati. Kukus selama 1 jam atau hingga x melekit apabila dicucuk dgn lidi.
Note
°°°°°°
Lanserkan minyak pd loyang dan aluminium foil spy kek yg masak tidak melekit
RESEPI CHOCOLATE GANACHE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
150g cooking coklat
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak
Masak semua dgn kaedah double boiler. X perlu mendidih cukup sekadar cair. Tunggu sejuk sekejap dan tuang atas kek
Boleh jugak ditabur chocolate rice ko suka *,*
Comot...tp rasa wallahhh..lemak.lemak gittew
Nampak luka sikit kat kek tu terkena aluminium foil
Ni nak buat chocolate ganache
Aku tambah cheese cream sbg frosting
Bahan2
*******
250g cream cheese
50g gula aising
Putar hingga sebati. Dan paipkan atas kek.
**** HAPPY BIRTHDAY TO HAZEEM AAMIR & AALIA HAZIRAH ****
Semoga kalian membesar dgn sihat, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Ameen ya rob
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "
Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"
Jawab bapanya,
✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✅ Bukankah nak merokok kena bayar?
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?
Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.
✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar
Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.