Sunday, February 14, 2016

89. Sizzling Mee Kuning

Assalammualaikum


Hi... Dah lama aku x mengabdikan resepi kat sini. Padahal masak je hari hari kadang tangkap gambar tp still x bkdmptn nak update blog last last simpan je gmbr dalam henfon...

Arini 14 feb 2016, dapat perkhabaran sedih daripada adik ipar bagitau bapanya meninggal. Memang mengejutkan kami semua sbb nya pakcik tu tak pernah pulak sakit. Tp Allah jemput dia dgn cara yang sangat mudah. Arwah adalah imam di surau Tudan. Iya mungkin kerana amalan hidup beliau selama ni. Moga moga beliau (pakcik Umar) ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Ameen ya rob

Ok arini just nak share resepi Sizzling. Sepatutnya pakai yee mee tp x pernah masak mee tu n xda stok so aku ubah pakai mee kuning. Lenkali cuba yee mee pulak yer

Komen husband: sedap mama. Lenkali bg pekat lg kuah. :)


Sizzling mee

Bahan bahan
---------------
4 ulas bawang putih d cincang halus
1 ulas bawang merah dicincang
1/2 inci halia dihiliris halus
4 batang cili kering dipotong 1 inci
1 ketul kiub ayam
3/4 sudu lada hitam ditumbuk halus
Sedikit garam
4 sudu sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Air secukupnya
Yee mee atau mee kuning
Sayur sawi
Isi ayam
Cendawan shitake /mushroom tin
2 sudu tepung jagung d tambah 1 cawan air

Cara
------
Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan cili kering hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau hingga kekuningan

Masukkan ayam dan kacau lagi kemudian masukkan cendawan dan tambahkan air. Biarkan mendidih dan tambah sos tiram, kicap manis dan kicap masin. Tambah sedikit garam dan air tepung jagung dan kacau hingga pekat.

Utk penyediaan
-------------------
Ambik hot plat atau kuali. Tuangkan kuah tadi dan tambah sawi dan yee mee atau mee kuning. Pecahkan sebiji telur dan biarkan masak separuh. Sedia untuk di makan.

Selamat mencuba. :)

#versi aku xde hot plate, xda sawi,xde yee mee T_T



Ambik kuah sikit and masak dlm hot plat/kuali, tambah mee dan telur sebijik







Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...