..... Love Is Beautiful....

Sunday, January 25, 2015

Order 2015 Blueberry Cheese Tart

Assalammu'alaikum wth ('',)

Untuk sesiapa yg mencari doorgift atau apa apa jamuan birthday, perkahwinan, doa selamat, aqiqah, boleh refer posting kat bawah yer...

Antara order yg ada seperti cupcakes, kek lapis sarawak, noodles, dan latest tartlet... 


                                                                 Cream Cheese Tart

 Kulit/Shell RM20 (50 pcs) # small size
RM20 (30 pcs) # medium size

Untuk mereka yg hendak membeli shell/kulit tart sahaja tanpa inti



PRICE
Cheese Tart RM7 (10pcs x 1 box) #small size
Min order 3 boxes

#Medium Size RM1.30 each
Min 5 pcs

FLAVOR : Bluberry/Cherry/Pineaple/Chocolate/Mango
===============================================

Egg Tart RM6 (10pcs x 1 box) #small size
Min order 3 boxes

#Medium Size RM1.00 each
Min order 5 pcs


For Doorgift 
the price for custom made box is different charge

Delivery for MIRI CITY only

......WHATSAPP......
014-685 684 9










Tuesday, January 13, 2015

55. Vanila Cup Cake

Assalammu'alaikum (",)

Hari tu dah buat cup cake utk birthday anak kawan..so kek ni jugak aku buat masa birthday Aleesya tu jugak

so ni resipi ekkk..dpt dari kak Azie punyer blog

Bahan-bahan
3/4 cawan butter (60z) -suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum (instead of pakai tepung serba guna)
1/2 sudu teh garam
1 2/3 cawan gula kaster (aku pakai 1 cawan jer)
1 1/4 cawan susu segar/susu tepung/santan (optional aku adjust)
2 1/2 baking powder


Cara-cara
Panas kan oven pada suhu 180-190 dan kurangkan ikut oven masing2

Tepung, garam dan baking powder di satukan dan di ayak
Putar butter dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan masukkan gula dan putar sebati. masukkan telur dan putar lagi

Kemudian masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan hingga sebati. tuangkan adunan ke dalam cawan kek kertas 2/3 penuh dan bakar guna  api atas bawah. make sure letak kan kek pd level paling bawah oven takut masak tak sekata.

Boleh hias dgn fosting bila dah sejuk


Untuk Fosting ni aku ambik dari blog org lain tp lupa apa nama blog :(

Cheese Frosting

Bahan
250g cream cheese
1 cawan gula aising
50g mentega

Cara
Pukul cream cheese hingga lembut dan tak berketul. masukkan mentega dan terus putar. tapis kan gula dahulu supaya tak berketul dan tekstur cheese frosting halus. masukkan sikit demi sedikit ke dalam cream cheese dan rasa ikut kesesuaian. kalo kurang manis tambah kan gula jika tak nak manis kurangkan lah yer....selamat mencuba.. :)











Wednesday, January 7, 2015

54. Ayam Goreng Chrispy Ala-Ala KFC!!!! sapa tak suke!!!!

Assalammu'alaikum (",)

Ini adalah salah satu menu masa birthday Aleesya aritu..aku masak ni sebab nyer aku tau ni kan majlis utk fun kpd kanak-kanak. kanak kanak mesti suka ayam goreng kan..lebih lebih lg kalo ayam KFC betul tak...bukan budak jer malah mak budak bapak budak dan nenek budak pun. teringat pulak kat Uwan d kpg...uwan tak pandai makan ayam dan memang tak akan makan tp bile KFC uwan makan....hahahha klakar uwan....semoga uwan sentiasa sihat Yo!!!

aku buat bnyk aritu...aku beli lebih kurang 7 ekor kot ker lebih ekkk..than aku beli lagi wing yg dalam packet tu biasa dalam 23 ketul mcm tu..utk tambahan.so aku dpt dalm3 bekas kontena besar...aku perap semalaman!!!! nak tau resepi tak...

Jom.....tp aku tak ingat aku dpt dr mana resepi ni...

Resepi: Ayam Goreng Chrispy ala-ala KFC

Bahan utk perap ayam
(Ni aku adjust sbb aku jenis kalo bahan perap mesti nak bnyk)

1 ekor ayam dipotong 8 atau 16 (abaikan kaki)
7 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 sudu kari ayam
1 inci halia
garam ikut masing2
ajinomoto (optional)
serbuk kunyit 1 sudu teh

Bersihkan ayam dan toskan air. kemudian perap ayam bersama bahan bahan di atas dlm tempoh 1 -2 jam atau semalaman pun blh. mcm aku, aku perap petang sebelum nyer lg dan simpan dlm chiller peti ice.

Untuk buat Tepung

2 cawan tepung Jagung
1 cawan tepung gandum
1 cubit soda bikarbonat
1 sudu teh kunyit
1-2 sudu besar serbuk cili (ikut nak pedas atau tak)
telur (aku x pakai still ok)
sedikit garam

Cara

Ok bila ayam dh perap, cara nak salutkan tepung ialah ambil tepung yang dah dicampur bahan2 lain tu dan simpan ke dalam bekas yg ada penutup. ambil 1 atau 2 keping ayam dan tutup bekas serta goncang sehingga tepung menyaluti keseluruhan ayam. sambil tu panaskan minyak ke dalam periuk. bila dah panas deep fry kan ayam tadi dgn api kecik. goreng sehingga masak.

Kalo nak pakai telur, sebelum ayam disalut dengan tepung, rendamkan ayam terlebih dulu ke dalam telur.

Siap.... sebijik mcm KFC!!!!







Tuesday, January 6, 2015

Order 2015 - Tempahan Birthday Party Asyura 1 Tahun

Assalammu'alaikum (",)

Semalam aku buatkan order utk anak kawan aku. kenal massa kami sama sama kursus Kek Lapis dulu. Nor Fatimah namanya dan dia nak order Mee goreng seafood, cupcakes vanilla cheese dan pulut kuning utk ulang tahun kelahiran baby Asyura yg pertama. Happy birthday Asyura. semoga menjadi anak yang solehan, berjaya dunia dan akhirat serta membanggakan kedua ibu bapa. ameen..

Terima kasih kerana sudi menempah dgn kamek :)

So kat bawha sedikit sebnyak gambar yg aku sempat snap :)
So warga Miri yang nak tempah utk bajet jimat, blh lah usha aku yer...whats app 014-6856849









Saturday, January 3, 2015

53. Sotong Goreng Tepung

Assalam (",)

Actually aku sepatutnya post resepi sebelum ni yg aku dah msk tp gambar dlm lappy pulak so malas nak bukak dah

So aku skip terus ...aku post mane yg ada dlm hp aku ni dulu k ;)

-
-
-
-

Dah brapa hari entah aku teringin sangat nk mkn sotong tepung. Ni semua gara gara sotong kat Ana Ikan Bakar Petai, Bangi. Sangat sedappppppp T_T


Nak g sana jauh kena naik flight....huhuhu kedai pulak kadang dah syiok nak jamah tp sotongnya liat dan x rangup dah


Nak x nak aku gigihkan diri uk masak sendiri...google punyer google jumpe jgk. Hihi lbh kurg mcm resepi ayam chrispy aku buat masa birtday aleesya cuma sukatan je ubah....rasapun blh tahan n kalo dah semalaman lepas gorengpun masih sedap rase....ker aku dah set mind ni sbb teringin sangat nk sotong?????


Ok ni resepi♥

Bahan perap ♡♥
Sotong 1 kilo (miri RM12)
Bawang putih 11/2 ulas
Secubit garam
1 sudu teh kunyit
Aji secubit klo nak

Bahan buat tepung ♡♥
(Buat dua adunan utk 2 kali salutan)

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
Sedikit kunyit sebuk
Cili serbuk/lada hitam
1 biji telur

Cara ♡♥

Basuh dan tos sotong hingga kering. Campur semua bahan perapan.

Sementara tepung dah dicampur dgn bahan2 lain.

Ambil sedikit tepung yg dah siap tadi dan masukkan ke dalam bekas yg ada penutup. Kemudian masukkan sotong dlm 2 sudu makan. Tutup bekas dan goncang. Buat sampai habis

Kemudian pecahkan telur. Rendam sotong yg dah disalut tepung ke dalam nya. Ambik sotong dan masukkan ke dalam tepung lagi sekali (adunan kedua tepung, biasa x cukup adunan 1st tadi) dan terus goreng dgn minyak yg bnyk dan panas. Jgn goreng lama sangat nanti sotong liat. Siap! ;-)

.......Tara....♡♡♡♡♡♡



Ketuk dan hiris kecill








               Masukan dlm bekas berpenutup

salutan pertama



Komen→ kalo nak hasil sotong goreng kite warna kecoklatan, salut telur je. Tepungpun bnyk yg melekat kat sotong. Kalo nak warna kekuningan xyah salut telur k. Rasa lg sedap! Aku prefer xyah telur. Utk yg second proses menyalut tepung tuh, salut dan terus goreng lg cepat... selamat mencuba semua ;-)