..... Love Is Beautiful....

Sunday, August 14, 2011

Assalamu'alaikum...apakhabar semua..salam ramadhan dan hari ni dah 14 hari kita menjalani ibadah puasa....pejam celik pejam celik...tinggal 16 hari lagi utk dilalui.moga2 apa jua amalan kita diterima oleh_nya..amin..mcm mana ngan persipan u all?? mesti ada yg dah start sibuk buat kek/biskut/kudapan dan tak lupa jgk persiapan baju raya kan...heheheh...


Harini jue buat biskut tembikai..actually ni 1st percubaan buat sebelum ni simpan jer resipi tp kalini nak buat bersama2 kakak & emak serta anak buah jue yg comel lotei..hehehh...alhamdulillah agak menjadi dan heppy sangat....






Ni la hasilnya.... :)







Ni nak masukkan dalam oven dah..


Tp buat biskut ni memang memerlukan kesabaran yg tinggi..kalau tak sabar bukan jadi tembikai..tp blh jd bangkai kot...heheh...seawal jam 9pg start mambuat adunan...sehingga pukul 3 petang barulah siap....penat nyer......



ok la..kepada sesiapa yg berminat blh komen yer....



tata :)

Friday, July 22, 2011

Ramadhan semakin menghampiri...

Bismillahirrahmanirrahim.....Assalamualai'kum wth :)


apa khabar u all semua?? big smiley <(^________^)> untuk semua yer....mudah2an kawan2 semuanya dalam keaddan sihat2 je yer.....amin

tepat 10:57pm, pejam celik pejam celik tak sangka dah dekat setahun ramadahan yg lepas kita tinggalkan.....

yaa....Ramadhan semakin menghampiri kita, TAPI adakah kita semakin menghampiri Ramadhan yg mulia ini????? tepuk dada tanyalah ...??? IMAN.... tau pun :)

mudah-mudahan kita masih diberi kesempatan dan umur yg panjang untuk beribadah kpd-Nya. atas kesempatan ini jugak sy susun 10 jari mohon seribu kemaafan sekiranya ada terkasar bahasaa sepanjang mencoret di laman maya ini..eh eh...mcm dah nak raya lah pulak...hhehhe.... :)

so kengkawan...pesanan ikhlas dr saya...jagailah akhlak, tingkah laku, perbuatan dan ibadat kita sepanjang bulan yg penuh rahmat dan keberkatan ini. Luangkan malam2 kita bersama para jemaah bg menunaikan solat tarawih, rebut lah malam Lailatul Qadar dgn hati yg ikhlas kerana mencari keredhaan dan keberkatan dari-Nya

jom sy kongsi sesuatu utk anda semua :) moga2 dengan sedikit ilmu yg disampaikan dapatlah kita sama2 menunaikan ibadah dgn sebaik2nya dan mendapat berkat serta hidayah dr Nya...amin


FADHILAT SOLAT TERAWIH



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat

Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.



Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).



Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.



Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.



Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.



Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa

orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.



Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.



Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.



Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.



Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.



Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.



Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).



Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.



Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.



Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.



Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.



Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.



Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).



Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.



Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.



Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.



Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).



Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.



Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).



Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.



Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.



Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.



Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.



Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.



Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang

teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah

engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi

Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

.

Friday, July 8, 2011

Sebentar bersama IMAM MUDA MUSIM ke-2

Ni adalah video utk final IMAM MUDA musim ke-2...entah kali ini aku terlalu excited dgn IMAM MUDA..tahun lepas aku tak berkesempatan mengikuti perkembangan secara menyeluruh tp kali aku cuba luangkan waktu utk IMAM MUDA wlu pun ada kalanya aku ter'miss jgk menonton tp takpe yg penting sedikit sebanyak aku dpt jgk pengetahuan agama..Syukran Jazilan astro OASIS.. Barakallhu Khairan.. :)


Part ni yg aku paling suka hingga ke saat ini aku akan cuba mendengar dan menhayati makna baris2 ayat. Syukran :)

Tahniah aku nak ucapkan kepada IMAM MUDA HASSAN ADLI yg dinobatkan sbg IMAM MUDA UNGGUL..dan IMAM MUDA NAZRUL sbg naib Juara....juara atau naib...itu bukan ukuran kan..yg penting peranan sbg Khalifah Allah di muka bumi utk hari2 yg mendatang...

Semoga perjalanan kalian dipermudahkan dan diberkati dan semoga aku jgk akan terus menerus mengikut jejak langkah kebaikan mereka...dan mudah-mudahan zuriat keturunan ku jua akan mencontohi kalian... AMIN

Wednesday, June 1, 2011

Kerinduan yang tiada batasannya



Bismillahirahmanirahim...




Moga-moga Allah berkati hidup kita. InsyaAllah








Assalam'alaikum wth.








Bertemu lagi dlm ruangan blog sy yg tak seberapa ni. Mlm ni tak tau nak share ape..dlm kehidupan seharian ku, sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku tp utk mencoretkan nya dan melakarkannya di dalam sebuah blogs usang ini masih tidak mempunyai ruang dan kesempatan yg mencukupi..



Apa yang pasti...ada sedikit yg ingin ku coretkan...andainya ada sehelai kertas dan setitik tinta, akan ku coretkan jua agar tergambar perasaan ku ini.



...Aku rindukan sesuatu..entah apa akupun tidak pasti...

aku tercari-cari sesuatu...tapi gerangan nya apa?? aku tertanya2..


adakalanya kehidupan yg dilalui, jiwa yg penuh dgn kasih syg insan bernama keluarga, masih lagi merasai keksosongan. Mengapa ??



Menempuh ranjau kehidupan menjadikan aku semakin hari mengenal erti kehidupan. Gelak ketawa dikala menempuh alam remaja adalah sesuatu yg sgt aku rindui. Mentelaah bersama insan yg bernama sahabat kampus cukup mengajar ku erti kesusah seorang insan yg kita sygi utk mencari sesuap nasi dan memberi pendidikan yg terbaik demi anak-anak.



Kekehilafan dlm menempuh dugaan hidup mengajar dan memjadikan aku lebih dewasa. Namun, kenapa masih ada sisa-sisa kerinduan yg bersarang di hati ini. Apa yg aku rindukan?



Ya Allah, andainya hamba terleka dr mengingati-Mu, berpaling dari mengerjakan perintah-Mu, hamba mohon ya ALlah, berikan lah hamba jalan yg lurus sebagaimana Engkau telah berikan kpd mereka yg terdahulu. Jangan Engkau palingkan hati ini setelah Engkau memberi petunjuk kepada ku.



Mudah2an di ruang kesempatan yg ada, aku masih mampu utk terus mengerjakan suruhanNya dan tidak hanyut dari lantasan Islam. Amin



Menjelang Jumaat 3 june'11. Rejab akan bertandang, subhanallah, rindunya aku pada Ramadhan...tidak dpt ku gambarkan betapa aku rindu utk solat berjemaah. Genap 2 thn jugak arwah ayah ku kembali ke rahmatullah, moga-moga Allah tempatkan ayah ku di kalangan orang-orang yg beriman. Amin.



Aku bermohon pada-Mu ya Allah mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan ku, di dalam melaksanakan sebuah Masjid yg bakal dibina, insyaAllah. Sesungguhnya, debaran itu semakin aku rasai.








Tuesday, May 24, 2011

Kuasa DIA, segalanya DIA

Assalamulaikum wth :)



Aku tak tau nak start dari mana citer ni...ni cume nak share jer. InsyaAllah ada kesempatan aku nak tanyer sendiri dgn Uztaz atau para ilmuan yg blh dirujuk.


Sebulan yg lepas...dari tarikh hari ni 24.5.11, sepupu terapat aku tetibe jatoh sakit..pelik jgak la sakit dier ni. sbb mula dgn gastrik...masa tu dah 2 3 kali pergi ulang alik hospital tapi hospital tetap gak tak bg admit. aku dan family dier and family aku dah naik kesian and geram gak napa lah pihak hospital tak nak tahan jer cousin aku tu..bukan per kesian sgt tengok, sampaikan nak jalan pun dah bongkok giler..aku pun ada gak gastrik tp alhamdulillah dah jarang kena smpi bongkok2 mcm tu. dah sampi kali ke-4 ulang alik hospital, tibe masa ari ahad lak pergi lagi sebelah petang..pagi dah pergi dah tp doctor soh balik jer pas check and isi air. then bile magrib kena lagi nak tak nak kali ni aku yg ada kesempatan nak bawak dia aku bawak jer hosp..kali ni aku ckp kat adik aku biar lah cousin aku pakai wheechair.bukan nak buat dia malu tp kite kesian dah kat dier yg tak larat and paling penting dia tak jatoh...smpi dpn EMERGENCY room, adik aku tolong temankan dan bawakan sepupu aku masuk hospital...kali ni memang lamer giler....ada 8-9 org kiteorang yg bawak and hantar die so that dia tak la takut sgt n bg semangat kat dia..


Tunggu punyer tunggu yg berjam-berjam lamenya, seingat aku dah jam 11 malam, sepupu aku masih lagi diisikan air...after bawak ke scan room, X-ray and pemeriksaan darah and bnyk lagilah dan cousin aku terus mendapat rawatan drpd doktor...aku teman kan sepupu ku setakat termampu...masa tu tinggal 1 jam je detik hari ulangtahun kelahiran ku...masa tu aku cuma harapkan sepupu aku cepat sembuh, itu jer.............



Sejam berlalu...akhirnya aku balik kerumah dgn adik aku, sepupu kena admit. Alhamdulillah skurang2nyer dia sentiasa dipantau oleh doktor..sepanjang dia sakit tu kami sekeluarga kerap mengunjungi nyer..tp bile buat pemeriksaan, doktor ckp cousin aku takde masalah ape2. tp kemungkinan urat jantung dia ada yg tersumbat. dah seminggu terlantar...akhirnya doktor buat keputusan utk hantar sepupu ku utk refer ke kuching pada 12.6.2011 ni.. sedih dan risau melanda kiteorng dan yg termampu kiteorg buatadalah membantu dan berdoa tak putus-putus.



Dah seminggu akhirnya sepupuku discharge dari hospital, sepupu aku dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah, sekurang2nyer dia dah lega dan selesa. yer laaa....aku pun dah pernah rasa duduk hospital masa kena denggi dulu..kalau blh tak nak dah...hehheehe...



Tp yg peliknya..semakin sepupu ku duduk di rumah sahaje, semakin menjadi sakitnyer..tp sakit nyer lebih kepada sakit yg blh dikaitkan seprti terkena buata org/sihir/makhluk halus dan seumpamanya, wallhualam. Pernah satu ketika, masa tu petang ahad, sepupu ku mengamuk dan berubah watak..kami sekeluarga risau dan kalut dibuatnyer. Masa tu aku dan sepupu yg lain cube mencari iktiar untuk mencari ustaz dan org yg blh merawat sakit misteri ni. cuma masa tu kite dapat cari tapi sekadar mendapat air yg telah dibacakan surah-surah tertentu. agak lama jgk la kiteorg cube tenangkan die.



Beberapa hari kemudian, sepupu aku pergi ke hospital lagi sekali utk pemeriksaan gastrik memandangkan kakak ipar ku mencadangkan utk refer ke hospital takut2 ada kesan luka kat gastrik dia sbb dah bnyk kali bergerak dan makan dgn kerap. sepanjang sepupu aku sakit, dia kerap kali makan dgn laju seolah2 bukan dia yg makan..



Dalam ketika tu jgk, aku cube utk mencari altelnatif lain...ada jgk yg aku kenal minta tengok2 kan tp setakat ke hari ni masih belum diizinkan olehNya utk berjumpa. sekadar melihat dan merenung dari jauh. kalau bahasa mudah nye ialah buat "scan"



Sehinggalah semalam 23.5.11, aku sekali lagi melawat keadaan sepupuku. masa tu dah nak dekat maghrib. dia menceritakan apa yg teradi hari ini. katenya begini...




Kak, macam mana akak skrg ada kurang dah ker sakit...dia jawab..alhamdulillah ada o.k sikit..hhmmm...die merenung panjang dan meneruskan apa yg terlintas di hati dan fikirannya mungkin..



"kalau akak cerita ni, mungkin korang tak percaya..sebab rata2 korang ckp aku tertekan sebab asyik terkenangkan aku sakit. memang aku sakit tp apa yg aku alami arini seolah2 benda ni benar. depan mata aku dan jelas dek telinga."



Aku pelik dan aku tanyer aper dier kak..dia teruskan kate-katenya



"tadi pg akak sakit sangat, sampai akak rasa tak tahan sangat..akak rasa nak terjun jer dr tingkap"..aku terkejut dan beristifar.. Adik kepada sepupuku pun mencelah dan kate "ha'ah, akak kau sakit teruk pagi td smpi ckp baik aku mati jer..aku nak terjun...tak nak makan ubat...dan mcm2 lagi..sampai aku marah kat dier"



kemudian sepupuku meneruskan apa yg ingin dia ceritakan...

"lepas jer asar, akak berdiri tepi tingkap ni...akak tengok kat kawasan bukit tu, masa tu lillah akak nampak kelibat seorang lelaki berbaju serba putih seperti berjubah, tinggi-tinggi dan berjanggut...kemudian org tu ckp dan jelas sgt2 kat telinga akak ni dia kate macam ni

"anak, cuba kamu mandi air bacaan yassin dan lepas tu tunaikan solat, dan jangan tinggalkan solat, insyAllah kamu akan sembuh"



"Bile akak dgr jer akak terus khabarkan kepada abg akak dan buat seperti apa yg dikatakan oleh org tu dgn niat hanya kerana Allah. sejak dr tu akak dah rasa kurang sedikit kesakitan ni"



Subhanallah...aku terpinga2 dan bersyukur, seandainya memang ini petunjuk yg Dia ingin berikan, syukur ke hadrad Ilahi. Tapi siapakah gerangan nye org tu?? hingga ke hari ni aku tertanya2. menurut sepupu ku jgk, dia sering bermimpi akan kelibat org tua tu cume dia dia pernah berkata2 dalam mimpinya dan inilah kali pertama dia melihat dan mendengarnya sendiri tp bukan dalam mimpi.



Inilah cerita yg aku nak sampaikan.. seandainya aku adalah ahli bijak pandai atau punyai ilmu ketuhanan yg mendalam aku mungkin blh mendtafsirkan nya tp siapa lah aku kalau bukan sekadar insan biasa.



Perkara mcm ni bnyk mengjar aku dan menjadi kan aku ingin utk mengatahui lebih lanjut. sehingga maghrib menjelang, aku cuba nasihat kan dan sampai kan sedikit ilmu yg aku tahu utk dikongsi bersama sepupu ku...mudah2an apa pun kesudahannya, moga2 sepupu ku cepat sembuh dan dilindungi olehNya..

Amin




Sebelum berundur, aku nak share doa ni k. doa sahih utk di amalkan pagi dan petang


"Ya ALLAH, lindungilah hamba dari kegelisahan dan kesedihan, Ya ALLAH, lindungilah hamba dari perasaan lemah dan malas, Ya ALLAH, lindungilah hamba dari sifat penakut dan kedekut dan Ya ALLAH, lindungilah hamba dari tekanan hutang dan tekanan perasaan. Amin Ya Robbalalamin."

Sejam Bersama Seorang Kawan :)

Assalamualaikum wth :)


hehehe...arini aku nak update blog kesayangan aku lagi setelah dah sekian lama aku tinggalkan blog aku...bukan tinggal laa...cuma tak dilayan jerk :D heheheheeh..


arini aku hepy sikit sebab nyer aku tanpa diduga diberi kesempatan olehNya utk bertemu dgn ex-roomate aku yg merangkap kawan terBAEK aku masa aku kat Wilayah Persekutuan Labuan dulu...(May 2008-Nov 2009)....masa tu memang best bnyk kenangan pahit manis ngan kengkawan..tp manis lagi bnyk la...cuma berjauhan sikit dgn family yg berada kat Miri...tp bnyk perkara dan pengalaman aku dpt spjg dudok berjauhan dgn kawan2 yg berlainan bangsa dan negeri...



My besfren @ geng gadoh-gadoh :)


Haaa yg ni kawan aku nama dia Dayang Nafillah...cantik dan ayu kan...cewahhh...seayu namenye...tp luaran je ayu...kalau kenal rapat bagai nak pecah jd nyer suasana dek giler2 kiteorgn... hari ni 24.5.11 aku berkesempatan jumpe dia kejap itupan dalam tempoh masa tepat2 1 jam tu pun masa kat airport Miri, dia dan husband dah nak fly to Labuan..ape tak aku marah...tak sempat nak bawak die jalan2 wlu pun tempat aku lahir ni takde la menarik maner tp blh laa kalau nak posing posing ker...nak beli kek lapis ker..or nak cuci mate ke heheheheh....aku smpt bg kek jer tu pun kek "tunjuk" sebab tak smpt nak buat...


Apapun..aku hepi coz dah lame tak jumpaa.....btw, tQ so much to yo my beloved fren....ada masa kite jumpe lagi k..tak bnyk maner gmbr tadi..satu jerk...hhehhhe...


ok laaa..nti nak update lagi...tunggu tau entry seterusnya.....




Monday, March 28, 2011

hari ni saya kurang sihat :(

Kenangan dengan my love coliq...masitah..i'll be missing u Mas

Time family day TANJUNG @ Eastwood Golf Club
As'salam semua.... lame dah tak update blog saya and hari ni saya nak update lagi...sebabnyer saya taktau nak wat aper skang ni..baru jer balik dar klinik sebab tak berapa sihat..ingatkan Mr. doctor nak bagi ubat demam ker ..pening ke tp dia bagi ubat nose allergic. tp ok lah skurang2nye takde lah hidung saya terok lagi..kalau tak pagi2 jer hidung ni mengalirkan cecair yg kurang menyenangkan..dah puas dah makan ubat. tp alhamdulillah since guna produk vemma (jus minuman buah2an), alhamdulillah dah baransur kurang cuma arini entah kenapa terasa demam lak..bnyk sngt kerja kot tu yg buat saya jatuh demam. so tadi doctor bagi ubat pil and ubat spray. 1st time pakai yg spray, ingatkan nak mintak inhaler tp rasanyer doctor salah dengar..tp takperlah inhaler pun masih ade lagi... heemmmm...rasa lain pulak bile tak kerja....tak produktif...dahtu tadi saya kena saman polis trafik lak..ni lah 1st time saya kena saman since 2007 tak pernah kena saman..ni sbb abang saya la...sy dah ckp dah leh parking tpi jalan unless dia dok dalam tu kejap..tp dia degil nak gak saya tema kan dia g kiosk KWSP kat public bank punyer ATM....tak sampai 5 minit...papppp!!! saman mari!!!! ambik engkau!!! tak tau lah brapa kena. sy sampai umah pas telan ubat sy online http://www.myeg.gov.my/ nak cek...tp agaknya baru je kena so takde rekod lagi...bersih youuuu rekod I!!!! bangga ker aku...twewww~~~ takper la...esok lusa sy akan byr then claim kat abang hahahhahaa... and skang ngah dok dlm bilik adik saya...saje tukar angin nak dok bilik dier...sambil dengar lagu maher zain... FOR THE REST OF MY HEART...dah bnyk kali ulang tak gak bosan2....agaknya lagu tu sangat best lirik dia...utk seorang ISTERI..and saya pun nak jadi seorang isteri satu hari nanti...hihihihiih...


then....apa lagi ekk..

oh yer..minggu ni adalah minggu terakhir coliq saya kerja..sedei sangat2..sebenarnya saya tumpang happy sebbnyer dia akan menjadi sebahagian daripada kakitangan kerajaan...selama ni dialah yg bnyk bantu saya dalam kerja seharian..and hari ni one of my coliq pun sama transfer ker ibu pejabat kat KL. nampak gaya nyer minggu depan kerja saya semakin bertambah banyak sebab everything will be handlling by me :(. maybe takkan ada person utk replace my coliq ohh no...saya bertambah kurang sihat bila mendengarnyaa...tp tak per la....mane yg saya termampu saya akan buat...kalau tak mampu...tengok lah cemana..kerja di bidang berkaitan dengan duit & number ni memang saklit kepala..setiap saat otak berfikir dan risau. nak buat cemana, nak mengeluh pun tak gune...kite kerja ikhlas and buat yg termampu jer la .... kan kan kan...



oh yer kawan2...tak lame lagi saya akan wujudkan satu lagi blog baru tau..blog ni utk sesiapa sahaje yg berminat utk memebli tudung dan kain pasang secara onLine...nanti bila dah ready saya akan inform k....!!! :) sya perlukan sokongan dr anda semua..membina kerjaya perlahan-lahan takper asalkan apa kita buat halal dan berkat...betul tak kawan2??? hehehehehe....


ok la..waktu zohor pun dah masuk dah...ape kata saya undur diri duli yer..ada apa2...sila lah komen kat bawah atau kat chat box saya yer...sampai jumpa lagi.....DaaaaaaaaAAaa :)

Sunday, February 13, 2011

14 feb 2011

salam
dah lame rasanyer aku dah tak update blog..malas arr..bukan malas nak memblog tp bile dah penat balik kerja nak memblog pun aku rasa malas...kalau aku online pun sekadar nak bukak facebook or online sikit2 jer...since last 2 weeks..bnyk benda yg berlaku di luar jangkaan...pertama skali al-fatihah utk arwah Pakcik Seruji bin Ahmad yg telah kembali kerahmatullah 28 march 2011.. perginya secara tiba2 selepas serangan Strok pd mlm hari dan keesokan harinya dia pergi menyambut seruan ilahi utk selama2nya...
masih terngiang wajahnya dan kenangan terakhir bersama nya ketika rombongan merisik keluarga fendi on 1 dec 2010.. skrg ni anak arwah pakcik, Aziah dan Azah dudok dengan kiteorg, kecil tapak tangan nyiru kami tadah kan...bnyk kan bersabar yer dik...kite tetap bersaudara..
Gambar ni taken on 13 Feb 2011, petang..ni time gotong royong nak bersihkan rumah arwah pakcik..barang2 ni nak dikemaskan dan dibersihkan memandangka takde sapa nak tinggal sini lagi...ni rumah kedai tu pasal mcm 2 ade....anak2 buah akupun turun padang skali hehheheh :)

ni pulak time raya cina 2011, 4 hari cuti membuatkan aku takde kerja nak buat...aku spent time buat kek...tp ni ada kecacatan sikit bile cream dia tak cukup...malas nak top up..ni lah hasilnya kurang menjadi..and agak manis sikit sbb aku lupa yg aky dah letak fondant aku letak lagi cream..alamak....apa nak buat dah terlanjur laa..hihihih :D!



Yang ni pulak pun sama time aku buat ni..tetibe sarung cup cakes aku hilang...alahai tak cantik jgk hasilnya kurang umppp...sabo jer laaa

Dan yg ni aku buat arini....yeyeyeye..agak ok sikit laa and yg tak best nyer tak cukup...anak2 buah2 aku tak puas nak makan..tak per laa....nanti ibu' buat kan lagi k...

ade banyk bende lagi aku buat dalam 2 mggu ni tapi takde idea lak nak mengarang..sibuk nak cari material, bahan2 rujukan utk persiapan perkahwinan..opppsss malu laa...hihihiih....blm lagi laa...insyaAllah...tiba masa pasti akan aku share kat sini walaupun takde sape yg sudi nak baca blog ni hihihihi... ok laa..aku dah nak stop..time to rest lagi..jumpa lagi k...

oppps hampir terlupe...kat barat esok valentine's day kan..aku langsung tak amik kisah...tak perlu nak diraikan pun...takde maknenyer...itu hanya mitos...and menjatuhkan maruah islam.

ingat....Jangan Lupa Solat 5 waktu sehari semalam.....

Assalamualaikum wth...syg korangggg!!!!





Thursday, January 20, 2011

Syukran Jazilan Ya Allah


Saat ini..
hati terkenang seketika
minda mula berputar
detik demi detik cuba utk diimbau
Subhanallah, besarnya keAgungan-Mu ya Allah
Aku tidak pernah meminta utk memilikinya lagi
saat aku tau dia pergi meninggalkan aku
kala itu berbagai-bagai persoalan berlegar di ruang mata mindaku
hati ku bertanya..apakah salah ku?
dimana silap ku?
lantas air mata bercucuran
apatah lagi hati yg serapuh kaca
bisa remuk bagaikan serpihan-serpihan yg bertaburan
Namun..
kini aku semakin sedar
selagi kita bergelar manusia
Khalifah Allah di muka bumi
kita lah yg akan di uji
sejauh mana kita mampu utk menghadapinya
adakalanya kedukaan meragut perasaan belas
meragut perasaan cinta & kasih sesama insan
Tetapi harus kita ingati
apa yg ada di muka bumi hanyalah pinjaman semata2
pentas lakonan manusia sejagat
manusia didorong oleh hawa nafsu.
didorong oleh keinginan yg melampau
yg akhirnya menjadikan kita alpa dan leka
Cinta menjadikan aku bahagia
cinta menjadikan aku kenal kasih sayang
kenal erti PENGORBANAN
kenal erti cemburu, kenal erti sakit dan kecewa
malah CINTA jugak blh menjadikan seseorang BUTA
dan akhirnya BENCI apabila cinta putus di tengah jalan
Namun pada Mu ya Allah
aku selalu mengharap belas Mu
kerana hati ini ingin dan mahu
mencintai Mu melebihi cinta dari segala Cinta
Saat ini
aku bersyukur
kerana takdir Dia
aku temui jawapan nya
aku tidak pernah mengharap utk memiikinya lagi
kerna aku tau ada yg lebih baik utk nya
dan pastinya utk aku jua
Terima Kasih ya Allah
kerana setelah setahun lamanya
Kau tunjuki pada ku
kenapa ujian itu yg Engkau berikan padaku
Sekalung doa dan harapan
Moga kalian berbahagia hendaknya
hidup sejahtera dan gembira
Amin.



Tuesday, January 18, 2011

Alhamdulillah...
terlalu besar hikmah Mu ya Allah
terlalu agung pemberianMu
tidak dpt aku gambarkan rasa kesyukuran ku pada-Mu
terima kasih ya Allah
atas segala limpah kurnia
dan rahmat dari-Mu
moga hamba sentiasa di dalam lindungan Mu
amin ya rabbal alamin
Kebelakangan ini, terlalu banyak benda yg unexpected thing berlaku. Yg pasti apa jua yg aku hadapi saat dan ketika ini adalah satu ujian dan petunjuk yg Allah berikan kepadaku. Syukur alhamdulillah. Walaupun ada sedikit rasa terkilan dek kerana ditipu dan dipermainkan oleh seseorg insan namun aku tau Dia sentiasa ada bersama hambaNya yg teraniaya.
Terkadang sukar utk aku mempercayainya namun itulah hakikat yg aku harus terima. aku tidak meminta utk dibls atas apa jua perbuatan nya. cukuplah sekadar doa ku moga2 dia dan keluarganya berbahagia hingga akhir hayat. Pertemuan setelah hampir 1 dekad dengan nya sesuatu yg indah utk aku kenangi sbg seorg sahabat yg aku hormati seterusnya pernah singgah bertakhta di hati ini. Namun, saat itu jua ujian demi ujian datang menjengah..kemana harus ku tuju, kemana tempat utk ku mengadu dan mencari jalan..aku ingat lagi ramadhan 2010 saksi segalanya dan aku memohon padaNya agar hati yg serapuh kaca ini bisa dilindungi dan mendapat petunjuk dari-Nya...dan kini, setelah aku lalui liku2 hidup, aku telah menjumpai jawapannya atas apa jua keputusan yg dia telah tentuka utk aku sbg hambaNya..
Terima kasih pada Mu Ya Allah atas apa jua pemberian Mu yg tidak ternilai. Semoga ikatan perkahwinan yg bakal terbina kelak akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin
Dan kepada insan yg aku sayangi, Mohd Efendi Bin Alias, sesungguhnya sy tidak menyangka pertemuan kita, apatah lagi bermimpi utk memiliki lelaki sepertimu, namun dr segenap hati ini ingin ku katakan bahawa Allah telah menemukan kita dan semoga ikatan ini berkekalan hingga akhir hayat. Amin. sesunggahnya saya cintakan awak :)

Wednesday, January 12, 2011

Meniti Perjalanan 2010







Awal 2011...
banyak bende berlegar dlm otak aku
mana nak fikir tu & maner nak fikir ni
usia menginjak 28thn menjelang may 2011
ape sumbangan aku pada keluarga? pada majikan malah apa sumbangan aku pada kebajikan dan amal jariah? semakin elok kah tingkah laku ku? semakin elok kan ibadah ku? atau terlalu bnyk pancaroba yg dilalui dan yg bakal mendatang akan terus menghantui hidup ku??

2010...meninggalkan 1001 kenangan yg sukar utk d lupakan ttp sedikit sebanyak berlalu pergi meninggalkan kita yg bergelar manusia.

2010... aku bergelar tunangan kepada seseorg yg bernama Mohd Efendi bin Alias. 2010 meletakkan aku sebagai seorg penjawat bidang perakaunan yg sehingga dinihari adakalanya aku masih merasai kekurangan kepakaran dan skill dlm bidang yg penuh cabaran ini.

2010..aku ditinggalkan insan2 tersayang kerana yg Esa lebih menyayangi dan itulah takdir Allah yg tidak bisa utk kita menolaknya

2010..mengajar aku erti kepayahan melayari kehidupan dlm menyara sebuah keluarga..terbayang dek mata ku akan kelelahan dan peluh keringat ayah tercinta dan ibu di kala aku bergelar anak kecil yg kini telah menginjak dewasa..terima kasih ibu..terima kasih ayah..

2010..menjadi kan tahun antara yg terbanyak air mataku menitis...bukan kerana kekecewaan ttp belajar erti sebuah kehidupan...

2010.. meninggalkan kenangan indah bersama insan2 yg tersayang..wlu pun adakalanya sebuah kenangan yg terlalu singkat tp cukup bermakna hingga akhir hayat

2010.. detik pertemuan dan perpisahan dgn insan bernama sahabat seterusnya insan tersayang namun takdir Allah meletakkan ia sbg memori yg sangat singkat ttp ckp bermakna dlm kehidupan ku..buat mu...semoga berbahagia hendaknya..

2010..mengajar aku erti SABAR, erti CINTA, erti KASIH & SAYANG
mengajar aku erti CABARAN, PERSAINGAN, TOHMAHAN dan KRITIKAN membina


Kenangan ketia memancing bersama keluarga


Sahabat... semoga kenangan ini akan sentiasa diingati




Kini Lembaran baru telah bermula
2011...satu pertaruhah...di manakah letaknya dan kemana hala tuju ku?



Ya Allah ya Rab, ampuni dosaku
dari segenap tingkah lakuku, dalam sedar mau pun lena ku
aku tahu sesungguhnya terlalu banyak khilaf dan salahku
hukumi lah aku kerna aku takut NERAKA Mu..

Ya Allah
jgn Kau sesatkan aku
tunjuki aku jalan lurusMu
berikan aku kekuatan Mu
agar aku bisa terus bersama Mu
leka ku kerana nafsu
leka ku kerana aku lemah
kuatkan iman ku
tabahkan hati ku
kerna yg aku ada
hanya Rahmat Mu ya Ilahi..