..... Love Is Beautiful....

Saturday, September 6, 2014

31. Rendang Daging Negeri Sembilan

Assalamualaikum ;)

hye u olll apa khbr? harap u all semua sihat hendaknya. aku minggu ni ade jugak demam 1 hari. kena serang oleh selesema dan batuk. apa tak nya cuaca pun tak menentu sekarang kan. aleesya pon sama selesema. anak buah aku pon. terpaksa lah cuti sekolah 2 hari. semalam aku exam penguasa kastam. bila ingat balik kecewa jugak dgn sistem online semalam. langsung semua seksyen aku tak boleh bukak. bukan aku jer kawan kawan aku pun tak dapat. tengok fan page SPA pun ramai yang komplen. tapi aku malas nak ambik pusing. cukuplah aku dah isi borang aduan. kalo SPA nak panggil exam kali kedua aku buat je la. kecewa jugak sbb satu minggu ni dah study betul2 tp ...hmmmm.... mungkin bkn rezeki aku kot...




ok lah malas nak citer pasal tuh...aku nak tepek resepi sini lagi bagus....
erkkkk....alhamdulillah kenyang...hehheeh..aku lepas makan sebenarnya nih... arini aku makan rendang daging masak negeri sembilan. dari aritu aku ingin nak makan rendang. nak dapatkan nya kenalah masakkan...lain lah kalo aku kat sana...huhuhu

so aritu aku call mak mertua Puan Rokiah hehehe ; )
sebelum ni pernah lah tengok cara masak tp saja nak kepastian dari mak mertua aku. so arini aku buat..alhamdulillah menjadi..tapi tak pasti ler kot mak mertua rasa dia akan komen ok ke tak oke heheheeee : D

alrite...ni dier...xde pakai kerisik ekk..

Resepi: Rendang Daging Negori 9
Sumber: Mak Mertua tersayang Hjh Rokiah Zakaria

Bahan-bahan

tumbuk/blend
••••••••••••••••••
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci halia
1 inci lengkuas
6cm kunyit
segenggam cili api
3 sudu besar cili kering

dititik
•••••••
4 batang serai

gula, garam, gula
(gula x letak pun xpe)

3 biji santan (3 kali perah)
1/2 kilo daging

cara-cara
•••••••••••••
hiris dadu daging dan bersihkan. tumbuk bahan seperti di atas. tuang daging dan bahan tumbuk kedalam kuali. kacau kan supaya tak hangus. biarkan sampai berair. dan sementara tu boleh perah santan. masukkan cili blender. kacau lagi. masukan garam, aji dan gula serta kacau. agak agak dah nak kering masukkan santan. kacau sekali sekala. biarkan mendidih dan masak hingga hampir kering. masukkan daun kunyit. jgn terlampau kering mana tau nak panaskan lagi nanti. siap utk dihidang

••• cili api memang segenggam baru super!!!


Komen aku→nyummm......berselera aku makan!. pedas dan sedap!. senang takyah pakai kerisik. terima kasih mak sebab ajar jue.... ; ) hihi mcm lag mak mertua aku baca blog ni ngih ngih ngih :D