..... Love Is Beautiful....

Wednesday, September 9, 2015

Shot Trip to Sabah lagi (08-09/09/2015) 2 Hari 1 malam ajer...

Assalammualaikum (",)


Masuk opis, on PC, tgok henfon jap mana tau ada whatsapp dr suami..ooohh xde...yg ada group usrah dan business. Pastu tgok screen PC. Bukak email company,.refreshhh banyak kali sebab dah 2 ari cuti, xde email masuk. Pelik...tp ok la xde isu² hangat nampaknya

Ehh nak baca news lah... browse metro jap.... Server Not Found

Laaa..patutpun xde email...ok xpe bukak file excel...ehhh xdapat bukak jgk. Biasa petisyen dpt bkk kalo server off...alamak dah kerja berlambak nak kena update sbb 2 ari cuti...emmm bosannya..filing pun xda sumer dah buat..tinggal invoice supplier je nak kena check n verify.

So since xdapat buat ape, bukak blog kejap..nak update pasal my short vacation..bukan vacation la....short trip je ni....sgt short ....

Semalam baru balik dr KK sbb aritu dpt FREE Seat air asia..ehh ehh skrg pun Air Asia bg offer Free Seat ma..tp klo lambat book xde maknanya Free still mahal.murah sikit je.lg lg kalo nak p singgah Kuala Lumpur nak kena bayar GST, Airport Service Fee (KKIA II), seat lg kalo xmo duduk asing, cargo lagi...tp aku tetap bersyukur sekurang2nya kite takdelah nak membayar full normal price kan. so aritu ada offer Free Seat RM0.00. aku gatal tangan aku click je eh ehh rasa nak p KK lah...dah lama tak pergi...masa tu aku beli bulan March kot...masa tu tak tau nak pergi June jgk yg kami trip jalan Darat naik kereta masa Keamaatan & Gawai Dayak tu...




So aku dapat harga RM15 je utk pergi balik.....giler tak murahhhhh!!!! so aku booked utk Aleesya sekali kekonon nak bawak dia jejak Sabah. pastu aku book utk abg aku Edy dan Kakmas aku sekali..tp harga dah naik sikit.masa tu kakak aku datpat harga RM35 termasuk Seat. abg aku pula RM62. so makin lama makin naik tgok ke Availablelan seat...cehhh ada ka ayat keavailabelan ...hahhaha rosak BM aku.....!!! masa tu nak book utk Mak sekali tp abg ckp Kak Nur kakak ipar aku travel outstation so tak lah beli. kesian mak aku dah lama dia tak round2

Actually plan asal nak penuhi trip 2 hari 1 malam ni dgn bnyk aktiviti konon nak p Kundasang, Island..makan makan safood kat pasar pilipin tapi semua nya tak pergi kecuali Pasar Pilipin pasal kundasang & island dah pergi masa trip aritu. so yg ni aku pergi konon nak shopping lah kot ada berkenan..

Bila dah settle book tiket, edit seat and cargo nak beli brapa Kg, maklumlah Air ASia kena beli siap2 kalo tak terlebih 1 kg charge RM12 terus...tp xsure lepas GST ni dah naik kot. even nak counter check in pun RM10.60 per head...per head Ok....kalo dua org dha nak RM22.... so korang tu pepandailah check in sendiri kat Kiosk atau Online Check in...terbaru sekarang nak ambik luggage tagging pun kena buat sendiri..tp tak susah pun...akupun baru belajar semalam mcm mana nak print Bag Tag if kita dah check in by Iternet Online... bgs jugak sebenarnya bg mengurangkan kesesakan utk kaunter check in....at least cepat sikit bergerak kan ni tak 30minit lg masa nak depart ada lg yg masih Q nak check in....

So kami gerak dari rumah seawal 07.40am. aku dah check in siap-siap semalam lagi. takde bawak apa cuma bawak baju, kek lapis cheese utk kawan aku Laminie, dan keperluan utk tempoh 1 mlm...dah lama tak naik flight pergi KK last rasanya masa aku training dgn budak-budak sama kerja utk Team Building. masa penerbangan dalam tiket mention 45 minit tp actualy atas udara 15-20 minit jer..ambik beg bagai berbaris lah apa tu yg jadi 45 minit tu...so kami sampai airport jam 09:15 sampai luar airport 9:30am....ishhh awal bebanar ni....akupun takde sewa kereta...macam malas sbb dah boook hotel kat centre of town...nanti aku review hotel tu ok..











ok aku terus terfikir nak pergo Muzium Sabah since kakak dan abang aku pun tak pernah pergi. tambahan boleh tunjuk kat Aleesya jgk kan...ok malas fikir panjang ambik teksi bayar RM30 terus sampai Muzium Sabah. terletak area penampang tak jauhkan kalo jem pun dalam 10 minit kalo tak jem 5 -7 minit kot..

Sampai sana simpan beg dulu since kami bawak 1 lugggage dan 3 beg packer. nasib baik ada kemudahan utk simpan beg. ok yuran masuk:

RM2 utk Dewasa,
kanak-kanan bawah 12 tahun FREE,
Foreinger RM15

Kemudahan tempat letak beg FREE dan sila bawak kunci selepas di lock. utk luggage takde tempat letak just letak je dekat2 situ lagipun ada pegawai yg jaga tengok2kan...baik pakcik tu peramah jer :)

So mula-mula kami masuk yg dalam building artifak/barang2 sejarah dulu. masuk masuk jer nampak tulang dinosour...opppsss sorri takde gambar k sbb tak dibernarkan..kalo tangkap gambar kena denda tu yg taknak tu...aleesya asik bnyk tanya itu apa ini ape..siap nak naik atas badak sumbu la...nak try menunggang la mcm mcm la...

kat dalam ni kita boleh tengok kepimpinan terawal Malaysia seperti Perdana Menteri, pahlawan2 terbilang, sejarah2 Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Kite boleh tengok sumber2 komoditi utama malaysia, jenis2 flora dan fauna, replika Orang Utan, Badak Sumbu, Buaya, ayam, bunga Refelsia dan lain lain. selain boleh tengok kehidupan marin, barang2 tinggalan lama seperti dapur, pinggan mangkuk dan lain2 pun ada dipamerkan. ade jugak replika keranda org mati dan suasana kehidupan mereka dalam gua. mcm seram tapi muzium je kan...

pastu keluar dari bangunan artifak, kami pergi pulak ke pameran kenderaan dari kenderaan pertama dulu-dulu. memang comel giler lah dan kalo kite tengok body kereta tu pun mcm tak sama yg sekarang. kalo kereta lama kite blh tengok mcm tebal je material nya da tahan lasak. kereta sekarang bukan nak kondem even aku pun pakai kereta Saga BML je...tp nampak mcm lembut dan material cepat kemek. tp tu pandangan kasar aku je lah kan. nak explain pun aku tak reti istilah2 mekanikal ni
















apa lagi sakan ambik gambar situ sini. pastu kami sambung pulak tengok bunga orkid. tp tak lama kejap jer sbb kawasan dia membukit nak naik tu penat.. turun sedap la...hahahahah

lepas dari situ kami pergi pulak ke pameran rumah2 perkampungan. yg ni kena jalan lebih dari 100m kot..kena turun bukit...nak patah balik tu mak aiii...penat..basah ketiak den hahhahaha...tp aleesya bagus dia nak jalan sendiri time ni....huhuhu...

kami nampak ada jambatan gantung...kat bawah dia ada bunga teratai...Subhanallah memang cantik.....aku ambik peluang utk tangkap gambar.....memamng tenang la...pastu kami tengok pulak umah-rumah yang ada..ada macam macam rumah dan sgt syiokkkkk ! aleesya pun bnyk tanya siap marah kat aku "mama...kakak nak tengok rumah ni....sekejappppppp ajer'" hahahhaahahah...aku ckp jom mama ambik gambar...dia buat posing peace tp tak reti buat peace.....hahhahah kelakar awak syg!!!






































kami selesai ronda ronda muzium sehiggal pukal 11 lebih..since tak sarapan lagi kami terus decide nak balik hotel. mana tau blh letak luggage dulu. menaiki teksi dgn tambang RM20.00 sahaja. akhirnya kami sampai ke Hotel Eden54. actually masa nak book hotel ni aku dah google bnyk web termasuk agoda/trivago segala. mula tu nak sangat Tabung Haji tp since aku nak yg betul-betul tengah bandar akhirnya aku pilih Eden54 hotel yg rata-rata commence review nya postitif +ve

untuk book hotel ni senang je blh walk-in, boleh melalui agoda/trivago atau melalui website Hotel Eden54

Mudah sahaja nak online boooking sebab ada service menggunakan Kredit/Debit Kad. masa ni aku pakai akaun Paypal so senang sikit since kad kredit aku dah "POTONG"

Just print and tunjuk masa nak check in. masa check in bermula jam 2pm, Check out pulak jam 12pm. tp nak register awalpun blh cuma beg kena letak receptionist area lah dulu.

Bagi aku, hotel bajet mcm ni dah kire ok. Aircond yg bagus, TV channel pun Ok cuma mungkin TV bilik kami blur sikit. lagi satu owener pun cina, jd tak menitikberatkan Islamic so memang takde tanda arah kiblat tp bagi aku no problem sebab nak cari arah kiblat sekarang henfon pun ada application kiblat kan, selain manual tengok kpd arah matahari

kedua, bilik air bersih memang xde masalah cuma utk ruang mangkuk tandas, takde hos utk kita cebok sbg seorang muslim memang lah kite perlukan airkan. akupun takde masalah sbb ada botol mineral so buat jadikan gayung. tak payah ma potong bagai...ok jer... berus gigi + ubat gigi takde disediakan. Seterika pun takde dan peti ice di luar bilik yer kongsi.peti ice besar tu. tp takde masalah jugak sbb aku takde benda nak disimpan dalam tu. overal selesa dgn katil yg lena, gangguan bising takde, baupun takde malah sangat bersih...keluar dari bilik akan nampak buang-bungan dalam pasu di tanam dan boleh duduk kat situ kalo nak santai2 baca news paper ker...serangga memang takde jumpa la..... so tak rugi....


Owner Miss Ling Ling memang friendly and aku ingat dia speaking english tp bila aku tanya dlm bahasa english dia jawab bahasa melayu..ahhh memang aku rindu bila org lokal sabah bercakap. entah sejak aku study sini dulu aku pun jadi terikut cara dorang cakap. lemah lembut aje bagi aku. and dia pun offer kami simpan luggage dulu. yg kelakar dia ingat aku belum kahwin. sbb kebetulan masa tu aleesya nak menyusu, so bg dulu susu formula dan kakak aku yg pegang aleeysa. abg aku disangkanya suami kpd kakak aku...hahhahahaha....

ok utk rate hotel ni aku cuma bayar RM199.00 guna website online. kalo walk-in pun still sama harga. aku amek 1 twin bed+1 single bed utk abg aku. rate serendah RM109.00





ohh yer takde kemudahan lift yer....kena naik tangga....tp tangga bersih dan cantik...



Ok utk lokasi, hotel ni betul betul berhadapan dgn Suria Sabah Shopping Mall. kalo kite berdiri di pintu masuk Suria Sabah, depan ada jalan raya kite cuma menyeberang jalan raya tu...lepas tu ada 2 bangunan. bangunan barisan kedua atau yg paling last adalah milik Hotel ni. jd nak pergi Suria Sabah 3 minit aje jalan kaki. sebelah Suria Sabah adalah Wisma Merdeka Mall. sebelah kanan hotel ada ada kedai buah2an dan groceries, pastu ada HSBC bank dan deretan bank-bank lain. kalo jalan je terus hujung sekali adalah Asia City, iaitu seberang jalan Asia Citi adalah Centre Point KK...ni shopping mall yg femes masa aku belajar dulu nilah port wajib beli barang makan la...shoping baju la...dll..


ok itu ajer....next is Dating with my Ex-Coursemate & Roomate!