..... Love Is Beautiful....

Sunday, March 23, 2014

13. CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING

Assalamualaikum...

Selain buat kek carrot, aku pun ada buat cream puff lepas siapkan kek carrot. Nampak tak kesemangatan aku kat situ? Nampak tak hahahaha over pulak ehhhh...

Ni first time aku buat and keputusannya adalah menjadi.!!.. Alhamdulillah best nyer. Cuma bile dah penat and hidu bau kek memanjang otomatik aku jd kenyang... tp komen tetamu kehormat aku kata  bestttt.....Alhamdulillah semua memberansangkan.... nak kasi 5  ke 9 ☆☆☆☆☆☆☆☆★★★★★★  ehhhh....walllaaaaa..... ;))



Jom tengok resipi..tengah menaip ni sambil tidokan si kecik aleesya. Tp teringat member fesbuk ada yg nak resipi so aku gagah kan jugek yer.... 20 sen!!!


Resipi: Cream Puff with custard filling
Sumber: Chef Kamarul via blogsecubitgaramnor67


Bahan-bahan

A) cream puff

100g mentega
125g tepung gandum
250L air
1 sk gula
1/2 sudu teh garam
3 biji telur


Masakkan air, mentega dan gula serta garam. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit hingga tak melekat pd periuk. Biarkan sejuk seketika dan masukkan telur 1 per 1. Kemudian paip kan pd loyang pembakar yg dah di gris dan bakar pd suhu 180º selama 15 minit atau masak


B) Custard filling

500ml susu segar
100g gula kastor
25g tepung kastard
30g tepung jagung
1 biji telur
Sedikit esen vanilla
Gula aising utk hiasan


Cara,

campurkan gula, tepung kastard, tepung jagung, telur dan esen vanilla serta dipukul. Sementara tu didihkan susu segar. Masukkan dalam bancuhan tepung dan kacau hingga masak dan kental. Jika adunan cair blh tambah tepung jagung sedikit.

Apabila cream puff dah masak, belah kan atas dengan pisau kalo x terbuka & paip kan filling kastard td apabila dah sejuk. Ayak gula aising ke atas nya. Siap ♥



 ♥♥ seronoknya nak memaip ;)



♥ Lemak berkrim jer rase

Komen aku → rasa puff sedap, lembut dan kena sabar nak tunggu masak. Kalo dah masak puff tu dah pecah takyah ler koyakkan utk masukkan filling. Utk filing pulak, adunan ni mcm banyak, so blh buat half sukatan atau uolls blh ganda kan adunan puff. Overall rase memang sedap especially time panas-panas sampai kazen aku ckp dh blh bisness ni.hehehehehe.. dan blh ubah pakai cream cheese pn blh..... hihihi cheese lagi..... jom lah cubaaa.....tak rugi tau...








12. CARROT KEK WALNUT

Assalamualaikum..

Semalam aku spent kan masa utk buat kek ni..tak tau ni kali ke berapa dah aku buat so kalini aku post lah ekk resepi dia. Hope kalo ada yg mencuba nya akan berpuas hati heheheh ;)

Cuma since aku buat ni utk baby aleesya makan jugak so aku kurangkan kuantiti gula kpd kurang manis. Utk rasa yg ideal, blh ikut resepi ni ekk... jom kite tengok


Resepi: Kek Carrot Walnut
Sumber: kongsiresepi.com & dapur azie


Bahan-bahan

200g carrot yg dah diparut
250g tepung gandum
200g gula perang (yg jenis lembut dan halus) ATAU 100g gula perang & 100g gula kastor
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit serbuk kayu manis (kalo nak)
100g walnut panggang & kisar
200g ATAU 1 1/4 cawan minyak jagung
70g kismis atau ikut suke nak ke xnak
Sesudu makan ovelette
1 penutup esen vanilla




Cara-cara

Mula-mula ayak tepung bersama-sama dengan baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian di dlm bekas lain pukul gula dan telur hingg kembang. Kemudian masukkan minyak. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit hingga mesra. Masukkan carrot, walnut yg dah ditumbuk, kismis, esen vanilla dan ovelette. Kaup balikkan sehingga adunan sebati. Sementara tu oven dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180º dan gris kan loyang dengan mentega dan kertas minyak. Bakar pd suhu 180º selama 20 minit pertama api bawah kemudian tukar ke api atas & bawah hingga masak. Nak tau kek dah masak ke belum blh cucuk dengan lidi kalo tak melekat lepas lidi ditarik maknanya dah masak. Tengok pd oven masing-masing jugak ler


Actually boleh letak frosting kat atas kek ikut suke. Since aku buat utk baby aleesya so aku x buat kalini


Resepi Cream Cheese

250g cream cheese
100g gula aising
100g mentega


Cara, blend jer semua dan boleh hias ikut suke

ATAU


Resipi ke-dua yg blh di pakai
(blh guna utk red velvet @cupcakes)

500g whipping cream
250g cream cheese
110g mentega
60g gula aising
2 titik lemon paste/juice

Cara, pukul kan whipping cream hingga kental dan ketepikan. Dalam bekas lain pukul cream cheese, mentega, gula aising dan juice lemon kemudian satukan dgn whipping cream dgn kelajuan perlahan.


Utk hasil yg aku buat as pics shown below..... cewahhhhh..... gambar x cantik hokay!! (,*)




♥ Nampak tak my assistant?  Kemain anak mama aleesya ehhh..... semangat...


♥ Ni plak gambar sebelum ni yg aku pernah buat.. nampak tak tekstur dier....yummy....

♥ Masa ni kan....ada kawan datang, buat masa harivraya aidiladha 2013 serius dia suke giler kek ni...Alhamdulillah. ..


♥ tengok bile nampak and dapat kek..... hehehehe


Komen aku→ kek ni sedap walaupun kadang2 susah nak diterima tekak oleh golongan kanak-kanak tp kalo buat dlm cup dorang jd suka :)
Cubala.......