..... Love Is Beautiful....

Thursday, May 7, 2015

68. Nasik Lemak Pandan

Assalammualaikum (",)

hahahah nak gelak aku sbb masak nasik lemak pon aku post ker...kikiki....kot mana lah tau kan ada anak anak kite yg baru nak belajar masak nasik lemat. hatta aku sendiripun nak belajar jgk masak nasik lemak yg betul2 menepati anak tekak aku...still x pernah jumpa lagi skill yg tepat..pernah aku tngok kat TV rancangan the best nasik lemak in KL....

tak sillap Village Park Vs. Tanglin Nasik Lemak kot masa tu bertanding...yg menang Tanglin nasik lemak...sorry ekk kalo ejaan aku salah....ape ekk rahsia dier kan...tp aritu judges kata dia nilai more to sambal..

utk yg Village Park tu dia kata dia pakai air kelapa masak nasik lemak...rasa mcm nak cuba tapi blm lg..nanti aku try


Ok utk yg ni...ni hentam ajer.....meh tengok resepi

UTK NASI

Beras biasa 3 cup
Beras Bashmati 1 cup
garam 2 cubit
Santan
Jus Pandan

Cara
Macam biasa redam dulu beras dalam 15 -20 minit. basuh bersih dan sukatan air sama dgn sukatan beras.sebenarnya mungkin ada jugak cari lain. bila hampir masak kacau nasi dan teruskan tutup dgn set "warm" kat periuk. memang lemak santan akan timbul dipermukaan nasik jgn risau kalo nampak mcm lembut sangat sbb masih panas kan.

Untuk SAMBAL

Sama mcm sambal udang kering yg aku pernah post SINI
bezanya kalini 100% pakai bilis jer. aku copy sini jgk lah yer senang uolls  nak refer


Bahan-bahan
5-6 biji bawang besar
4 sudu cili kering yg dah direbus dan dikisar
4 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos cili
3-4 biji cili api
1 mangkuk bilis yang dah dibersihkan
1/2 mangkuk ikan bilis utk digoreng garing
1 cawan minyak
garam, gula
2 inci belacan yang dah dibakar
sedikit air asam jawa (aku tambah)

Cara-cara
Mula mula, bilis di tumbuk halus dan ketepikan. (boleh jugak blend tp jgn halus sangat) Potong dadu bawang besar. Resepi ni perlu banyak bawang besar yer.

Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan masak hingga layu. Masukkan cili kering dan bilis kisar, serta belacan. Kacau rata. kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau lagi & biarkan bertukar warna menjadi kecoklatan gelap, baru masukkan garam dan gula. Sementara tu, goreng bilis dalam kuali yang berasingan hingga garing. Kemudian angkat dan tos kan sekejap. Kemudian masukkan ke dalam kuali ikan bilis yg dah hampir masak tadi. Kacau lagi hingga masak.Kalo nampak macam kering tambahkan lagi minyak sebab gorengan memang perlu banyak minyak & siap...















____________________________________________________________________

Kawan ada mesej ilmu dpt dr Youtube (kawan nama Nazuha Ali, Chartered Accountan Seremban)

Ustaz apa tak ingat

Masa masak, tengah nak kacau lauk tu baca Selawat 3x, kemudian baca surah al-Kauthar (Inna a'toina)
pastu masa tutup api baca lagi sekali Selawat 3x kemudian surah Al-Kauthar

Semoga bermanfaat. :) & semoga Allah redha