..... Love Is Beautiful....

Tuesday, May 24, 2011

Kuasa DIA, segalanya DIA

Assalamulaikum wth :)



Aku tak tau nak start dari mana citer ni...ni cume nak share jer. InsyaAllah ada kesempatan aku nak tanyer sendiri dgn Uztaz atau para ilmuan yg blh dirujuk.


Sebulan yg lepas...dari tarikh hari ni 24.5.11, sepupu terapat aku tetibe jatoh sakit..pelik jgak la sakit dier ni. sbb mula dgn gastrik...masa tu dah 2 3 kali pergi ulang alik hospital tapi hospital tetap gak tak bg admit. aku dan family dier and family aku dah naik kesian and geram gak napa lah pihak hospital tak nak tahan jer cousin aku tu..bukan per kesian sgt tengok, sampaikan nak jalan pun dah bongkok giler..aku pun ada gak gastrik tp alhamdulillah dah jarang kena smpi bongkok2 mcm tu. dah sampi kali ke-4 ulang alik hospital, tibe masa ari ahad lak pergi lagi sebelah petang..pagi dah pergi dah tp doctor soh balik jer pas check and isi air. then bile magrib kena lagi nak tak nak kali ni aku yg ada kesempatan nak bawak dia aku bawak jer hosp..kali ni aku ckp kat adik aku biar lah cousin aku pakai wheechair.bukan nak buat dia malu tp kite kesian dah kat dier yg tak larat and paling penting dia tak jatoh...smpi dpn EMERGENCY room, adik aku tolong temankan dan bawakan sepupu aku masuk hospital...kali ni memang lamer giler....ada 8-9 org kiteorang yg bawak and hantar die so that dia tak la takut sgt n bg semangat kat dia..


Tunggu punyer tunggu yg berjam-berjam lamenya, seingat aku dah jam 11 malam, sepupu aku masih lagi diisikan air...after bawak ke scan room, X-ray and pemeriksaan darah and bnyk lagilah dan cousin aku terus mendapat rawatan drpd doktor...aku teman kan sepupu ku setakat termampu...masa tu tinggal 1 jam je detik hari ulangtahun kelahiran ku...masa tu aku cuma harapkan sepupu aku cepat sembuh, itu jer.............



Sejam berlalu...akhirnya aku balik kerumah dgn adik aku, sepupu kena admit. Alhamdulillah skurang2nyer dia sentiasa dipantau oleh doktor..sepanjang dia sakit tu kami sekeluarga kerap mengunjungi nyer..tp bile buat pemeriksaan, doktor ckp cousin aku takde masalah ape2. tp kemungkinan urat jantung dia ada yg tersumbat. dah seminggu terlantar...akhirnya doktor buat keputusan utk hantar sepupu ku utk refer ke kuching pada 12.6.2011 ni.. sedih dan risau melanda kiteorng dan yg termampu kiteorg buatadalah membantu dan berdoa tak putus-putus.



Dah seminggu akhirnya sepupuku discharge dari hospital, sepupu aku dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah, sekurang2nyer dia dah lega dan selesa. yer laaa....aku pun dah pernah rasa duduk hospital masa kena denggi dulu..kalau blh tak nak dah...hehheehe...



Tp yg peliknya..semakin sepupu ku duduk di rumah sahaje, semakin menjadi sakitnyer..tp sakit nyer lebih kepada sakit yg blh dikaitkan seprti terkena buata org/sihir/makhluk halus dan seumpamanya, wallhualam. Pernah satu ketika, masa tu petang ahad, sepupu ku mengamuk dan berubah watak..kami sekeluarga risau dan kalut dibuatnyer. Masa tu aku dan sepupu yg lain cube mencari iktiar untuk mencari ustaz dan org yg blh merawat sakit misteri ni. cuma masa tu kite dapat cari tapi sekadar mendapat air yg telah dibacakan surah-surah tertentu. agak lama jgk la kiteorg cube tenangkan die.



Beberapa hari kemudian, sepupu aku pergi ke hospital lagi sekali utk pemeriksaan gastrik memandangkan kakak ipar ku mencadangkan utk refer ke hospital takut2 ada kesan luka kat gastrik dia sbb dah bnyk kali bergerak dan makan dgn kerap. sepanjang sepupu aku sakit, dia kerap kali makan dgn laju seolah2 bukan dia yg makan..



Dalam ketika tu jgk, aku cube utk mencari altelnatif lain...ada jgk yg aku kenal minta tengok2 kan tp setakat ke hari ni masih belum diizinkan olehNya utk berjumpa. sekadar melihat dan merenung dari jauh. kalau bahasa mudah nye ialah buat "scan"



Sehinggalah semalam 23.5.11, aku sekali lagi melawat keadaan sepupuku. masa tu dah nak dekat maghrib. dia menceritakan apa yg teradi hari ini. katenya begini...




Kak, macam mana akak skrg ada kurang dah ker sakit...dia jawab..alhamdulillah ada o.k sikit..hhmmm...die merenung panjang dan meneruskan apa yg terlintas di hati dan fikirannya mungkin..



"kalau akak cerita ni, mungkin korang tak percaya..sebab rata2 korang ckp aku tertekan sebab asyik terkenangkan aku sakit. memang aku sakit tp apa yg aku alami arini seolah2 benda ni benar. depan mata aku dan jelas dek telinga."



Aku pelik dan aku tanyer aper dier kak..dia teruskan kate-katenya



"tadi pg akak sakit sangat, sampai akak rasa tak tahan sangat..akak rasa nak terjun jer dr tingkap"..aku terkejut dan beristifar.. Adik kepada sepupuku pun mencelah dan kate "ha'ah, akak kau sakit teruk pagi td smpi ckp baik aku mati jer..aku nak terjun...tak nak makan ubat...dan mcm2 lagi..sampai aku marah kat dier"



kemudian sepupuku meneruskan apa yg ingin dia ceritakan...

"lepas jer asar, akak berdiri tepi tingkap ni...akak tengok kat kawasan bukit tu, masa tu lillah akak nampak kelibat seorang lelaki berbaju serba putih seperti berjubah, tinggi-tinggi dan berjanggut...kemudian org tu ckp dan jelas sgt2 kat telinga akak ni dia kate macam ni

"anak, cuba kamu mandi air bacaan yassin dan lepas tu tunaikan solat, dan jangan tinggalkan solat, insyAllah kamu akan sembuh"



"Bile akak dgr jer akak terus khabarkan kepada abg akak dan buat seperti apa yg dikatakan oleh org tu dgn niat hanya kerana Allah. sejak dr tu akak dah rasa kurang sedikit kesakitan ni"



Subhanallah...aku terpinga2 dan bersyukur, seandainya memang ini petunjuk yg Dia ingin berikan, syukur ke hadrad Ilahi. Tapi siapakah gerangan nye org tu?? hingga ke hari ni aku tertanya2. menurut sepupu ku jgk, dia sering bermimpi akan kelibat org tua tu cume dia dia pernah berkata2 dalam mimpinya dan inilah kali pertama dia melihat dan mendengarnya sendiri tp bukan dalam mimpi.



Inilah cerita yg aku nak sampaikan.. seandainya aku adalah ahli bijak pandai atau punyai ilmu ketuhanan yg mendalam aku mungkin blh mendtafsirkan nya tp siapa lah aku kalau bukan sekadar insan biasa.



Perkara mcm ni bnyk mengjar aku dan menjadi kan aku ingin utk mengatahui lebih lanjut. sehingga maghrib menjelang, aku cuba nasihat kan dan sampai kan sedikit ilmu yg aku tahu utk dikongsi bersama sepupu ku...mudah2an apa pun kesudahannya, moga2 sepupu ku cepat sembuh dan dilindungi olehNya..

Amin




Sebelum berundur, aku nak share doa ni k. doa sahih utk di amalkan pagi dan petang


"Ya ALLAH, lindungilah hamba dari kegelisahan dan kesedihan, Ya ALLAH, lindungilah hamba dari perasaan lemah dan malas, Ya ALLAH, lindungilah hamba dari sifat penakut dan kedekut dan Ya ALLAH, lindungilah hamba dari tekanan hutang dan tekanan perasaan. Amin Ya Robbalalamin."

Sejam Bersama Seorang Kawan :)

Assalamualaikum wth :)


hehehe...arini aku nak update blog kesayangan aku lagi setelah dah sekian lama aku tinggalkan blog aku...bukan tinggal laa...cuma tak dilayan jerk :D heheheheeh..


arini aku hepy sikit sebab nyer aku tanpa diduga diberi kesempatan olehNya utk bertemu dgn ex-roomate aku yg merangkap kawan terBAEK aku masa aku kat Wilayah Persekutuan Labuan dulu...(May 2008-Nov 2009)....masa tu memang best bnyk kenangan pahit manis ngan kengkawan..tp manis lagi bnyk la...cuma berjauhan sikit dgn family yg berada kat Miri...tp bnyk perkara dan pengalaman aku dpt spjg dudok berjauhan dgn kawan2 yg berlainan bangsa dan negeri...



My besfren @ geng gadoh-gadoh :)


Haaa yg ni kawan aku nama dia Dayang Nafillah...cantik dan ayu kan...cewahhh...seayu namenye...tp luaran je ayu...kalau kenal rapat bagai nak pecah jd nyer suasana dek giler2 kiteorgn... hari ni 24.5.11 aku berkesempatan jumpe dia kejap itupan dalam tempoh masa tepat2 1 jam tu pun masa kat airport Miri, dia dan husband dah nak fly to Labuan..ape tak aku marah...tak sempat nak bawak die jalan2 wlu pun tempat aku lahir ni takde la menarik maner tp blh laa kalau nak posing posing ker...nak beli kek lapis ker..or nak cuci mate ke heheheheh....aku smpt bg kek jer tu pun kek "tunjuk" sebab tak smpt nak buat...


Apapun..aku hepi coz dah lame tak jumpaa.....btw, tQ so much to yo my beloved fren....ada masa kite jumpe lagi k..tak bnyk maner gmbr tadi..satu jerk...hhehhhe...


ok laaa..nti nak update lagi...tunggu tau entry seterusnya.....