..... Love Is Beautiful....

Sunday, September 9, 2012

5 Months Plus :)

Bismillahirrahmanirrahim
 
Assalamualaikum wth...
 
Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan umur yang panjang. Pejam celik pejam celik dah  5 bulan lebih usia kandungan saya. Dan syukur jugak morning sickness pun dah tak teruk macam mula mula dulu. Esok pun kena buat medical check up kat Dr. Noor. Tak sabar rasa nya saya nak tengok baby dlm perut ni. Baby pun dah aktif sekarang ni kadang2 senyum sendiri saya dibuatnya. Tapi betul, saat mengandung adalah detik terindah bg seorang ibu dan fasa seterusnya ialah merasai kesakitan untuk melahirkan. Mudah2an Allah permudahkan untuk saya melahirkan baby sulung saya dan suami. Tiada apa yg saya harapkan melainkan anak yang saya kandungkan ini sihat waalafiat dan sempurna sifatnya serta diberi keimanan untuk menjadi khalifah suatu hari nanti. Hampir setiap malam saya berbual dengan baby ni heheheh :)
 
Oh yer raya tahun ni sangat bermakna buat saya walaupun pada bulan puasa ni saya tak dapat nak laksanakan ibadah puasa dengan penuh :( sbb alahan teruk. InsyaAllah sy akan ganti sebaik mungkin sebelum menjelang puasa tahun hadapan. 4 hari sebelum menjelang raya saya dan baby dalam kandungan terbang ke Kuala Lumpur. Bayangkan hampir 4 bulan tak bersua dengan suami...tuhan jer tahu betapa rindu di dada dan perasaan teruja untuk menyambut puasa dan hari raya besama suami dan anak dalam kandungan ni.walaupon ketibaan masa tu sekitar jam 1:30 pagi, dan sampai di rumah dalam 2:30 pg dek kerana rindu hilang jugak rasa mengantok hehehehehehe....dan akhirnya 2 hari menjelang raya saya dan suami balik ke kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan....
 
Seronok rasanya walaupun adakalanya rasa sedikit rindu dan sedih tak dapat beraya bersama keluarga di sarawak tp takpe inilah pengalaman kan....dan saya pun berpeluang untuk belajar masakan orang negori hehehehehe.....dan raya ke-3 saya dan suami balik semula ke Sarawak....terasa kesedihan melanda tp nak buat cemana itulah lumrah dan hadapi lah dengan gembira.
 
Gambar ni family sebelah saya di Sarawak (Raya ke-3)
 
Dan ni pulak gambar family sebelah suami pada raya pertama :)
 
Encik husband pulak kata raya kat Sarawak sangatlah letih sbb tak berhenti raya nyer....hehhehheeh memanglah mcm tu....siang malam kena pakai baju melayu...barulah rayer kan....
 
Apapun....harap2 sangat kebahagian dan kegembiraan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupon berjauhan tapi dekat di hati. Ibarat satu kata-kata ni, Bila dekat itulah dugaan CINTA, tp bila berjauhan itulah dugaan IMAN :)
 
 
### ok gambar gambar yang lain ada dlm simpanan sy jer. Cukuplah 2 keping ni jer sebagai tatapan kan...hehehehe###
 
and for my baby... Mama  & Papa Love you so much emuah :)