Tuesday, September 1, 2009

seketika....

kejap tadi aku dpt mesej dr seseorg...entah la..aku tak tau..dia cukup baik dgn aku..walaupun aku tak kenal dia secara real..tp dia selalu memberi aku nasihat, peringatan dan ilmu2 keagamaan utk dikongsi bersama..dia cukup sempurna sebagai lelaki. cukup lengkap dan cukup package utk dijadikan calon suami kepada seseorg wanita..antara aku dan dia cuma kawan..blh jgk dikatakan seperti abg dan adik..dia jgk sedia maklum bahwa aku sudah memiliki calon suami..namun kadang kala terlintas di benak fikiran ku, perasaan utk cuba membantu nya..memberi kebahagian utk nya dgn cara apa skalipun..sbg adik, aku cuba utk menolongnya...memberi kata2 semangat utknya terus berjuang utk berperang dgn penyakit yg dihidapinya..dia cukup baik..pernah skali dia call aku masa aku d kampung, dia bacakan zikir dan seluruh ahli keluarga aku dengar melalui telefon..sungguh merdu dan syahdu..d kala malam dia selalu mengirim kan SMS nyer supaya aku menunaikan solat sunat tahajjud..semua peringatan dan nasihatnya aku ambik sebagai ilmu yg tak mungkin aku perolehi dgn mudah..



namun kadang kala aku takut, aku takut bila tiba2 dia mengatakan hatinya teringat pada ku..dia benci perasaan itu..pada ku jika itu sebagai tanda dia mengingati ku sebagai sahabat mahupun adik tidak mengapa tp andai sebaliknya....aku jd gentar..apa yg aku lalui dalam hidup cukup membuat kan aku sedar..aku tidak ingin utk memberi atau menaruh harapan pada mana2 lelaki yg aku kenal cukup lah sekadar teman atau sahabat..kadang kala aku jadi tak keruan...hidup tak bersosial terasa sunyi malah kita perlu utk bersosial..aku cuba menjaga batas2 pergaulan ku.aku cuba utk menjadi muslimah yg patuh pada agama, yg ingat pada pesan org tua ku, yg mendengar nasihat dr abg2 serta kakak2 ku.



di lubuk hati ku, hanya doa mampu ko panjat agar sahabat2ku dikurniakan kebahagiaan..diberi kegembiraan dan persahabatan ini akan tetap terjalin sampai bila bila...terima kasih sahabat2 ku...

Coretan Hari Ini (Ramadhan 12)

salam... :-)
hari ni dah puasa ke-12 kite sebagai umat islam meraikan bulan yg penuh berkat dr seribu bulan..pejam celik pejam celik kita pasti takkan merasai detik menjelang nya raya dah dekat..cemana persiapan raya u all..hehehe mcm lh ramai aku punyer follower dlm blog ni...tak per tak per..as long as sesiapa yg baca ni..rasa diri dia dihargai oleh aku pun jadilah kan...apa rutin u all time posa ni??

kalau aku pagi2 bangun dalam pukul 4 pg...sepanjang bulan posa ni aku jarang masak, biasa kak yna iaitu housemate aku yg dah bangun masak. lagipun bukan makan bnyk pun..kadang2 aku cuma minum air suam. kalau nak makan pun aku makan sepotong nugget atau kurma then dah..pastu aku akan tunggu azan atau dlm masa terluang tu aku gosok baju aku dulu utk aku pakau keesokan harinyer utk g kerja...maklumla hidup bujang heheheeheh...then aku akan mandi before solat subuh sebab dah rasa ceria kan...pas solat subuh jer aku akan baca Quran seperti rutin2 aku pd hari biasa..then kalau ada masa lagi aku akan bukak Tafsir Al-Quran utk aku baca atau memana buku keagamaan yg perlu aku baca..maklum lah ilmu terlalu cetek..ilmu mesti penuh di dada kan baru hidup diberkati..baru dpt jalan kan amalan sepertimana yg disarankan oleh agama kita...

then pagi dalam 6:30pg aku akan tengok TV rancangan Tanyalah Ustaz kat TV 9.. aku n housemates aku suka tengok ni. segala kemuskilan dalam bulan ramadhan sumernya terjawab dalam rancangan ni..terima kasih TV 9 kerana memberi input yg berguna & bermanfaat kpd semua umat...

then dekat2 pukul 8pg aku akan pergi kerja sekali dgn housemate aku eira yg merangkap officemate aku jgk and anie yg jiran d tempat aku kerja merangkap roomate aku..so bertiga2 akan ke ofis menaikan kereta milik ira...

4:30 pm masa utk balik kerja tp biasa kiteorg balik pukul 5ptg jer sebab nak tunggu anie pulak..sampai rumah so memasingla buat persiapan utk berbuka. kekadang aku n kawan2 singgah g bazaar jap...ni yg syonok...membuatkan aku rindu nak g bazaar kat miri..mesti kat sana lagi happening aku kira..tp tak kisah la yg penting tak membazir...

and arini aku kelam kabut sikit buat kerja yg URGENT but alamdulillah Allah permudahkan mudah2an kerja aku takde masalah..dekat2 kol11 pg aku dah settle..then pastu aku g nular pulak nak edit pic..ni memang penyakit aku...suka mengedit gmbr...hehehehe..yer arr..dah la penat otak baut kerja..aku buat la selingan jap...hasil nya.aku buat ala2 kad ucapan raya..ha ni dia..aku bg kat u all semua ekk...harap2 maaf yg ku pinta di terima.. :-)




Ala Kadar Jer

Actually, aku nak post article ni, ni kawan aku yg bagi so ada baiknya aku post kat sini sebagai ilmu utk kite kongsi sesama kan...sekurang2nya kite yg jahil ni dpt jugak serba sedikit ilmu pengetahuan.


Ingatlah saudara-saudaraku...

Kita hidup hanya sekali,

Pastikan hidup yang terbaik,

Hidup tidak harus takut mati,

Takut mati, jangan hidup,

Takut hidup, mati saja........

Semasa kita dilahirkan,

Kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum tawa,

Teruskan kehidupan dengan banyak berbakti,

Agar bila kita mati nanti, Kita bakal tersenyum,

Dan orang di sekeliling kita pula yang akan menangis.........


Dan ini ...


Doa khusus di Malam Lailatulqadar


Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku." Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...