..... Love Is Beautiful....

Tuesday, August 26, 2014

29. Cucur Kucai

Assalammu'alaikum

Sarapan pagi sabtu tu aku tengok daun kucai yg aku beli aritu blm diusik. tak tau nak breakfast apa aku ambek daun tu dan buat cucur...ala ni simple je...makanan org kampung kate kan heheh...

nanti aku nak tanam daun kucai ni macam uwan encik hubby aku kat kampung dia tanam jer. kalo nak ambek je...fresh lagi kan...nantilah aku nak tanam....

Resepi: Cucur Kucai
Sumber: Sendiri

Bahan-bahan
Tepung gandung
daun kucai segenggam
cili merah & cili api 
bawang merah
bilis/udang kering
soda bikarbonat secubit
i biji teuur (optional)
garam/gula
kunyit utk warnakan tepung
air


Cara
bersih dan hiris nipis cili dan bawang.  ayak tepung dan garam skali. masukkan bawang, cili dan daun kucai yang dah dipotong. masukkan bilis/udang kering. kemudian masukka soda bikarbonat kalo nak rangup. akhir sekali bubuh telur kalo nak lembut. tuangkan air sikit demi sikit & kacau rata dan tambhkan perasa dan kunyit sedikit. Goreng dan hidang panas, cicah dgn sos cili atau sos mayonis.

 Bahan utama, tapi kat sini aku tak letak bilis. kalo nak letak pun blh...

 Bersih dan hiris

 kucai potong mcam ni

 tepung sukat lah ikt mana korang nak....

 My chef cilik....tengah menaip ni abg aku call, Aleesya tengah meraung nagis..alahai sedei pulak mama......tak sabar rasanya nak balik....sabar ekkk anak T_T

 Bancuh sampai tak berketul

Ok ready to eat! nyermmmmm...

komen aku -> Heheheh...sedap .... lagi pedas lagi sedap!!! 

27. Sheperd's Pie

Assalammu'alaikum wth




Ahad lepas aku dah plan nak buat sheperd's pie. actully dah lame aku nak buat ni. siap beli aluminium plat konon nak bako dalam ni. sudahnya aluminnium tu guna utk membakar biskut raya...dan kakak aku dah buang dah sbb dah bnyk kali guna benda tu pun dah kemek and koyak...ok takpe takde masalah bg aku.

Sheperd's Pie ni mcm maner ekk...apa benda nyer..haaa ni dier...kita bukak kamus internet ekk. Maksud dia...jeng jeng jeng ...

"Cottage pie or shepherd's pie is a meat pie with a crust of mashed potato"

Maknanya dia kena ada daging dan kentang sbg bahan utama....faham? ooo senang jer la...cuma tak tau cara masak kan...meh sini mak nak ajar hahhahahha :D

Alrite resepi ni aku tak spesifik ambik dari blog sapa sapa tapi aku random goodle jer..janji aku faham konsep dia and step dia. bahan utk kali ni aku ikut apa yang ada jer...certain bahan aku lupa beli so aku tak bubuh ler...utk korang yang just nak try as a beginner blh lah cuba ni..tp kalo nak rasa extra SEDAP gittew cecepat google makcik makcik lain hihihihi...nak tunggu aku buat tak tau bile ....


Ok malas nak ckp banyak aku straight je lah ekkk

Resepi: Sheperd's Pie
Sumber: Campur-campur

Bahan untuk Inti

1 labu bawang besar, aku takde stok ganti dgn bawang merah
500gm minced beef
minyak/mentega
1 botol sos prego original/mushroom (aku xde stock), 
Sos tomato
Sos cili
Cili kisar
sosej 5 batang (ni saje aku tambah, takde sebenarnya)
jagung manis (tak mo pakai mixed vege sebab budak2 tak suka)
carrot potong dadu
tomato 3 biji
garam & aji
gula
===================================
Asingkan!

Kentang 1 kilo
mentega 2 sudu besar
Susu segar 100ml (aku tukar ke susu tepung sbb xde time tu)
garam
serbuk lada hitam
cheese (parmesan,cheddar,slice)

Cara-cara

Inti
Mula-mula panaskan mentega/minyak dan mula menumis bawang besar hingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar dan minced beef. biarkan mereneh dan warna minced beef berubah ke warna pucat. kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos prego dan kaccau lagi. lepas itu masukkan sosej dan jagung manis. biarkan seketika. akhir sekali masukkan tomato dan carrot. tambahkan perasa seperti garam dan gula. bila rasa dah sebati and menepati citatasa, tutupkan api dan ketepikan

Untuk kentang.
Pastikan kentang direbus terlebih dahulu. bila dha masak tos kan dan lenyek ketika panas. kemudian kalo nak tektur lembut dan tidak berketul2 tapis kan setelah dicampurkan dengan susu. AWAS, jgn masukkan susu sekaligus. tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga lembut spt mashed potato kat KFC tu..nanti cair sangat lain pulak jadi nya. dan gaul sekali bersama mentega. kemudian tabur kan serbuk lada hitam. masa rebus kentang tu letak sikit garam yer.

Step Seterusnya....

Ambik bekas, mula mula tuangkan inti ke dasar bekas dan menutupi keseluruhan bekas. kemudian baru letak kentang yang dah dilenyek. buat sampai rata. ada dua cara, sama ada berhenti setakat tu jer dan sapu telur kuning kat atas nyer ATAU blh tabur cheese terpulang kpd uooolllss ya:)

kalo aku memei aku letak cheese......tp aku xde stok cheese parmesan! dan Bakar around 20min atau dah nampak mcm kekuning-kuningan..... :) Siap!

 Kupas kentang...lgi bnyk lagi best...!

 Rendam sekejap!

 Dah potong blh lah direbus sehingga lembut!

 Bahan utk inti....bnyk kekurangan bahan ni.....

 Sepatutunya bawang BESAR ya...

 dan terus mengacau....

 Inti dah siap!


 Kentang dah masak di Toskan!

 Chakkk! chak!!! chak!!!! lenyek kan dier...

 Tuang susu sikit demi sedikit

 Mula menabur inti

 lapiskan dengan kentang
taburkan cheese...alahai sikit benar cheese ni...!

Siap....

Komen aku ->Ermmm.....sedappppppp!!!!! tak dapat bayangkan kalo lg bnyk bahan bahan kan.....aper lagi...jom buat!!!!