..... Love Is Beautiful....

Wednesday, January 7, 2015

54. Ayam Goreng Chrispy Ala-Ala KFC!!!! sapa tak suke!!!!

Assalammu'alaikum (",)

Ini adalah salah satu menu masa birthday Aleesya aritu..aku masak ni sebab nyer aku tau ni kan majlis utk fun kpd kanak-kanak. kanak kanak mesti suka ayam goreng kan..lebih lebih lg kalo ayam KFC betul tak...bukan budak jer malah mak budak bapak budak dan nenek budak pun. teringat pulak kat Uwan d kpg...uwan tak pandai makan ayam dan memang tak akan makan tp bile KFC uwan makan....hahahha klakar uwan....semoga uwan sentiasa sihat Yo!!!

aku buat bnyk aritu...aku beli lebih kurang 7 ekor kot ker lebih ekkk..than aku beli lagi wing yg dalam packet tu biasa dalam 23 ketul mcm tu..utk tambahan.so aku dpt dalm3 bekas kontena besar...aku perap semalaman!!!! nak tau resepi tak...

Jom.....tp aku tak ingat aku dpt dr mana resepi ni...

Resepi: Ayam Goreng Chrispy ala-ala KFC

Bahan utk perap ayam
(Ni aku adjust sbb aku jenis kalo bahan perap mesti nak bnyk)

1 ekor ayam dipotong 8 atau 16 (abaikan kaki)
7 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 sudu kari ayam
1 inci halia
garam ikut masing2
ajinomoto (optional)
serbuk kunyit 1 sudu teh

Bersihkan ayam dan toskan air. kemudian perap ayam bersama bahan bahan di atas dlm tempoh 1 -2 jam atau semalaman pun blh. mcm aku, aku perap petang sebelum nyer lg dan simpan dlm chiller peti ice.

Untuk buat Tepung

2 cawan tepung Jagung
1 cawan tepung gandum
1 cubit soda bikarbonat
1 sudu teh kunyit
1-2 sudu besar serbuk cili (ikut nak pedas atau tak)
telur (aku x pakai still ok)
sedikit garam

Cara

Ok bila ayam dh perap, cara nak salutkan tepung ialah ambil tepung yang dah dicampur bahan2 lain tu dan simpan ke dalam bekas yg ada penutup. ambil 1 atau 2 keping ayam dan tutup bekas serta goncang sehingga tepung menyaluti keseluruhan ayam. sambil tu panaskan minyak ke dalam periuk. bila dah panas deep fry kan ayam tadi dgn api kecik. goreng sehingga masak.

Kalo nak pakai telur, sebelum ayam disalut dengan tepung, rendamkan ayam terlebih dulu ke dalam telur.

Siap.... sebijik mcm KFC!!!!