..... Love Is Beautiful....

Thursday, January 20, 2011

Syukran Jazilan Ya Allah


Saat ini..
hati terkenang seketika
minda mula berputar
detik demi detik cuba utk diimbau
Subhanallah, besarnya keAgungan-Mu ya Allah
Aku tidak pernah meminta utk memilikinya lagi
saat aku tau dia pergi meninggalkan aku
kala itu berbagai-bagai persoalan berlegar di ruang mata mindaku
hati ku bertanya..apakah salah ku?
dimana silap ku?
lantas air mata bercucuran
apatah lagi hati yg serapuh kaca
bisa remuk bagaikan serpihan-serpihan yg bertaburan
Namun..
kini aku semakin sedar
selagi kita bergelar manusia
Khalifah Allah di muka bumi
kita lah yg akan di uji
sejauh mana kita mampu utk menghadapinya
adakalanya kedukaan meragut perasaan belas
meragut perasaan cinta & kasih sesama insan
Tetapi harus kita ingati
apa yg ada di muka bumi hanyalah pinjaman semata2
pentas lakonan manusia sejagat
manusia didorong oleh hawa nafsu.
didorong oleh keinginan yg melampau
yg akhirnya menjadikan kita alpa dan leka
Cinta menjadikan aku bahagia
cinta menjadikan aku kenal kasih sayang
kenal erti PENGORBANAN
kenal erti cemburu, kenal erti sakit dan kecewa
malah CINTA jugak blh menjadikan seseorang BUTA
dan akhirnya BENCI apabila cinta putus di tengah jalan
Namun pada Mu ya Allah
aku selalu mengharap belas Mu
kerana hati ini ingin dan mahu
mencintai Mu melebihi cinta dari segala Cinta
Saat ini
aku bersyukur
kerana takdir Dia
aku temui jawapan nya
aku tidak pernah mengharap utk memiikinya lagi
kerna aku tau ada yg lebih baik utk nya
dan pastinya utk aku jua
Terima Kasih ya Allah
kerana setelah setahun lamanya
Kau tunjuki pada ku
kenapa ujian itu yg Engkau berikan padaku
Sekalung doa dan harapan
Moga kalian berbahagia hendaknya
hidup sejahtera dan gembira
Amin.