..... Love Is Beautiful....

Thursday, October 30, 2014

44. Puding Roti Berkastard

Assalammualaikum



Hadoiyaiiiiiiii >'<
Sekarang ni aku malas giler nak hapdate blog.. nak masak..syuhhhh suh.... g lh jauh jauh penyakit M aku ni..

Apapon arini nak update puding punye resipi. Ni je aku ada buat... letih mak !

 Zasssss!

Bahan A
6,7,8 keping roti halal
Sedikit air
Sedikit susu cair

Cara
Koyakkan roti dan rendam dgn air dan susu. Jgn bg hancur sgt ekkk.. biar nti puding rasa kerak and hangos sket dan rayakan dalam loyang

Bahan B
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
Satu sudu teh tepung jagung
4 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
Kismis
Almon flake

Cara
Kisar semua hingga sebati dan tuang kan atas lapisan roti. Taburkan kismis dan almon flake. Masak dlm oven suhu ,190° api bawah kmudian tukar api atas lepas 10 minit

Utk sos
1 tin Susu cair
2 sudu tepubg kastard
2 sudu gula atau 11/3 pun ok

Masak atas api perlahan hingga pekat dan tuang atas puding

Sedappoppp...panas sedap sejuk pun sedap


Sunday, October 12, 2014

Tempahan Kek Lapis: Kek Kelapsi Buruk & Kek Tanpa Had

Assalammu'alaikum

Untuk tempahan kek lapis Sarawak boleh refer bawah yer

Kek Kelasi Buruk
Kek Tanpa Had
Kek Salted Cheese
Kek Double Cheese

utk pertanyaan boleh WhatsApp 014-6856849




43. Resepi Kek Raya Aidiladha

Assalammu'alaikum


Wow!!! mcm slurrrppp
ni Kek Double Cheese 


hye readers..selamat pagi..sehat ekkkk?. didoakan korg semua sihat dan kuat ekkkk...alrite alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi atas segala limpah rahmat dariNya. bersyukur masih diberi kesempatan utk berpijak di bumi yg maha luas ini. bersyukur masih lg merasai keindahan kehidupan yg penuh ranjau dan duri.

minggu ni bnyk benda terjadi ada yg sedikit sedih ada jgak gembira dan ada jugak risau....hehehe apapun hidup kan memang mcm tu...mesti diteruskan dan semoga aku dan korg semua sentiasa berada dan menuju ke jalan yg betul dan diredhai Allah inn sha Allah... ni subuh...hujan dr start mlm td..aku bangun jam dua pg sekrg dah nak jam 6 pun masih renyai2.alhamdulillah...aritu aku mintak hujan spy kebun kami segar....dah 2 hari hujan mesti parit pun dan dipenuhi air...tp kereta pulak kena bawak g ospital...... haiyo.....alignment lari masa driving semalam....huhuhu.....sabar ekkk....

okeh....arini aku nak share resepi apa pulak..xde special kot tp aku ttp nak put here senang aku nak rujuk and uooollllsss nak cuba..

Masa raya aidiladha aku buat 2 kek tp dua dua kek mudah je

1) kek salted cheese.
2) double cheese cake. Pasal apa nama dia mcm ni? Sebab cheese dia double

Dua dua pun aku dah pos. Blh rujuk .....KEK BATIK CHEESE

Atau..nah!

Salted cheese cake

Bahan-bahan
.3 bungkus salted cheese biskut
.250g cream cheese
.1/2 tin @cawan susu manis
.1 sudu makan mentega
.1/2 bungkus nestum blh kisar atau x
.milo agak agak 1 cawan
.1 kotak fresh milk

Cara

lapik loyang dgn kertas minyak atau plastik utk mudahkan keluar lepas kek siap. Blend cheese, mentega dan gula. Kalo rasa nak manis just tambah susu. Sampai tektur halus dan sekata

Rendam biskut ke dlm fresh milk sebentar.kemudian susun atas loyang. Dah habis susun sapu cream cheese dan diakhiri dgn menabur nestum dan milo. Buat sehingga habis. Akhir sekali masukkan ke dlm peti ais di bahagian freezer semalaman. Esok dah blh potong.












2. Resipi: Kek double cheese
    Sumber: Diri Sendiri olah

Bahan cheese lapisan bawah

5 slices cheesedale
200ml fresh milk
70g mentega
70g tepung
70g gula
2 biji telur
Esen vanilla

Cara

Panaskan susu dan cheesedale serta mentega atas api. Ketepikan dan biatkan sejuk
Pukul putih telur hingga kembang. Sementara kuning telur dipukul bersam gula. Masukkan tepung dan disatukan dengan telur putih tadi. Tuangkan cheese yg dah disejukkan tadi dan bakar dgn kaedah bane marie iaitu loyang kek diletakkan di dlm loyang lain yg berisi air dan bakar pd 170º dan kurangkan 130º 15 minit kemudian guna api atas dan bawah. Kek akan nampak sangat smooth boleh refer KEK CHEESE SIMPLE MOISTjugak kalo nak tgok past sebelum ni..









Utk lapisan kedua

Bahan-bahan
.250g cream cheese
.1 biji telur
.60g gula

Cara
Putar semua bahan dan bakar selepas lapisan pertama masak


Lapisan ketiga (lapisan coklat/koko)

Bahan
.5 biji telur
.1 cawan minyak
. 2 gelas tepung
.1/2 half koko
.serbuk penaik
.1 cawan gula
.1 cawan susu manis
.1 cawan horlick (optional)

Cara
Putar telur hinga kembang.masukkan gula. Masukkan tepung, minyak, susu manis dan horlick serta serbuk penaik. Akhir sekali koko. Tuang atas adunan cheese yg dah masak dan lapis sebnyk 3 kali. Actually ni resipi kek minyak hihii...kalo nak ngi moist atau lembut lg..sila sila lah google resepi kek coklate lain yer..hehheee







Komen aku ....kek ni kombinasi 3 resepi so kite dpt hasil yg besar dan sedap.cuma yg sedih aku dah simpan lebih dari half utk bawak kat opis sempena majlis makan makan tp kakak aku tak ingat nak keluarkan kek amsa raya tu peti ice rosak...so lapisan cheese bawah dah lain rasa.. :( anggapjer lah bukan rezeki dorang kan...so uoollll..boleh cuba tau..



Wednesday, October 1, 2014

Stensil ~ Jom cantikkan rumah!

Assalammu'alaikum


Sapa tau apa tu stensil?

tau tau camtu je lah kan...sama lah mcm aku...aku ni lg lah kesian tak tau nama benda ni stensil. aku cuma tau aku suka benda cantik utk rumah....heaven!.orite... seamalam 27.9.14 sabtu aku attent kursus stensil anjuran kolej komuniti Miri. aku tgok ada kursus ni so aku grab. dlm otak aku lbh kurg nak blajar asas interior design lah ni tp Puan tu ckp stensil bkn ID. kanak kanak pn blh. apa apa je lah kan yg penting aku dah tau sikit sikit ilmu nak cantikkan rumah kekekeke

so aku pergi jam 7 pg...sbb nak reach before 7:30am. aku tgok jadual ada bnyk kursus arini..so aku pgi sorang diri tinggalkan aleesya dgn mak ngah nya...

terjumpa pulak ex opis mate aku diyana dan kakak nya....dorang amek course cupcake.

ok memula sikit je yg dtg pastu makin bertambah....lama lama penuh. siap ada satu pasangan suami isteri ni bawak anak anak dorg...best gak kan...patutupun ramai org hari ini pasal Karnival Kerjaya. Siap Datuk Lee Kim Shin pun ada dtg melawat and mestensil hihii...

ok kat bawah ni bahan2 yg diperlukan. aku tak take note masa tu..so aku ingat2 je lah ekk. antaranya ialah

1. transparency - ada size A4, A3 atau kalo nak buat ukiran besar pakai plastik lapik meja tu...haaaa...ambik kau nak ukir brapa ribu jam lah tu ekk..yg size A4  pun dah jenuh kremmmm bagai jari jemari ni kan pula nak yg besooo gedabak...no wonder lah mahal benda ni nak charge...eh ehh aku dah jauh tersasar..... >,< jgn mare....

2. pisau mata kecik/halus dan tajam...makesure batang dia kurus mcm pensil senang nak pegang

3. masking tape - pakai sikit je pon

4. cutting board/cutting map - harge aku tgok tadi kat stationery size A4 RM12...mahal jgk...

5. cat Acrylic harga satu botol RM18 kata Puan tu... utk kat rumah kalo nak cantik pakai cat ni atau boleh jer pakai cat ICI

6. Berus atau Roller

7. Surat Khabar Lama - buat alas atau sbg lapik spy cat tak kena kat dinding....lbih kurg macam tu lah maksud dier...betul ke tak betul ayat aku ni...

8. Gambar Stensil yg di print



Ok... ni step dia...

Bahan bahan
1. berus/roller
2.cat ICI @ acrylic
3. pisau
4. cutting map
5. masking tape 
6.lukisan stensil

 1) Lekatkan gambar stensil yg di print di belakang tranparency dgn meletakkan masking tape di penjuru transparency.

2) Potong transparency dgn pisau secara condong sikit dan perlahan. jangan tarik apabila bucu yg dipotong masih blm dipotong habis sebaliknya potong kan sahaja. takut hasil tak cantik. buat sampai habis dgn sabar 

 3) Dah siap potong perhatikan ukiran, kalo ada yg tak rata potongan nya sila perbetulkan. 

Utk mengecat di dinding
1) sukat ketinggian menggunaka penyukat...kalo 1 kaki tinggi sukat lah 1 kaki semuanya..kalo tak nak sekata.boleh lekat ikut suka tp jarakkan. #Tips: boleh enlarge kan ukiran yg sama bentuk

2) Lekat transparency di dinding dgn masking tapi. boleh tampal newspaper lama di tepi transparensi utk mengelak drpd terkena cat d tangan atau terkeluar dari kawasan lorekan


 4) Mulakan mengecat. ada 2 kaedah

i) Berus Cat 
Cara, shadow - cuma perlu warna di garisan lukisan sahaja dan tidak perlu cat di dalam
Bukan shadow - cat keseluruhan rajah

Kaedah kedua dua ini ialah....tuang cat ke dalam bekas cat sedikit sahaja
Selotepkan berus cat spy bulu cat akan stabil
Gunakan sedikit cat sahaja. biar kering atau bg kedekut sikit ct nye pada berus. JGN basah takut cat akan terkeluar dr kawasan lorekan. Celup celupkan dekat transparency..bukan sapu ya!

ii) Roller
Cara, ratakan cat pada papan cat dahulu, kemudian cat pada ukiran kaedah dari bawah ke atas, dr kanan ke kiri, kiri ke kanan dan atas ke bawah. jgn ulang ulang.

tunggu seminit dua barulah dibuka kan transparency tu

Contoh hasil stensil kami.

-
-
-
-
-
cantikkan...sumber dr Google

So.....dah paham sikit tak mcm mana nak buat stensil ni? boleh lah kan...oh yer...ukiran tu JGN lipat tau..tp simpan dalam file dan tahan bertahun tahun...so...boleh lah start mengukir sekarang........... jom kite cantikkan RUMAH!!! yeahhhhh