..... Love Is Beautiful....

Thursday, May 14, 2015

CETHAPHIL, utk masalah Ekzema, Kulit kering, Jerawat! ini penyelesaiannya

Assalammualaikum (",)

Jumaat yang penuh barakah. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah swt inn sha Allah. ameen

Arini tergerak nak share pasal cerita dulu aku pernah kena ekzema tp di sekitar jari je. kalo sapa sapa yg pernah baca entry aku pasal kena ekzema dan aku try satu lotion dari klinik ni.....ni sambungan nyer yer... sapa tak pernah baca blh click SINI kemudian entry bila dah sembuh kat SINI



Tapi......ada tapinya pulak daa....

walaupun jari aku dah sembuh masa tu, sesekali dia boleh muncul balik. especially bila aku makan belacan, seafood, pegang benda kotor mcm bersihkan cermin yg berhabuk kan kena perah kain lap kan...so air yg kotor tu akan membuatkan ekzema aku muncul semula, kalo aku potong ayam,daging atau ikan pon sama. maka memang tak best lah kan. tapi sekarang alhamdulillah aku dah rasa 99% bebas dari ekzema cuma bab air kotor tu je aku elak sbb masih lagi terasa kalo terkena. bab potong ayam bersihkan ikan tu dah boleh dah. SYUKUR ALHAMDULILLAH atas kurniaanMu, berkat kita berdoa Allah memberi petunjuk jalan.

So..aku nak share apa? baik lah, ni aku share mungkin pada org lain mereka jugak pernah pakai ni. mungkin ada yg serasi mungkin jugak ada yg tak. cerita nya macam ni. dalam 3 4 bulan lepas kulit muka aku memang agak teruk mengelupas dan kering. lebih lebih lagi kalo aku makan belacan dan seafoods sbb aku memang ada resdung. tambahan kalo aku pakai alas bedak pun memang dah tak boleh pakai je muka rasa perit dan pedih. hari tu masa kami family day, aku mandi pantai sekali muka aku rasa mendidih mamang pedih dan sakit. tak tahan punya pasal aku ambik ais batu utk buat air sirap kami, dan letak di muka barulah lega. aku terfikir kenapa ekk..padahal dulu tak pun. aku tau muka aku dah selalu kering and bila kita sentuh terasa kasar yg amat. T_T

mula mula memang rasa nak pergi klinik yg tempat aku pergi utk eksema tu. tp entah mcm mana aku google dan jumpalah satu web ni entah sapa tak ingat. dia cadangkan cuba Cethapil. So aku pergi Guardian, aku cakap nak Cethapil, ingat nak try yg kecik sekali takde. yg ada paket besar and kena beli 2+FEE 1 lotion for sensitive skin (NOT FOR SALE) label kat cream tu. harga dlm RM84.++ utk dua botol. kalo beli satu RM50++. so aku beli je yg set tu lbih jimat. tawakal je lah kan..

Kali pertama pakai, lepas basuh muka ahh rasa mcm lega sikit. dia langsung xde buih. dia mcm lotion jer. boleh jugak dipakai utk badan. pastu aku sapu cream tu. selang beberapa hari tengok kulit muka ehhh mcm dah tak berapa kering dah muka. mungkin sesuai kot. sejak dari tu aku tak pernnah pakai yg lain. bg aku jimat pakai ni sbb botol dia besar dalm 1 litre kot tak ingat lah. lagipun senang tekan je macam botol shower gel tu. dan yang paling aku hepi aku perasan jari aku dah tak mengelupas dan tak gatal. itu yg paling aku happy. sebab aku dah rasa 2 tahun lebih kena ekzema. kebetulan masa aku cuba ni cream yg aku selalu sapu tiap malam tu dah habis. memang risau lah bila habis kena beli baru kan kat klinik dalam RM83 utk satu cream. so meamng aku bersyukur sangat kerana dgn CETHAPIL, secara TAK LANGSUNG, EKZEMA aku dah GONE. aku dah boleh buat kerja dapur dan apa apa jer dgn selesa takde luka di jari, takde pedih pedih dan takyah lagi pakai handiplas. Syukur ya Allah. semua dari Mu. terima kasih Allah.




ok untuk yg kulit kering aku pakai jenis ALL SKIN TYPES. Just sapu padah wajah anda kemudian bilas, boleh jgak kalo x bilas just lap dgn tisu muka. Mudahkan....blh bawak mana mana xde air pon takpe. No.1 brand recommended by dermatologist . baby pon boleh pakai tau.... boleh google baca kelebihan CETHAPIL. so people out there, this is really recommended if u have a problem with KULIT KERING, EKZEMA and jerawat innshaALlah dan yg penting berdoa jgk ya.

Bye jumpa lagi. :)








Ada satu doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di madinah/mekah.

Selama 6 bulan dia buka takde satu pesakit pun yg dtg nak berubat dengan nya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakit kah?
Akhirnya dia jumpa jawApan nya.

Bila mana saje kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari allah. Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang allah.

Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.Yaitu baca al fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.

Tapi kalau kami tidak sihat jugak.Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Yaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.

Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat Yaitu solat taubat dan istighfar.Sebab nabi bgtau sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.jadi kena banyak istighfar dan taubat.

Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima..
Yaitu madu dan habbatussauda.

Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih,zaitun,halia etc.

Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu jumpa tabib/doktor/ubat