..... Love Is Beautiful....

Sunday, September 4, 2016

91. Nasi Lalapan MIRI

Assalammualaikum (",)

Teringin punya pasal aku buat sendiri tp tak lah sama mcm kat Muara Restoran..apa boleh buat kat sini takde Nasi Lalapan

 Nyam Nyam (",)




Resepi aku google jer dari blog SINI
TQ yer puan sbb ada share resepi :)
Mudah mudahan puan beroleh pahala utk ibu mengandung ni

Ok bahan-bahan aku gune........

Untuk Ayam
Ayam 4 ketul bahagian paha
3 ulas bawang putih
1 sudu kari
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu jintan manis (goreng sekejap)
1/2 sudu jintan putih (goreng sekejap)
1 sudu ketumbar (goreng sekejap)
1/2 susu lada putih
Garam secukup rasa
Sedikit tepung beras+terpung gandum+tepung jagung
(Resepi asal tepung beras jer)

Cara:
Kalo ikut resepi asal rebus 10 minit dan air rebusan boleh guna utk sup. tapi semalam aku tak rebus kes lupa hahaha tp still sedap cuma takdelah sup yer.

Next....
Tumbuk semua bahan kecuali tepung dan perasa kemudian perap ayam semalaman atau 1/2 jam kalo tak sempat perap awal. kemudian salut kan dengan tepung. rasa dulu ayam OK ke tak OK masin nyer. kemudian Deep Frying dgn sederhana.

Untuk Sambal
3 biji tomato
3 batang cili merah
5 biji cili api
sedikit gula merah (aku tak letak)
sedikit gula pasir
sedikit garam
5 ulas bawang merah kecik
1 inci belacan bakar
Sedikit bilis (aku tak letak)


Cara
Goreng dulu sekejap bawang merah, tomato dan cili. biarkan suhu bilik. kemudian kisar kesemua. lagi sedap 1 biji tomato tu jgn blend tapi lenyek kan ajer spy lg terasa tomato nyer. lg banyak tomato lagi sedap rasanya. tambah perasa gula + garam. Kemudian goreng kan semula boleh bubuh sedikit minyak atau takyah ubuh pon takpe..





Ulam-ulaman
Sayur yg perlu dicelur ialah:
Kubis
Kacang panjang (2 batang)
Pucuk ubi

Sampingan:
Tempe & Tauhu, dipotong sederhana dan lumurkan dgn lebihan bahan perapan ayam tadi dan goreng garing.

Siap utk dihidang bersama sup.


Ok siap dah  dan boleh lah makan......yeahhhhh !!


Memikirkan sekolah untuk Aleesya

(",) Assalammualaikum

Dari mingu lepas lagi aku servei sekolah tadika untuk aleesya. Alahai ni lah perasaan seorang ibu/ibu bapa yer bila anak anak nak sekolah. Nak pilih sekolahpun kena fikir banyak hal. Macam aku, aku tak decide lagi sekolah mana satu tapi tengah buat pemilihan. Untuk satu minggu ni ade 3 sekolah aku dah tanya. Antaranya Tadika XXXXX TadikaXXXdan TadikaXXXX. Semua ni kat ......



Yang pasti aku nak sekolah yang blh utk aku hantar dan jemput kakak bila balik dari kerja. Yerlah sapa lagi boleh amik dia selain aku dan suami. Tapi memandangkan suami kerja kat KL kenalah aku yang kerja lebih utk amik kakak nanti.

Harap kat mana pun kakak sekolah dia blh adapt suasana pembelajaran dan play school tu dgn baik. Kesian kakak dia selalu tanya mana sekolah kakak? dan kadang kadang tanya kakak ni takde kawan ke mama?

Alahai anak....

So keputusan sekolah belum ada lagi dah ade nanti aku update yer.


Setelah  beberapa hari, akhirnya aku dan hubby dah pon buat keputusan. Tanggal 1 sept 2016, aku daftarkan kakak kat sekolah tadika AC.

Mudahan kakak serasi dan boleh ceria sekolah kat sana nanti. inshaAllah ameen


Week 30 ~

(",) Assalammualaikum

Minggu ni adik dah masuk 30 weeks. Alahai mama pulak yang berdebar lebih. Semalam pergi check-up. Result gula yg aku minum last week yg sedap giler tu pon dah tau. Alhamdulillah takde kencing manis. Cuma dalam air kencing ada protein 2% mcm tu and kotor sikit. Haishhh mcm mana lah nak bagi kotor benar benar clear. Doktor ckp amik yang pertengahan tapi jgn stop masa amik yg pertengahan tu kalo stop and kencing balik ianya dikira kencing baru. Baiklah doktor utk next sy cuba lagi.


So semalam buat scan jugak tp nyer baby ni still tak nak menunjukkan gender die...alahai anak mama ni pemalu rupanye....tak kisahlah sayang janji awak sihat. Lelaki ka perempuan ka mama tak kisah..

Sekarang ni apa yg aku rasa adalah:

>> asyik nak kecing
>> kekejangan kat abdomen
>> kadang kadang rasa sakit/nyili kat ari-ari
>> kegatalan pada celah paha ke ari ari (kulit meregang kata kakak aku)
>> mudah kejang kaki
>> sakit dada sekali sekala sebab baby dah membesar
>> kaki dan jari mula membengkak dan jari tangan mula rasa kebas sepecially bila bangun pagi
>> rasa nak muntah terutama bila pagi
>> kulit musam terutama kat leher dan muka
>> cepat berpeluh
>> HB (hemoglobin) rendah.... awal pregnancy cepai jgk la bacaan 11 lepas tu around 10.5-10.7
>> kuat makan =))
>> tak lena tidur dan selalu terjaga

Ya Allah mudah-mudahan Engkau permudahkan hambamu ini untuk melahirkan zuriat kami dengan selamat. amiin ya rabbal al amin.