..... Love Is Beautiful....

Wednesday, July 2, 2014

Bubur Pedas (Makanan tradisi Sarawak)

                 Assalamu'alaikum wth




ok bubur pedas ni sebenarnya bnyk campurannya. makin bnyk makin sedap. utk bahan bahan refer bawah ni ekk. tp aku x follow bahan yg kakak ipar aku msk ni sbb yg atas ni x ckp complete lg. so aku google resipi complete lah ekk... 

-
-
-
-

Bahan-bahan
Sumber dari : mesra.net & dr bahan yg kami buat ni

1 bungkus rempah bubur pedas
1 biji keledek (saiz sederhana)
250g udang (blh ganti dgn udang atau daging)
3 batang kacang panjang
1 biji terung panjang
sedikit udang kering
1 batang serai
sedikit suun
3-4 apang jagung
sedikit daun cekur manis
2 helai daun kunyit
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2-3 cili merah
1 cm belacan
cendawan hitam
sayur lemidin
kulit lembu pun blh
tauhu kering
santan




Cara-cara

Tumis bawang merah, bawang putih, belacan, udang kering, dan cili yg dah ditumbuk halus. setelah naik bau, masukkan serai, rempah bubur pedas dan air. masak hingga mendidih. masukkan udang dan kesemua sayur-sayuran. masukkan santan dan serbuk perasa lalu renih kan hingga masak.





Komen aku→ aku memag suke ratah bubur pedas ni. nama je pedas tp x pedas pon hehehe.... bg org sarawak ni mmg makanan kegemaran ramai org kan kan kan????? selamat mencuba :)






























24. Ayam Paprik

Assalamu'alaikum

Salam Ramadhan semua muslimin dan muslimat. harini genap 5 hari kite berpuasa kan. syukur ke hadrat illahi masih diberi kesempatan utk melaksanakan ibadah puasa. tahun ni hubby puasa sini. susah nak dpt puasa sama kan sbb dok jauh2 ni. tapi harini dah nak balik kolumpo dah T_T.....aku pun dah lama x update resipi. sejak puasa ni makin lah malas nak update. snap pic je pastu duduk lah dlm hp lama-lama sampai aku bosan heheh...

ok kalini resipi Ayam Paprik. rasanya semua org pun tau kot masak ni..yg aku masak ni yg simple simple jer.....aku dpt dr facebook page "Dapur Kami"? terima kasih ye.. nanti cuba lagi resipi lain.

ok aku first time masak paprik ni. kesian kan...huhuhu... jom kite tengok resepi dier





Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (isi dan tulang potong kecik2)
1/2 kilo sotong potong bulat
2 inci halia ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
5 ulas bawang merah ditumbuk
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 batang serai di ketuk
5 biji cili padi (3 tumbuk 2 biji dibelah)

sayur bunga kobis
tomato 4 biji potong 4
sayur kacang panjang
carrot
daun limau purut (xde stok)
2 biji jus limau

sos tiram
sos cili
sos tomato (xde stok)
sos manis
garam dan pak aji


Cara-cara

panaskan minyak kemudian masukkan ayam dahulu bg masak sedehana.kemudian masukkan bahan tumis spt bawang merah, putih, besar, halia, dan serai dan kacau

bila dah kekuningan masukkan pula sos cili, sos tiram dan sos manis serta sotong. lepas renehkan sekejap dan masukkan sayur kecuali tomato dan bawang. tutup periuk kejap last skali masukkan tomato dan bawang serta perasa. biarkan sekejap dan tutup api







komen aku→ family members aku tanya ni aku masak tomyam ke...hihihi.... aku cuma xde bubuh daun limau purut sbb x junpa. rasa dah ok dah. bnyk lah jgk hasilnya blh buat mkn utk sahur pg tadi sbb masa berbuka msh ada baki...syukur syukur...