..... Love Is Beautiful....

Wednesday, September 2, 2009

Persoalan dalam Buletin Tagged

Soalan: Manakah lebih mudah BERBASIKAL ATAU BERAGAMA??


a) ALLAH dan Rasul yg tahu..**(JAWAPAN YANG TIDAK HARUS DIPILIH)**


b) Ntah la,malas nak fikir... cikgu aku xpenah ajar pun bab ni,, kalau aku bagi pendapat atau jawapan pun bukan ada adiah..kedekut betul mamat ni,,
**kalau dah spesis penyakit malas ni,xleh wat per dah -ed-**


c) Sudah tentu berbasikal,boleh dikatakan s
emua orang pandai berbasikal.Kanak2 umur 4tahun pun sudah mahir menguasainya..Tapi kalau agama berapa ramai yang kanak2 yang boleh beragama?Malah bukan sahaja kanak2,orang dewasa pun belum tentu boleh membawanya.. Tambahan sekarang,zaman moden akhir zaman.. Mereka yang boleh baca Al Quran pun tak ramai,yang boleh baca pula tak mahu amalkannya..
KEPUTUSAN MUKTAMAD "BERBASIKAL LEBIH MUDAH DARI BERAGAMA"
** Sabar2 -ed- **

d) (xsetuju dengan jawapan c)..Beragamalah lebih mudah... semua orang tidak kira peringkat umur boleh beragama dan tidak seperti berbasikal hanya terhad kepada orang2 tertentu sahaja. Orang buta,orang yang tiada kaki dan tangan tidak boleh berbasikal... dan mereka2 yang buta,pekak,bisu,cacat atau apa2 pun keadaan fizikal mereka masih boleh beragama.. Kanak2 berumur 4tahun boleh beragama dengan tahap agama umur 4tahun. Mereka yang tak mampu baca Al Quran masih boleh belajar dan itu juga dikatakan agama..
KEPUTUSAN MUKTAMAD BERAGAMA LEBIH MUDAH JIKA KALIAN MAHU BERAGAMA!!!!!
**??? -ed- **

e)**boleh sertakan jawapan sendiri (tidak melebihi 18juta patah perkataan)**


(PERINGATAN: SETIAP JAWAPAN TIDAK DISEDIAKAN HADIAH..SEKIAN TERIMA KASIH)
** sama2 -ed- **


salam...

muhammad islam apakhabar...first baca buletin rasa keliru lak..apa sebenarnya muhammad nak ni..tp jawapan dia bergantung kat kite kan.kte nak pilih berbasikal atau beragama...mana lebih mudah? right?

pd lia laa...(ni nickname aku kat ruangan tagged ) berbasikal tu mudah kalau ada keinginan, hasrat, cita-cita dan ada perasaan utk mencuba dan belajar pasti akan jd mudah..

beragama pulak, mudahnya kalau kita sendiri lahir sbg islam..keluar dr rahim ibu sebagai muslim..mudahkan..kita insan terpilih utk menjadi penganut yg beragama islam...cuma nya, islam pada nama blm tentu kita islam pada hati dan amalan kita..kalau kita ikut pada semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya, semestinya kita dikatakan yg beragama tp mudah atau tidak terlalu subjektif...sesetengah org ujian berbeza dr Allah tp andai kita tahu setiap ketentuan itu dtg dr Allah pasti kita tidak akan merasa beban kan..bukan ke Allah tidak akan menguji umatnya melebihi kemampuan umat-Nya sendiri..

huh!!terima kasih (maaf kalau pndpt sy awak tak fhm..itu cuma pndgn sy)...tQ...

TV 9 di hatiku, Al-Quran sumber kekuatan ku


Salam..:-)

Harini cam biasa pagi2 aku akan dok terpacak depan tv 9 nak tengok segment Tanya lah Ustaz...arini topik perbulan pasal Nuzul Al-Quran atau Turunnya Al-Quran. Before tu, Uztaz yg jadi host arini tadi mulakan dgn mukadimah apa itu Nuzul Al-Quran dan bila ia nya berlaku..aku pernah baca dalam Al-Tafsiran serba sedikit pasal ni...alhamdulillah sekurang2nya aku tau sejarah turunnya Al-Quran dan aku percaya setiap dalam Tafsir Al-Quran itu pasti ada menceritakan sejarah Nuzul Al-Quran. Ok lah memandangkan aku takut aku ada tersilap dr segi pengetahuan pasal Nuzul Al-Quran so aku petik lah sedikit mukadimah berkaitan Nuzul Al-Quran dr Blog Nukilan Jejari Azhad..terima kasih kerana info yg disediakan..then sy nak kongsi pulak d blog sy...



Petikan ini sumber dari JAKIM

17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dala
mnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan m
ereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Qu
ran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pe
ngajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Justeru, Al-Quran adalah satu mukjizat yg teragung dan terbesar dari Allah s.w.t kepada semua umat nya..aku sendiri sehingga kini masih membaca, memahami seterusnya mengkaji Al-Quran. semakin hari aku merasakan Al-Quran adalah sumber kekuatan utk aku..di mana-mana jua akan ku bawa bersama..percaya lah kalian, sesungguhnya Al-Quran itu terlalu besar nilainya yg tiada tandingannya..

InsyaAllah aku akan try upload satu software Tafsiran Al-Quran dalam bentuk Excell utk dikongi bersama..mudah2an dgn sumbangan yg sedikit ini dpt kita sama2 membentuk peribadi mulia dgn izin Allah...