..... Love Is Beautiful....

Tuesday, January 13, 2015

55. Vanila Cup Cake

Assalammu'alaikum (",)

Hari tu dah buat cup cake utk birthday anak kawan..so kek ni jugak aku buat masa birthday Aleesya tu jugak

so ni resipi ekkk..dpt dari kak Azie punyer blog

Bahan-bahan
3/4 cawan butter (60z) -suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum (instead of pakai tepung serba guna)
1/2 sudu teh garam
1 2/3 cawan gula kaster (aku pakai 1 cawan jer)
1 1/4 cawan susu segar/susu tepung/santan (optional aku adjust)
2 1/2 baking powder


Cara-cara
Panas kan oven pada suhu 180-190 dan kurangkan ikut oven masing2

Tepung, garam dan baking powder di satukan dan di ayak
Putar butter dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan masukkan gula dan putar sebati. masukkan telur dan putar lagi

Kemudian masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan hingga sebati. tuangkan adunan ke dalam cawan kek kertas 2/3 penuh dan bakar guna  api atas bawah. make sure letak kan kek pd level paling bawah oven takut masak tak sekata.

Boleh hias dgn fosting bila dah sejuk


Untuk Fosting ni aku ambik dari blog org lain tp lupa apa nama blog :(

Cheese Frosting

Bahan
250g cream cheese
1 cawan gula aising
50g mentega

Cara
Pukul cream cheese hingga lembut dan tak berketul. masukkan mentega dan terus putar. tapis kan gula dahulu supaya tak berketul dan tekstur cheese frosting halus. masukkan sikit demi sedikit ke dalam cream cheese dan rasa ikut kesesuaian. kalo kurang manis tambah kan gula jika tak nak manis kurangkan lah yer....selamat mencuba.. :)