..... Love Is Beautiful....

Wednesday, December 23, 2015

Akhirnya.... setelah 4 tahun

Assalammualaikum (",)

Alhamdulillah....

Setelah 4 tahun berlalu....bnyk benda nak update sampai aku rasa aku xtau nak start dari mana. sebelum tuh..... Selawat dan Salam ke atas nabi Junjungan Kita, Nabi Muhammad SAW kerana pada hari ini adalah ari sambutan maulidurl Rasul. Allhumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Alihi Saiyidina Muhammad

Dan arini jugak genap 4 tahun rumahtangga ku bersama insan teristimewa dalam hidupku yakni suami ku. saat kita diijabkabulkan. Alhamdulillah

Dan esok aku akan berangkat balik ke Miri setelah 2 bulan lebih aku tinggalkan si CINTA HATI ku...mashaAllah aku rindu yg teramat. Selang sehari jugak merupakan hari ulangtahun kelahiran NUR ALEESYA AMANI yg ke-3 tahun.. dan pada hari itu juga majlis perkahwinan adik bongsu ku dgn pasangannya...innshaAllah akan diraikan bersama-sama menyambut kesyukuran ulangtahun kelahiran Aleesya.. Syukur nikmat yg tidak terhingga ini

Dan yang paling aku bersyukur yg amat..setelah 4 tahun berlalu...kini...aku, anak dan suami akan duduk di bawah satu bumbung yang sama..alhamdulillah...penantian satu penyiksaan tp pengakhiran satu kemanisan. tak sabar utk ku potretkan rasa gembira ini bersama anak ku.... x sabar menanti berlabuhnya pesawat menuju ke destinasi dan memelok erat si CINTA HATI.



Allah
Sungguh Engkaulah yang Maha Hebat
Yang Maha Tahu dan Maha Pengasih
Perancangan Mu adalah perancangan yang sangat indah
Salama mana air mata mengalir
Selama mana hati adakalanya tercalar
Selama mana sepi berjauhan
Engkau sediakan sesuatu yang amat berharga untuk kami

TERIMA KASIH YA ALLAH

Utk mu SUAMI ku
Terima kasih kerana banyak bersabar dgn ku selama ni
Terima kasih kerana banyak mencurah kasih dan sayang mu selama ini
Terima kasih kerana tak jemu dgn persoalan demi persoalan ku
Terima kasih kerana bersabar dgn ujian ini

Kini
Kita bakal di uji ujian lain pula
Moga ikatan mahligai cinta ini
Kekal seperti mana kita hari ini

Terima kasih wahai suami ku
Atas cinta dan kasih sayang mu
Sambutlah salam sayang dariku untukmu
Salam ulang tahun kita
Salam bahagia hingga ke syurga
Inn Shaa Allah Taala

Buat Mak
Terima kasih Mak....
Atas curahan kasih dan sayang Mak
Tak terbalas oleh anak mu
Akan ku rindu setiap belaian mu
Kerna telah tiba saat kita pula
Terpisah jauh untuk seketika
Moga Mak sihat sentiasa
Doa ku pohon tak pernah di lupa

Buat Kakak Ku
Terima kasih atas pengorbanan mu
Sepanjang ketiadaanku
Demi seorang anak kecil ku

Buat Mu Ya Allah
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar


Di tulis: Hanni Hannani | 24/12/2015|11:44am |Presint18