..... Love Is Beautiful....

Saturday, August 23, 2014

27. Nasi Ayam Hainan

Assalammu'alaikum wth




Arini tadi aku spent masak utk Nasi Ayam Hainan. Nak masak ni sebab aku memang suka makan nasi ayam. dan aku memang suka cabar diri hehehe...So semalam aku pergi supermarket cari bahan-bahan semua. nasi Ayam Hainan ni femes kat Singapore. So akupun tak pernah lg pergi Singapore...makan kat Singapore Chicken Rice ade ler hahha...Jom tengok resepi ni... resepi ni dar kakak http://www.aziejaya.blogspot.com/ kagum dengan kakak ni dia mamang teror masak.... izin kak yer saya ikut resepi akak .. semoga Allah merahmati akak...

Resepi: Nasi Ayam Hainan
Sumber: Kak www.aziejaya.blogspot.com


Untuk AYAM
Satu ekor ayam
Serai 3 batang (aku tambah)
Bawang putih 6 ulas
Halia 4 inci (aku tambah sukatan)
Garam
2 batang daun bawang

Untuk NASI
4 pot nasi (direndam dalam 10 minit)
4 ulas bawang putih (aku tumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
2 sudu besar minyak lemak ayam @masukkan lemak ayam/kulit ayam
air rebusan ayam 4 pot (ikut banyak mana beras)
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit garam

Untuk SOS CILI
1 susu besar air perahan limau nipis (aku lupa)
5 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 susu besar sriracha chili sauce (aku pakai sos cili kimball)
4 cili merah & 2 cili padi
sedikit halia
seidkit garam

Untuk SOS AYAM
1 sudu besar miyak garlic (aku tak letak)
1 susu kecil minyak bijan
5 sudu besar light soya sauce (aku pakai kicap masin kipSd udang)
11/2 sudu besar gula
5 sudu besar air rebusan ayam

Untuk HIASAN
1/2 cawan dark soy sauce (tak letak)
sedikit daun ketumbar (aku pakai daun salad)
1 timun


CARA-CARA

1) AYAM
Bersihkan ayam terlebih dahulu dgn melumurkan garam di luar dan di dalam perut ayam hingga bersih. kemudian bilas. lumarkan sekali lagi. masukkan halia, bawang putih, daun bawang dan serai ke dalam perut ayam. Rebus dalam air yg melebihi 1 inci darI paras ayam dgn api yg besar dan apabila mendidih perlahan kan api. biarkan selama 30 minit dan periksa paha ayam dgn lidi/chopstik utk memastikan ayam dah masak. tutup api, kemudaian rendam dalam air aiS bagi menghentikan ayam dr terus masak. kulit ayam juga akan rangup dan cantik.

2) NASI
Beras yang dah direndam perlu di tos kan dahulu. masukkan minyak dari lemak ayam atau masukkan je terus lemak/kulit ayam. bila dah panas atau berminyak masuk bahan tumis seperti halia dan bawang putih. masukkan beras dan kacau selama 2 minit. masukkan garam dan minyak bijan. kemudan baru masukkan air rebuasan dan kacau sekejap. boleh bubuh kunyit serbuk kalo nak nasi berwarna kekuningan. dan daun pandan kalo nak wangi. biarkan hingga nasi masak

Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumur kan dgn minyak bijan kemudain potong. atau potong dahulu kemudain lumur minyak pun ok.

3) SOS AYAM
Campur semua bahan

4) SOS CILI
Kisar semua bahan hingga halus

5) SUP
Panaskan air rebusan dan tambhkan garam/aji, tabur bawang goreng atau daun bawang

Hidang kan ayam dgn dark soy sauce, timun & salad. Siap untuk dinikmati bersa-sama. yummi.... :)


•○ ayam dilumur dengan garam

•○ sediakan bahan dan sumbatkan ke dalam perut ayam

•○ rebus dgn api perlahan selama 30 minit

•○ nasi di tos

•○ rendam dalam air ais

•○ tumjs lemak ayam dan bahan kisar


•○ gorengkan beras 2minit

 •○ gaul dengan sos ayam



Komen Aku--> Cara penyedian tidak lah rumit, cuma utk part memotong ayam yg telah masak memerlukan kepakaran kalo tak kulit ayam tercabut utk lbh senang, mungkin blh tos kan ayam sekejap dan pakai plastic glove.

Jom cubala.... :)