..... Love Is Beautiful....

Monday, March 10, 2014

10. COOKIES ALA-ALA FAMOUS AMOUS

Assalamualaikum wth.

♥ Hye readers. Apakhabar? Hari ini rata-rata seluruh rakyat Malaysia terutamanya dan China am nya tengah dlm kerisauan, kegelisahan, ketakutan, penuh tanda tanya dan mcm mcm perasaan atas insiden #mh307. Aku pun tak terkecuali setiap saat memikirkan dan mengikuti perkembangan semasa #mh370. Mudah-mudahan ada keajaiban dari Allah swt utk memberi petunjuk di mana kah pesawat #mh370 ini. Sesungguhnya bahu yang memikul lg merasai beratnya derita di jiwa dan raga. Tak dapat digambarkan mcm mana lah kalo aku yg diuji sedemikian. Sungguh, terlalu berat utk dilalui namun ia adalah sebahagian qada dan qadar Allah yg tiada siapa mampu menandingiNya. Semoga ada jawapan pd satu persoalan, Dimanakah MH370?




Dalam pd itu semalam aku memang duduk depan tv je since tv3 pun mengadakan liputan Live Malaysia Hari Ini. Sehingga waktu petang barulah aku ada kesempatan nak bermain dgn tepung. Mujur anak buah aku yg rajin tu, si Dedek sentiasa seibok nak tolong...tepat jam 09:30mlm barulah selesai...alhamdulillah. Terpaksalah Mama Ngah yg mendodoikan si comel Aleesya ;)


Actually cookies ni aku dah buat 3 kali. Aku memang suke cookies especially famous amous..tp harga dia mahal rm8.++ utk 100g kan....dlm dia sikit jer.....so ade masa aku buat lah sekejap. Niat asal nak buat utk sik kecik Aleesya since dia suka makan biskut dan kek kek ...heheheh..tp disebabkan lame dh x buat...cookies ni rasa dia manis mcm famous amous. Dulu aku buat tawar sikit kalini rasa ngam ngam. Tp bg yg kurang gemar manis korg blh adjust k :)

Lagi satu korang blh jgk google recipe yg lain yg mungkin lg ngammmm rase dier.... namapun kite mencube..sbb aku pn sejak buat ikut resipi ni aku dah tak search lg kat tenpat lain..kire aku ngam lah yg ni...


Jom tengok !


Resipi: Cookies ala ala famous amous
Sumber: pelbagai


Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sk cream of tartar
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan mentega
Chocolate chip 2 botol atau lebih
Walnut cincang atau chessnut depends kat korang..sangai dulu tau
Garam secubit
1 sudu makan Susu segar
1/2 atau 3/4 cawan gula kastor
1/2 atau 3/4 cawan gula perang.

#nak kurang manis pakai 1/2 tau......



Cara-cara

Mula mula pukuk telur hingga kembang. Kemudian dalam mangkuk lain pukul mentega dan gula kastor & gula perang hingga sebati. Masukkan minyak. Setelah sebati masukkan adunan ke dalam adunan telur tadi dan kacau lg. Kemudian masukkan tepung,cream of tartar, soda bikarbonat,  chocolate chip, walnut atau chesnut, esen vanilla dan garam serta susu segar. Kacau dulu pakai senduk kemudian pakai tangan. Bila dah sekata masukkan dlm peti ice ruangan chiller selama 30 minit. Ini bertujuan supaya cookies tak melebar sebab mencair. Panaskan oven 10 minit pd 185º.

Kemudian bulat bulatkan cookies atau leper kan sikit mcm yg aku buat tu. Bakar dlm 15-20 minit depend korang nak masak sedang sedang atau nak ade hangus hangus sikit. Dah masak biarkan menyejuk baru simpan dlm bekas. Cokies akan jd lebih rangup bila dah sejuk...




Kite tengok step-by-step pulak k :)


♥ Bahan bahan... gule kurangkn kpd 1/2 kalo xmo manis sgt k ;)

 ♥Pukul telur hingga kembang

 ♥ lepas sangai aku tumbuk...ni kes xde yg badam kecik kecik tu....lupebeli..

 ♥ dalam bekas lain blend kan mentega dan gula

 ♥ campurkan adunan telur dan gula


 ♥ aku saja bubuh chocolate urai warna warni sbb itu je ade


♥ ni hp dah kong jd gmbr pn x cantik..sebelah pulak lepas bawak g opis tinggal ni je setelah bbrp minit...


Komen aku → biskut ni, mule mule masa panas panas mungkin mcm tak rangup tp bile pas beberapa jam dia akan rangup. Aku suggest korang letak chip chocolate bnyk sikit dan letak sikit badam cincang..sebab yg tu lg rasa mcm famous amous. Kalo korg bakar sampai warna chocolate pekat, jgn risau tetap sedap and lg rangup. Blh bentukkan leper atau  menininggi mcm bukit tp jgn lah tinggi sangat k :) last........ rasenye memang sedappppp ! ♡♥♥♥♥♡