..... Love Is Beautiful....

Monday, February 2, 2015

57. Cheese Tart

Assalammu'alaikum (",)

Seronoknya dapat meluang kan masa baking.... inilah therapy bagi aku. dulu-dulu tak lah jugak aku ni rajin ke dapur..lame lame dah jadi habbit. mcm satu kepuasan bagi aku lebih lebih lagi dpt berkongsi dgn ahli keluarga. kalo aku kate aku nak buat, aku mesti nak jugak. xde alasan utk aku kata TAK NAK bila aku dah ready!!!!

2 minggu lepas aku buat tart. ni kali kedua aku buat. dulu aku pernah buat guna acuan size medium tuh tp tak brapa menjadi. teknik kurengggg... utk kalini aku buat lagi tp utk small size. aku ikut resepi kak Azlita. blogger masakan yg aku paling suka dgn hasil kerja nya 100% mcm perfect bila tengok kak ita post masakan atau baking. utk pergi ke blog kak ita sila KLIK SINI & TQ kak ita atas resepi dan tips.

!okeh! resepi Tart ni blh tengok bawah ni :

Bahan Bahan
170g marjerin atau butter
50g gula aising
1 biji telur gred C (kalo pakai gred B sila buang kan sedikit telur putih spy shell x keras)
1 sudu esen vanilla


Cara-Cara
Pukul marjerin dan gula dgn menggunakan senduk kayu atau spatula atau pengadun (paling perlahan)
jangan putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. putar lagi dgn senduk kayu. masukkan tepung sedikit demi sedikit. uli hingga doh menjadi lembut. kuantiti tepung bergantung kpd doh. masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman di bahagian chiller.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan. jgn lupa sapu minyak sikit pada permulaan acuan di masauk spy tak melekat. cara saya ialah buat bulat bulat dahulu dan masukkan ke dalam acuan kemudian tekan dgn hujung roller. kemudian cucuk cucukkan dgn garfu dan bakar pada suhu 170 selama 15-25 minit.

Shell atau kulit ini bersifat tahan lama. kita boleh sediakan kulit terlebih dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara. utk aku, aku peruntukkan 1 hari utk buat kulit sahaja.


Filling

Bergantung kepada apa kita nak. boleh jadi:

- blueberry
- cherry
- nutella
- peanut butter
- pineaple
- mango
- chocolate
- egg tart
- cheese only

Bahan bahan ini mudah didapati di kedai kedai bakery atau kedai menjual bahan bakery. caranya, masukkan filling ini ke dalam piping bag bg memudahkan ia di paip ke dalam shell.


Bahan utk chceese
250 g cream cheese Philadelphia atau tatura
50g gula halus/aising
1 biji telur size B
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Keluarkan cream cheese dari peti ice dan rehatkan selama 20 mini. jgn sampai ianya menjadi suhu bilik. putar cheese dan gula hingga berkrim. masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi. masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas filling yg telah di letak di dalam shell tadi hingga penuh dan buat hingga habis

Melorek
Utk melorek corak bunga pada cheese, ambil sedikit cheese dan titiskan pewarna yg kita suka. ambil 1 batang pencungkil gigi dan lorekkan 5 garis di tepi dan lalukan lagi di tengah garisan yg kita lorek tu dari atas ke bawah spy membentuk spt daun. bakar selama 5 minit pd suhu 170 darjah celcius menggunakan api atas sahaja atau atas bawah bergantung kpd kulit shell kita. SIAP!!!


NOTA
Boleh jugak dibakar sebaik sahaja shell dimasukkan ke dalam acuan dan masukkan filiing dan cheese dan terus di bakar. tapi kaaedah dgn membakar kulit dahulu lagi sedap berbanding bakar sekaligus.


 Kulit Tart yg dah siap di bentuk

 Blueberry filling

 Boleh di simpan d dalam bekas kedap udara.


 Pakai garfu kecil

 Nampak mcm biru tp sebenarnya purple

 Cara melorek


 Isikan penuh


STEP by STEP

Penat lepas tolong mama!

 Encik Suami kate...ni tart ke seni lukisan...hehehhehe :)


JOM LLAH TRY!!!!

Nexr Entry adalah corak tart L.O.V.E :)



56. Donut Gebu

Assalammualaikum

Hari tu aku teringin nak buat donut. Biasa yg rajin mendonut ni kakak aku. Aku rajin makan jer. Donut ni bukan kategori feveret aku tp aku jd rakus bila donut masih panas panas... tabur dengan susu tepung sikit. Kalo gula semata aku agak kureng sbb x suka manih

So aritu aku ada order superbake. Beli dr kelab roti. Sebenarnya aku tengah nak mencari ilmu membuat roti. Membuak buak rasanya tp tahap kompiden level aku negatif T_T

Aku dah ada tepung roti tp buat nya bila?? Persoalan yg perlu aku cari jawapannya

Haishhh panjang beno mukadimmah aku ni

Sebelum tu aku nak share, td masa d kelas taklim aku belajar satu zikir dari bab zikir dari kitab fadhilat amal, yg mana ada satu zikir yg pahalanya sgt lah besar

Zikir tersebut ialah

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallahil azhiim

Maha suci Allah sy memujiNya
Maha suci Allah Dzat yang maha Agung

Ianya merupakan zikir yg ringan di mulut tapi berat di timbangannya. InshaAllah bersam samalah kita istiqomah dalam beramal dengan ikhlas.

Utk resepi donut mudah ni aku refer kat blog mamasya.
KLIK SINI mintak halal yer kak

Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (blh kurangkan)
 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan) #11 gram
1 biji telur (saya ganti fgn 5gm superbake)

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan
Gula dan susu disatukan di dalam air suam dan kacau supaya gula larut
Masukkan yis dan kacau lagi. Biarkan selama 10 minit
Pukul telur tadi dan campurkan bersama mentea cair tadi.
Lepas 10 minit yis akan berbuih buih. Maukkan mentega yg dicampur telur tadi.
kacaukan dan masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung. gaul sebati dgn senduk kayu. biarkan adunan selamaa 45 minit. banykkan tepung di tangan kerana adunan memang lembik . boleh canai dalam bentuk ring atau bulat bulat kan..

utk yg guna superbake mcm saya, tak perlu pakai telur dah..sebab fungsi superbake adalah pengganti kepada telur, bbread improver, baking powder.

Hasil nya memang lembut walupun dah sejuk






Bawak kat opissss....

yummihhhh...