..... Love Is Beautiful....

Wednesday, May 21, 2014

Kenapa Nak Sedih Ekk?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammu'alaikum wth..

====================================

Kenapa mesti nak sedih ekk?
Bukan kah Hidup ini untuk dinikmati
Hidup ini untuk kita mencari bekal
Mencari jalan menuju ilahi
Hidup ini sesingkat cuma tapi kenapa masih bersedih ekk?

Lain org lain ragamnya
Lain orang lain dugaannya
Ada yang lemah bila di uji
Dan ada jugak yang kuat & tabah
Malah ada jugak yg luaran nya kuat tapi dalaman nya rapuh dan sakit

Kenapa nak sedih ekk?
Sakit dan derita sangat ke apa yg engkau lalui sekarang ni
Sehingga tidak mampu mengukir sebuah senyuman :)

Kenapa nak sedih ekk?
Engkau kehilangan insan yang engkau sayang?
Hilang harta kesayangan? Hilang kawan? Hilang keluarga?
Bukah kah itu semua pinjaman semata
Bukan kah engkau jua akan dihilangkan di dunia ini?
Bukan kah???

Kenapa nak sedih ekk?
Tak teringin ke nak rasa gembira?
Tak hingin ke mengukir sebuah senyuman walau untuk dirimu sendiri
Tak hingin ke gelak & tawa walau hanya sepatah dua?

Sungguh...
Kita di uji dengan palbagai dugaan dan ujian
Beratnya dugaan dan ujian itu hanya kita dan Dia yang tahu
Hanya kita yang merasai derita itu
Yer...hanya kita yang faham...hanya kita bukan dia

Tapi...............
Cuba kau renung sejenak
Berapa lama lagi kau akan bersama mereka
Mereka yang engkau sayangi
Mereka mereka yang sentiasa bersamamu
Hartamu, Hobi mu dan segala yg engkau sukai...
Berapa lama ? 

Wahai hati..
Biarkan air matamu mengalir
Biarkan hatimu remuk berkecai
Biar payah untuk kau bangun kembali
Tapi ingatlah wahai hati...
Allah sentiasa bersama kita
Kemana sekalipun..kapan pun..
Renunglah kembali...
Darimana asalnya kita dan kemana perginya kita nanti
Bukankah kepada Dia?

Mengapa diteruskan rasa sedih
Kenapa dibiarkan hati membenarkan airmata terus mengalir
Bangunlah..bangkitlah
Carilah apa pun yang bisa menggembirakan mu
Asal betul landasan nya bukan jalan kehancuran

Jika engkau gembira membaca, membacalah
Jika engkau gembira  menyanyi, menyanyilah
Jika engkau gembira memasak, memasaklah
Jika engkau gembira menonton wayang, menontonlah
Jika engkau gembira bersendirian, bersendirianlah
Jika engkau gembira membaca Al-Quran, baca lah ia
Jika engkau gembira mengumpat?? Hindarilah....
Tapi jika engkau gembira menziarahi sanak saudara, pergilah...
Ziarahilah mereka

Wahai Hati
Engkau hanya sekeping
Tapi nilaimu amat tinggi
Bawalah jasadmu ke jalan yang murni
Bukan jalan kehancuran

Bergembiralah hati
Jangan biarkan kesedihan membuatmu hanyut
Dan terus leka
Ingatlah, setiap kesedihan ada gembiranya
Setiap yang hilang ada penggantinya

Gembiralah dengan apa yang kau ada sekarang
Gembiralah bersama-sama mereka yang engkau sayangi
Bukan hanya menyepi diri
Kerna hidup hanya sekali
Asalkan tidak pernah melupai
Kepada ilahi
================================
(",) | hanni.hannanni



#doa waktu subuh. Tq sahabat atas ihsan menterjemahkan makna doa. (Ajizah Saidin). Syukran Jazilan.





my happy Aleesya ♡♥


my happy familia ♡♥