..... Love Is Beautiful....

Monday, July 7, 2014

Menu Breakfast Aleesya - Roti Sosej & Telur Bersalut BreadCrumbs

Assalammu'alaikum


Hahaha...perlu ker aku nak post resepi sesimple dimple mcm ni..tak kot..tapi takperlah kan maner tau ade yg berkenan hehehe... ok saja buat utk dak kecik aleesya. sian dia mama dier memei lah pose tapi anak dia takkan nak pose. baru 1 tahun 7 bulan kotttt... so pepagi aku buat ni utk bekalan dia.. tapi dah nak hampir petang kakak aku request pulak utk juadah buka pose..okeh demi nak mendaptkan pahala sediakan makanan utk org yg berbuka ni aku buatkan lah jugek!


Bahan-bahan

Roti 6 keing
Bread Crumbs
2 biji telur utk dijadikan gam
2 biji telur digoreng dadar
4 Batang sosej (nak goreng dulu pn blh)

Cara-cara

Mula-mula buang tepi roti dan canaikan senipis boleh. Kemudian sapukan telur kat tepi roti atau keseluruhan roti pun boleh dan gulung sosej dgn roti. Rendam roti yang dah digulung kedalam telur dan salut dengan bread crumbs dan goreng api perlahan.

Untuk inti telur, dadarkan telur..guna kaedah sama letak telur diatas roti dan gulung.

yeahhh..siap dah...sesenang memakan kacang kan!! heheheh




Mee Udang !

Asssalammu'alaikum

Ahad adalah hari free sedunia..cheewah...so arini kakak ipar aku nak masak mee udang request drpd kakak aku yg sorang ni....hihihi...mee ni memang resepi asli yer..kakak ipar aku belajar dr kakak dia yang duduk di Brunei Darussalam. Dah banyak kali jugak buat tp kali ni baru aku masukkan kat entry. Basically senang je..bahan pun senang nak cari. budak-budak pun suka makan. So kali ini aku just assist dan tak masak. Nextime aku masak ler...hihihi...so korang nak cuba resipi ni blh la try. Utk gamabr penuh aku lupa nak tangkap sbb dah nak berbuka puasa masa tu..huhuu..

Jom tengok resipi!





Resepi: Mee Udang
Sumber: Kakak Ipar  ku

Bahan-bahan

1 bungkus Bihun yang dah diselur
4 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu makan cili kisar
Udang kering 1/2 genggam ditumbuk
Udang Hidup 1/2 kilo
Tauhu digoreng
Santan 1 jug
Daun Sup & Cili
Limau kasturi 
1 1/2 inci belacan di bakar
1-2 cubit serbuk kunyit
2-3 biji telur digoreng dan dihiris kecil
Garam, dan Pak Aji

Cara

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga garing. Kemudian masukkan udang kering dan belacan dan kacau. Masukkan santan dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih sambil kacau. Masukkan udang pula dan tambah lah perasa.

Cara Hidangan

Ambil beberapa senduk bihun. Taburkan tauhu yg dah dipotong, telur goreng, daun sup, dan curahkan kuah santan. Perah jus limau dan bolehlah dimakan.

Komen -> Mee ni sangat sedap dan boleh jugak ubah kepada kuew tiaw ke or tambah lagi bahan2 lain seperti isi ayam dan daging. Selamat mencuba !