Sunday, March 15, 2015

Lutong Beach

Assalammualaikum (",)

15/3/2015, seawal jam 7 pg aku dan anak_anak bergerak ke pantai.... ni sebab aku dah janji lah ni... dgn gigi aku masih lg sakit...harini xde pergi taklim. Ya Allah syg nyer x pergi. Balik dr beach kakak dah tdo. Kakak mazz pulak temankan adik pergi servei barang nikah. Emak pulak sibuk dgn udang geragau atau bubok. Nak x nak harini kena lah bg dorang peluang utk diri sendiri

So... budak budak happy to the max lah kan dpt main..... yehooooo....

 Beli semalam..haruslah pakai terus....
















*************************************
"Apakah perbezaan adab dengan ilmu?
Dikatakan oleh Sayyīdil Al Habib Ali Zaenal Abidin dalam kuliahnya;
.
"Adab itu adalah lebih kepada akhlak manakala ilmu itu sebagai suatu pengisian seperti hukum hakam dan sebagainya tetapi adab lebih kepada hiasan dalaman dan akhlak itu lebih cenderung kepada adab.
Oleh kerana demikian rasululloh ﷺ dikurniakan kedua-dua sifat iaitu adab yg dikurniakan oleh Allah ﷻ dan didalam hadis baginda bersabda;"Saya diajarkan adab oleh Allah ﷻ maka ia adalah sebaik-baik adab".
.
Manakala berkenaan dengan Ilmu Allah ﷻ berfirman;"Sesungguhnya Aku mengajarkan ilmu yg engkau tidak tahu sebelum ini".
.
Demikian wasilah yg digunakan oleh Allah ﷻ utk mengajarkan kepada rasululloh ﷺ iaitu adab(akhlak) dan ilmu.
.
Dikatakan mana-mana sistem pendidikan yg tiada kedua-dua perkara ini iaitu ilmu dan akhlak maka akan menjadi pincang.
.
Diceritakan "Pada suatu hari Sayyīdina Ali Bin Zainal Abidin cucu kepada Sayyīdina Ali Bin Abi Talib didatangi seorang badwi yg diupah oleh seseorang yg ingin menyakiti beliau kerna ingin melihat  Sayyīdina Ali marah dengan memberikan sejumlah wang 1000 dinar.
Kemudian badwi itu berjumpa dengan Sayyīdina Ali lalu memaki beliau dan apabila dilihat makian tidak mendatangkan kesan kepada Sayyīdina Ali lalu badwi tadi meludah kepada muka Sayyīdina Ali kerana ingin membuatkan beliau marah.
Sehingga pada akhirnya Sayyīdina Ali mengusapkan ludah badwi tadi lalu ditinggalkan badwi itu.
Apabila melihat akhlak Sayyīdina Ali,badwi  itu terus meminta maaf lalu diberitahukan bahawa beliau berbuat demikin kerana diupah  dan ingin melihat beliau marah lalu Sayyīdina Ali mengatakan "Mengapa tidak diberitahuka kepada-ku daripada awal?aku bisa memberikan kepada-mu wang tersebut tanpa engkau memarahi dan meludahi kepada aku lalu diberikan wang itu kepada badwi tersebut.
Allah..Bagaimana kita melihat akhlak orang soleh dengan kita?"

Wednesday, March 11, 2015

62. Kuew Tiaw Basah

Assalammualaikum (",)


Ni resepi aku hentam ajer... sebab bahan limited. sayur pon tak dak....


Bahan-Bahan
2 sudu besar Cili kering blend*
2 ulas Bawang Merah*
1 ulas Bawang putih*
2 sudu besar Sos tiram
2 sudu besar Sos Cili
1 cawan Isi Ayam
1/2 inci Halia
Perisa
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
sayur sawi/taugeh/kucai
1 kilo kuew tiaw


Bahan sampingan***

Utk kuah, kepala udang yg dah diasingkan dan dibasuh di rebus bersama serai dgn sedikit air. kemudian tunggu sejuk sebentar dan blend. tapis air rebusan dan ketepikan


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan isi ayam terlebih dahulu atau daging. bila dah nampak kekuningan bolehlah masukkan bahan tumis yg dah dikisar (bertanda *)


Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. kacau lagi. bile merenih masukkan telur dan kacau. masukkan kicap manis dan kicap masin dan kacau lagi. akhir sekali masukkan kuew tiau dan sayur sawi/taugeh/kucai. tambahkan perasa.




Untuk kuah

1 ulas Bawang putih dan merah
Kuih udang  yg dah ditapis (yg bertanda  ***)
1 biji telur (optional)
1 sudu besar tepung jagung
perasa
1 susu sos tiram


Cara-cara
Ttumiskan bawang merah dan putih. bila dah kekuningan masukkan pula kuah udang yang dah ditapis. masukkan pula sos tiram & telur dan akhir sekali tepung jagung yg dah dibancuh sedikit dengan air. tambahkan sedikit perisa. siap utk dihidang











K e b u n .... jom cabut ubi kayu

Assalammu'alaikum (",)

Hari tu kami pergi kebun milik kepada Boss tempat abg aku kerja...kebetulan FREE ni takde buat apa jommm....kita berkebun....mak aiii...sesampai jer sana....wow!!! terimbas terus memory masa zaman kite kekecik dulu.... tengok kayu api...terus teringat zaman susah payah kami masak pakai tu dulu...siap muka ni habis hitam kena bekas bara api...sangat nostalgia. sesiapa jiran yg dekat dgn kami tau lah mcm mana kehidupan kami dahulu kala..

anak anak sekarang tak merasa dah dgn kayu api semua...entah tau ke idak nak nyalakan bara api. akupun tak lah pandai tp pernah hidup dalam kesusahan. pernah bertahun kami hidup dlm dapur yg sekecik reban ayam utk tempat memasak atas tanah je dapur tu...kalo hujan turun habis tempias basah...nak masak kena turun bawah. bilik tidur satu jer.. bantal pulak selalu tak cukup jadi kami tidur beralaskan kusyen je. tidur di ruang tamu, mandi tumpang mak sedara punya bilik air dan buang air besar kat rumah mak su. sangat daif tapi tu lah...kisah dulu kala.. rezeki tu Allah yg tentukan dan aku memag happy dpt merasa suasana tu...

Hujung minggu kena tolong ayah di kebun tp nunnnnn jauh di sana. Naik perahu berkayuh ambik masa sejam lbih. Untung klo ada pakcik yg sama sama g kebun blh tumpang bot dier atau "tundak" perahu kite means ikat tali perahu kite sambung ke bot pakcik jd x pyh nak berkayuh. Bila ada bot org lain yg lalu lalang nanti perahu kite akan dilambung ombak...ohhhh my gosshhhh.....

Masak pulak, bila sampai jeti atau we all call it "pengkalan", jalan kaki menyelusuri denai kecik sambil petik sayur lemidin. Lbh kurang 15-30 minit sampsi pondok usang bapak. Sayur pun dah penuh di tangan blh di masak menggubakan kayu api ....

Bapak pergi berkebun aku pergi menyanyi atas batang pokok yg dah tumbang... memang besar pokok pokok hutan. Bila dah nk tengah hari makan sayur lemidin masak air, ikan keli ahhhh sedapnyer.... main tepi parit yg jernih.......minum air kelapa...tu semua memori.....


Sekarang dah xde dah semua tu...klo ada pun kebun aku yg kecik tu je tp sejak hujan november~feb tu semua tanaman mati sbb kawasan rendah...sampai sekarang x start lg nk bercucuk tanam

So arini.....seronok lepaskan kerinduan tu semua..... :-)

 Lemon....

 Mak.....

 My family

 Ohhh...nostalgia.....

 Ikan bakar..... jantung pisang....


 Adik......dah jumpe feveretnya.....

 Aleesya pon main guli......


 Terlebih minyak...... aku x suka telur kering.....


 Amboi mak.....


Eh eh kenapa tu kakak.....


Byeeeeeee happy kan....

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
🌿  UTK AYAH  Baru & Lama 🌿

⚽  1| Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

🐣 2| AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

🌗 3| Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

💰 4| Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja.  Hu hu Muhasabah diriku..

💔 5| Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH  tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

💥 6| Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah  Sayyidina Umar Al Khattab..

🙇 7| Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

👑 8| Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

🌏 9| Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

🏇 10| Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

💻 11| Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

👫 12| Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

📖 13| Ayuh wahai ayah-ayah.....ambil iktibar !

Jalan-jalan petang

Assalammu'alaikum (",)

Kalau sebut jer perkataan "Jom....jalan.." semua cecepat je angkat tangan "nakkk nakkk nakkk.." especially kakak aleesya....huhuhu...sekarang asek nak jalan jer. kalo pagi pagi aku nak p kerja dia dan ckp siap siap nak ikotttt..mandipun dia temankan walaupun dia x mandi....kalo tak melalak nangessss.....kalo kunci pintu dari dalam dia pulak kat luar...siaplah dia baring dpn bilik air....aku nak tunaikan hajatpun biarlah sy tetap nak ikutttt kata nya dlm hati...

aku takdelah selalu bawak anak aku jenjalan. bila free dan kesian tengok anak anak ni jarang berjalan aku bawaklah ronda ronda...yeahhhhh....pergi taman adalah kegemaran mereka sambil bagi ikan kolam makan..nanti ambiklah roti kat rumah utk bg ikan makan...

passstu tak nak balik.....kakak ni tiap kali g taman mesti ade jer jatuh dan skressss kaki ker...lutut ker....sian pulak....tapi tak serik nanti awal dia bgtau Mama kakak nak g aman lagi..... T_T

tp takpelahkan biar dorang happy. nanti dah besar tak seronok dah nak main main....betul tak...nah layan.....

Banyak banyak taman di Miri, ni lh tempat aku selalu bawak sebab tepi jalan, ada kolam ikan, toilet, ada tempat nak exercise tapak kaki dgn massage stone......


Kakak dah pandai request nk main ni tp tangan xmo lepas

City fan. Dulu kalo ada perayaan selalu buat kat sini. Petang2 sini ada aktiviti mcm Zumba

One of Miri Heritage. The Grand old lady. Tempat penemuan minyak. Tu pasal Miri dpt gelaran "Bandar Minyak"

Sesajer........

Jom kite gali minyak....

Belakang tu museum petronas tp x pnh lagi masuk


Mcm org tua lepak hahaha :D

Ok bye.......



°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

🌟🌟 Tazkirah Ringkas 🌟🌟

"Tak payah nak sedih ditinggalkan
manusia kalau diri pun pernah tinggalkan Pencipta."

Mendalam.😢

💕 آللهم صلى على سيدنا محمد 💕

Selamat tinggal my baby kitten, Vios

Assalammualaukum (",)

Xnk ckp bnyk, sebab kepala aku pening. Cuma nak say good bye bye to Vios, pergi tak kembali pd 11/03/2015 (rabu)

Tak banyak masa kita bersama vios, kak Mazz yg lbh bnyk jg, bersih,ubatkan dia. Mummy cuma usaha yg terbaik sahaje.

Mummy rindu bila tengok sangkar botol susu, susu vios.....

T_T

Vios dalam Kenangan




Monday, March 9, 2015

63. Kuih Ubi

Assalammualaikum (",)

Bahan bahan

Ubi kayu
Gula apong (gula melaka)
Kelapa parut
Daun pisang

Cara cara
°°°°°°°°°°°°
Parut ubi, tambahkan gula dan.sedikit kelapa parut. Bungkus dan kukus hingga masak. Siap


Utk bingka ubi

..... TBA k....





Bila Aleesya Solat

Assalammualaikum

Hehe...bila tengok balik album dlm henfon ni...mesti aku tersenyum (°____°)

Layan yer. Mama doakan anak mama menjadi anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Ameen





Ni macam Doa Qunut, tp solat maghrib...hihihihi


Petikan buku : prophetic parenting, cara nabi saw mendidik anak, karya Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hipokrit?

Hipokrit Demi Akhirat...
"Kita bercakap dan menulis mengenai ketuhanan dalam lingkaran agama,bukan bererti kitalah yang sangat berilmu,kitalah yang hebat dalam mengeluarkan kata-kata gramatis kitalah yang terbaik.BUKAN.Bukan itu tujuannya.Hakikatnya,apabila bercakap mengenai agama dan berpesan-pesan dalam kehidupan mengenai akhirat,itu adalag seruan jiwa yang dekat dengan TUHANnya.Jiwa yang menginginkan kebaikan buat DIRI dan juga buat SAUDARAnya dan ORANG SEKELILING. Psstt!!Jangan pernah MALU bicara dalam agama" - ALLAH Tidak Pernah Jauh

"Iblis berkata, Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat,sesungguhnya aku mengambil tempat menjadi penghalang mereka daripada jalanMu yg lurus.Kemudian aku datangi mereka dari HADAPAN serta BELAKANG mereka dan dari KANAN serta KIRI mereka.Engkau pasti mendapati tidak ramai daripada mereka yg bersyukur" - Surah Al-A'Raf ayat 16-17....

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...