..... Love Is Beautiful....

Sunday, September 6, 2015

Mengimbau kenangan 18 tahun yg lalu

Assalammualaikum (",)

SELAMAT PAGI SEMUA

Allahumma solli ala saiyidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi wassalam

Belanja gambar dulu cakkkkk !!!! :-)

No komen...aku cuma terimbau kenangan kat sini masa tengok laut yg membiru


Nur Aleesya & Pak Mok
Bawak birthday boy 


Aku rasa inilah bukit yg curam yg aku jatuh tu T_T


Hari ini aku awal pg dah siap nak p Bekenu. BEKENU adalah salah satu daerah di Miri yg dahulunya kurang dikenali tapi kini alhamdulillah banyak perubahan demi perubahan. Apa yg aku suka pergi sini ialah suasananya yg relax, damai ketika memandu di sepanjang lautan yg kita panggil Coastal Road. Selain pantainya yg membiru, terdapat banyak buah-buahan tempatan kita boleh dapati lebih² lg ketika musim buah ni.

Jadi lastnight dah plan siap² mesti pergi pg esok. Mcm biasa pergi tamu RTC, membeli kuih muih dan sayur²an yg masih murah jika dibandingkan dangan kawasan bandar. Ape lg, belilah sedikit buah²an spt durian, tembikai, rambutan dan sayur²an. Buah yg dah bnyk di rumah kami tak beli spt Tarap, Asam Bang dll

Pastu abg aku bgtau ada satu kawasan, dekat pantai yg sgt cantik view nya. akupun ckp ok lepas kita balik dr pekan kita singgah. Betul sangkaan aku, tenpat tu aku pernah pergi sekitar 18 atau 19 tahun dahulu (1997@1998). Nama tempat tu Pantai Terusan, Bekenu

Terus aku terimbau.... kenangan aku hampir tergelincir dari bukit yg curam. Nasib baik masa tu abg Awang selaku fesilitator, sempat tarik aku kalo tak mmg aku dah jatuh ke bawah. Kesan nya, lengan sampai bawah ketiak aku calar dan apabila dikerah utk berlari di sepanjang tepian pantai, mak ai.... pedihnya bila kena air yg masinnnnnn T_T memang sakitttttttt

Pd sebelah malam, berlampukan sistem janakuasa generalator, kami tidur ber-5 @ber-6 dlm satu khemah.. ada yg tidur betul²-dihujung kaki :-)

Bila pagi menjelma, seawal boleh kmi gerak utk gosok gigi dan apa yg patut sebab memang xde bilik air dan tandas T_T. Aku sanggup naik bukit cari tempat yg paling tinggi utk gosok gigi utk dapatkan air yg mengalir dari bukit. g lbh tinggi. Sanggup sbb takut terguna air mengalir dr bekas org gosok gigi ke ape hihihi :-)

Bila mandi lg lh tempat utk tukar pakaian hanya sedikit sahaja ditutup dgn kain "kembes", selebihnya pandai² lah nak hidup. Tp memang seronok sbb aktiviti bnyk spt persembahan kumpulan, pertandingan² dan mcm² lg lah. D awal pagi kami buat senam aerobik, jalan itik dll. Banyak lagi kem kembara aku join antaranya mendaki Gua Niah, camping di Tanjong Lobang, Treasure Hunt, Kem Kembara di Similajau Bintulu dan bnyk lg. Semuanya seronok dan memenatkan dan mengSunburn kan muka aky hahhahaha. Bila balik dr kembara baju² kotor longgok dlm baldi sbb aku mesti nak tidur dulu hahhaaha kesian mak aku. Dah masa tu xde washing machine.

Rindunya zaman aku aktif semua benda tu. Seingat aku dari umur 13-17 aku aktif sangat. Bila raya, ramai kawan² kem dtg naik basikal. Masa tu basikal BMX, mountain bike blm ada sgt masa tu. Dorang dtg lh segerombolan basikal mcm cita p.Ramlee tu... bila geng motor dtg plk pun sama serang seramai mungkin rumah.kami jgk ade beraya rmh teman² sanggup naik bus pergi ke Kuala Baram, Senadin..mmg besttt arrr remaja gittew...

Bila melangkah ke tingkatan 6, sorang demi sorang kawan² mula membawa haluan hidup masing². Akupun dah kurang aktif ikut program kem motivasi.klo ada pun kat sekolah aje. Naik universiti, aku aktif semula tp bkn lah kem kembara. Lebih kpd program kursus atau universiti. Tp kami antara batch yg paling aktif. Ingat lg, batch kami adalag yg pertama buat program sehingga ke luar negara, batch kamu juga dpt kebenaran utk ambil gambar pre-convocation sbb bila real convocation day, mmg susah nak bergambar semua sekali kan. Antara yg kami buat Lawatan ke Brunei, ke Beijing, Indonesia, KL, bursa Malaysia, pendakian Gunung Kinabalu, Keluarga Angkat di Sandakan, Semporna dan bnyk lagi lah...mmg aku busy sgt masa duduk di zaman U

Habis je zaman belajar, first kerja aku ialah di Labuan. Best jgk zaman ni sbb belajar berdikari dgn duit sendiri. Cabaran dan dugaan pun bnyk. Tahun ni jgk 2008 aku kenal encik suami tp tak couple hahahhaha...

Overall...... best sgt zmn remaja...zmn bnyk kawan yg gila² wlupun duit xda haahhaha

Sekarang..... ada yg masih kekal.in term of persahabatan ada yg keep on track org ckp keep contact tp takde dah jumpa² mungkin sebab jarak, berumahtangga, sibuk..

Mcm aku, aku cuma ada kawan² dlm whatsapp ajer...kawan utk keluar ke apa ke...my only fren is my Kakak & Mak :-) :-) :-) :-) :-)


Thats all & enough :-)