..... Love Is Beautiful....

Monday, July 6, 2015

78. Ayam Percik

Assalammu'alaikum (",)

Resepi ayam percik ni aku buat utk menu bukak puasa. Aku pun dah lupa aku dpt dr mana resepi ni rasanya dari Kak Azie.

Since aku x sempat nak type ni, aku copy paste resepi dri kak Azie. Harap halal yer kaka. Ni link blog kak Azie


Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


Tapi version aku x secantik ka.azie. aku tak tunggu kering sebab dah tiba masa berbuka. Rasa sedap cuma.aku x bubuh gula lupa kot...









=============================

Tazkirah Harian 19 Ramadhan 1436H. Belajarlah Al-Quran –


Anak-anak, jangan memalukan diri sebagai seorang Muslim yang hanya tahu membaca dan berbalas mesej sesama makhluk, tetapi tidak tahu membaca dan membalas mesej ALLAH di dalam Al-Quran. Jangan berani-berani mengaku diri kita Muslim kalau kita tak pandai membaca Al-Quran!.


Anak-anak.. tentu kamu menjadi manusia terbaik dan hebat, bukan?. Manusia itu adalah orang yang belajar dan mengajar Al-Quran. Orang yang tiada al-Quran pada hati dan lidahnya adalah umpama rumah buruk, kata Nabi saw. Mereka umpama mayat hidup. Muka yang hensom atau wajah yang jelita tidak berguna sama sekali kalau hodoh di sisi ALLAH, jadi makanan ulat di dalam tanah dan bahan bakar dalam Neraka!.


Anak-anak, kalau diusia ini kamu tidak pandai membaca al-Quran, kelak kamu akan menjadi pelarian sepanjang hayat. Bila kamu tak pandai Quran, kamu tentu tak boleh baca Hadis, tak pandai baca doa, tak pandai tahlil, tak pandai solat jenazah, tak pandai nak dirikan solat sunat, qiam, munajat atau tahajjud.


Kamu akan beransur-ansur menjauhi agama, takut untuk menghadiri majlis-majlis keagamaan dan ibadat. Kamu akan sentiasa mengelak dan beralasan untuk menjauhinya sedapat mungkin. Kalau begitu.. mudahlah syaitan mencucuk jarumnya, mengajak anak-anak ke arah maksiat!. Inilah punca gejala sosial sekarang.


Anak-anakku.. Kalau dah tak pandai Quran, siapa yang nak bacakannya untuk Mak Ayah kita bila mereka meninggal?. Kawan-kawan kamu yang lagho itukah?. Siapa yang akan memimpin isteri bila dia jadi suami?. Siapa yang nak mengajar anak-anak kamu solat?, mengenal Quran?. Kalau mati dalam keadaan jahil begitu.. apa yang kamu nak jawab bila Malaikat di dalam kubur; “Apa Kitab kamu?”. Boleh kamu jawab Quran!.


Sekarang, kalau kamu geleng kepala, tak ada apa tindakan.. tetapi di dalam kubur, Malaikatnya amat bengis menghentam kiri dan kanan sampai hari Kiamat. Ingatlah anak-anak, kita kini sedang melalui lebuh raya kehidupan yang tidak ada u-turn. Kalau terlalu mengikutkan cara hidup remaja yang melalaikan, kamu pasti akan kecewa.


Anak-anak.. kalau kamu pandai dan kenal Quran, walaupun kamu mungkin terlanjur jauh, tetapi apabila takdirnya kamu insaf, kamu ada kekuatan kerana kamu boleh belajar sendiri, menghafaz ayat atau doa-doa mustajab, kamu tahu jalan pulang. Tetapi kalau kamu jahil? siapa yang nak mengajar kamu yang sudah tua?. Waktu itu kamu mungkin sudah malu hendak belajar. Kalau belajar pun, otak kamu sudah tumpul, lidah kamu sudah keras dan mata kamu sudah kabur untuk mempelajari agama.


Anak-anak, belajarlah Al-Quran selagi ada masa. Nanti kalau ditakdirkan kamu melalui hari-hari tua, alangkah sunyinya hari-hari kamu. Kamu hanya dapat mengeluh dan menyesali diri. Kamu mungkin terjaga di tengah malam, mata tidak boleh tidur, nak solat tak tau apa yang nak dibaca. Mulut kamu hanya akan merunguti penyakit yang datang. nak zikir tak terbiasa, nak baca al-Quran, mata dah rabun.


Nak berbual dengan orang lain, telinga dah tak dengar. Anak cucu pun tak sudi melayan berbual kerana telinga dah hampir tuli. Nak menonton tv?  tak ada rancangan lagi yang meraikan orang tua. Sedihnya hidup kalau terseksa begitu bertahun-tahun. Akan tetapi, kalau al-Quran ada dalam dadamu, kamu tidak akan kesunyian.


Percayalah! hidupmu pasti terisi dan bermakna hanya dengan Al-Quran.


Semoga bermanfaat  