..... Love Is Beautiful....

Sunday, January 24, 2010

Selamat tinggal sayang


harini hari gembira untuk aku...hari ulangtahun kelahiran kakak kesayangan ku, Kak Mazz yg ke-32...dan hari ni juga lah hari yang penuh duka untuk aku..insan yang aku sayang selama ni akan pergi dari hidup ku... segalanya bagaikan sekelip mata..aku sangkakan panas sampai ke petang tapi rupanya hujan di tengahari..cinta dan kasih yang tak pernah berbelah bagi akhirnya punah di tengah jalan. sukar untuk aku menerima kehendak dan takdir ini namun sejauh mana aku dapat lari dan menghalanginya daripada terjadi. semuanya dah tertulis bahawa aku bukan untuknya..syukur pada-Mu ya Allah, di kala dan saat ini, Engkau masih memberi aku kesempatan dan pemikiran yang waras akan semua takdir-Mu..Alhamdulillah..aku bersyukur ya Allah..terima kasih kerana memberi aku petunjuk atas segala keraguan yang senantiasa bermain di benak fikiran hamba-Mu ini..hamba mohon ya Allah, agar Engkau tidak membolak balikkan hati hambaMu ini setelah Engkau memberi petunjuk kepada hamba..Ya Allah, seandainya dia bukan tercipta untuk ku, Kau jauhkanlah dia daripada ku dan seandainya dia tercipta untukku, dekatkanlah dia dengan ku..jika perpisahan ini adalah perpisahan yang diredhaiMu, aku pasrah ya Allah kerana aku yakin di sebalik ujian dari-Mu pasti ada hikmah yang lebih besar dari-Mu.. Ya Allah, berilah hamba petunjuk untuk hamba terus menuju ke sisi Mu, jalan yang Engkau redhai dan berkati..Engkau berilah kebahagian kepadanya walau siapa jua pilihan hatinya..Amin.