Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

16. Kek Minyak

Assalamualaikum

Hye readers! Kek minyak.first time aku dgr bila kek ni viral kat fb. Dah lama nak buat tp asek tangguh je. Actually sbg anak jati Sarawak, kalo bab kek ni memei org akan ckp kek lapis Sarawak yg paling femeskan....part tu aku suka ler hehehe...

Tp skarang semua negeri pun kadang kadang ada jugak yg belajar and dah expert nak buat kek lapis. Aku baru perasan aku takde pun entry kek lapis sarawak kan...nantilah aku buat...dekat dekat nak raya lah ekk sbb masa tu kek ada macam macam...kalo nak ikutkan kek minyak ni kek simple. Biasa buat utk hidangan kenduri kendara atau minum petang je. So arini aku buat utk majlis tahlil arwah nenek Akup..opppsss kat Sarawak atok pun kite panggil nenek....nenek lelaki hehehe...so ni resepi yg aku ikut.


Resepi: Kek Minyak
Sumber: linapg.blogspot.com


Bahan-bahan

5 biji telur
1/2 gelas gula kastor
3/4 susu manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan minyak
Esen vanila
Perasa dan pewarna


Cara-cara

Panaskan oven dulu pd suhu 165○. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan. Dalam bekas lain pukul gula, telur & ovallete hingga kembang. Masukkan susu dan esen dan putar lg sebentar. Masukkan minyak dan tepung sikit demi sedikit dan kaup balikkan. Bahagikan adunan kpd 4 mangkuk. Ni ikut suke lah ekk berapa warna korang nak. Setiap satu warna letakkan perasa. Part ni aku derhaka sikit sbb saja nak bg pelbagai rasa.

Tuang warna pertama sampai habis...diikuti warna kedua dan berikutnya. Tak perlu ratakan ekkk.nanti dia pandai rata sendiri dan membentuk warna warna....bakar pd 50 minit yer....jgn lupa gris kan loyang dulu & kertas minyakkan..siap.... biarkan sejuk baru potong


 Ni cara tuang spy membentuk mcm pelangi

 Tara.......

Alhamdulillah wlu pn tak banyak...

 Bahan-bahan dier

Ehhh eh tak sabar nak school yer... hehehe


Komen aku → kek ni sedap la...cuma aku dah biasa tekak kek lapis Sarawak yg byk bahan tu so yg ni simple tapi sedap. Cubalah..... :)



Tuesday, April 29, 2014

15.Spagetti Carbonara

Assalamu'alaikum wth...

ok kali ni aku nak share resipi spagetti carbonara..sebenarnya aku a bit upset...sebab nyer aku masak ni masa kat umah encik asben...aku masak terlebih portion pasal yg makan aku dan encik paddaAppa aku jer..yg lain iaitu mak and kakak aku tak reti..aku luper laaa...aleesya pun makan tapi besar mana jer isi perot die kan...so resipi ni aku buat simple je sbb bahan takde sangat...

Resipi: Spagetti Carbonara
Sumber: Campur-campur

Bahan (utk portion 2 -3 org)
1/2 bungkus spagetti
1 tin sos carbonara
secawan susu Dutchlady, aku pakai UHT masa tu
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 1 biji
Mozarella @ Parmesan Cheese kalo suka
Minced beef / udang
Lada Hitam
Persley
Cendawan Butang
Sosej dipotong bulat -bulat


Cara-cara

Mula mula rebus air sehingga mendidih dan masukkan spagetti utk lembutkan. jgn lupa masukkan sesudu mentega spy spagetti tak melekat. Bile dah masak angkat dan tos kan dan blh masukkan sikit lagi marjerin kalo nak.

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. masukkan minced beef dan kacau. kemudian masukkan cendawan butang & sosej serta kacau hingga masak. bila dah masak masukkan sos carbonara..dah sebati masukkan susu DutchLady dan kacau lagi hingga sabati. masukkan cheese dan perasa. nak lemak lagi blh letak telur sebiji dengan api yg dah ditutup ...biarkan dia masak sendiri.. siap...!!!!





Asal gambar ni terbalik???? 






Komen aku--> Sedap cuma kurang pedas mcm spagetty tradisional.. tp akan cuba lagi nanti..hehehe.

Sunday, March 23, 2014

12. CARROT KEK WALNUT

Assalamualaikum..

Semalam aku spent kan masa utk buat kek ni..tak tau ni kali ke berapa dah aku buat so kalini aku post lah ekk resepi dia. Hope kalo ada yg mencuba nya akan berpuas hati heheheh ;)

Cuma since aku buat ni utk baby aleesya makan jugak so aku kurangkan kuantiti gula kpd kurang manis. Utk rasa yg ideal, blh ikut resepi ni ekk... jom kite tengok


Resepi: Kek Carrot Walnut
Sumber: kongsiresepi.com & dapur azie


Bahan-bahan

200g carrot yg dah diparut
250g tepung gandum
200g gula perang (yg jenis lembut dan halus) ATAU 100g gula perang & 100g gula kastor
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit serbuk kayu manis (kalo nak)
100g walnut panggang & kisar
200g ATAU 1 1/4 cawan minyak jagung
70g kismis atau ikut suke nak ke xnak
Sesudu makan ovelette
1 penutup esen vanilla




Cara-cara

Mula-mula ayak tepung bersama-sama dengan baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian di dlm bekas lain pukul gula dan telur hingg kembang. Kemudian masukkan minyak. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit hingga mesra. Masukkan carrot, walnut yg dah ditumbuk, kismis, esen vanilla dan ovelette. Kaup balikkan sehingga adunan sebati. Sementara tu oven dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180º dan gris kan loyang dengan mentega dan kertas minyak. Bakar pd suhu 180º selama 20 minit pertama api bawah kemudian tukar ke api atas & bawah hingga masak. Nak tau kek dah masak ke belum blh cucuk dengan lidi kalo tak melekat lepas lidi ditarik maknanya dah masak. Tengok pd oven masing-masing jugak ler


Actually boleh letak frosting kat atas kek ikut suke. Since aku buat utk baby aleesya so aku x buat kalini


Resepi Cream Cheese

250g cream cheese
100g gula aising
100g mentega


Cara, blend jer semua dan boleh hias ikut suke

ATAU


Resipi ke-dua yg blh di pakai
(blh guna utk red velvet @cupcakes)

500g whipping cream
250g cream cheese
110g mentega
60g gula aising
2 titik lemon paste/juice

Cara, pukul kan whipping cream hingga kental dan ketepikan. Dalam bekas lain pukul cream cheese, mentega, gula aising dan juice lemon kemudian satukan dgn whipping cream dgn kelajuan perlahan.


Utk hasil yg aku buat as pics shown below..... cewahhhhh..... gambar x cantik hokay!! (,*)




♥ Nampak tak my assistant?  Kemain anak mama aleesya ehhh..... semangat...


♥ Ni plak gambar sebelum ni yg aku pernah buat.. nampak tak tekstur dier....yummy....

♥ Masa ni kan....ada kawan datang, buat masa harivraya aidiladha 2013 serius dia suke giler kek ni...Alhamdulillah. ..


♥ tengok bile nampak and dapat kek..... hehehehe


Komen aku→ kek ni sedap walaupun kadang2 susah nak diterima tekak oleh golongan kanak-kanak tp kalo buat dlm cup dorang jd suka :)
Cubala.......

Monday, March 10, 2014

10. COOKIES ALA-ALA FAMOUS AMOUS

Assalamualaikum wth.

♥ Hye readers. Apakhabar? Hari ini rata-rata seluruh rakyat Malaysia terutamanya dan China am nya tengah dlm kerisauan, kegelisahan, ketakutan, penuh tanda tanya dan mcm mcm perasaan atas insiden #mh307. Aku pun tak terkecuali setiap saat memikirkan dan mengikuti perkembangan semasa #mh370. Mudah-mudahan ada keajaiban dari Allah swt utk memberi petunjuk di mana kah pesawat #mh370 ini. Sesungguhnya bahu yang memikul lg merasai beratnya derita di jiwa dan raga. Tak dapat digambarkan mcm mana lah kalo aku yg diuji sedemikian. Sungguh, terlalu berat utk dilalui namun ia adalah sebahagian qada dan qadar Allah yg tiada siapa mampu menandingiNya. Semoga ada jawapan pd satu persoalan, Dimanakah MH370?




Dalam pd itu semalam aku memang duduk depan tv je since tv3 pun mengadakan liputan Live Malaysia Hari Ini. Sehingga waktu petang barulah aku ada kesempatan nak bermain dgn tepung. Mujur anak buah aku yg rajin tu, si Dedek sentiasa seibok nak tolong...tepat jam 09:30mlm barulah selesai...alhamdulillah. Terpaksalah Mama Ngah yg mendodoikan si comel Aleesya ;)


Actually cookies ni aku dah buat 3 kali. Aku memang suke cookies especially famous amous..tp harga dia mahal rm8.++ utk 100g kan....dlm dia sikit jer.....so ade masa aku buat lah sekejap. Niat asal nak buat utk sik kecik Aleesya since dia suka makan biskut dan kek kek ...heheheh..tp disebabkan lame dh x buat...cookies ni rasa dia manis mcm famous amous. Dulu aku buat tawar sikit kalini rasa ngam ngam. Tp bg yg kurang gemar manis korg blh adjust k :)

Lagi satu korang blh jgk google recipe yg lain yg mungkin lg ngammmm rase dier.... namapun kite mencube..sbb aku pn sejak buat ikut resipi ni aku dah tak search lg kat tenpat lain..kire aku ngam lah yg ni...


Jom tengok !


Resipi: Cookies ala ala famous amous
Sumber: pelbagai


Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sk cream of tartar
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan mentega
Chocolate chip 2 botol atau lebih
Walnut cincang atau chessnut depends kat korang..sangai dulu tau
Garam secubit
1 sudu makan Susu segar
1/2 atau 3/4 cawan gula kastor
1/2 atau 3/4 cawan gula perang.

#nak kurang manis pakai 1/2 tau......



Cara-cara

Mula mula pukuk telur hingga kembang. Kemudian dalam mangkuk lain pukul mentega dan gula kastor & gula perang hingga sebati. Masukkan minyak. Setelah sebati masukkan adunan ke dalam adunan telur tadi dan kacau lg. Kemudian masukkan tepung,cream of tartar, soda bikarbonat,  chocolate chip, walnut atau chesnut, esen vanilla dan garam serta susu segar. Kacau dulu pakai senduk kemudian pakai tangan. Bila dah sekata masukkan dlm peti ice ruangan chiller selama 30 minit. Ini bertujuan supaya cookies tak melebar sebab mencair. Panaskan oven 10 minit pd 185º.

Kemudian bulat bulatkan cookies atau leper kan sikit mcm yg aku buat tu. Bakar dlm 15-20 minit depend korang nak masak sedang sedang atau nak ade hangus hangus sikit. Dah masak biarkan menyejuk baru simpan dlm bekas. Cokies akan jd lebih rangup bila dah sejuk...




Kite tengok step-by-step pulak k :)


♥ Bahan bahan... gule kurangkn kpd 1/2 kalo xmo manis sgt k ;)

 ♥Pukul telur hingga kembang

 ♥ lepas sangai aku tumbuk...ni kes xde yg badam kecik kecik tu....lupebeli..

 ♥ dalam bekas lain blend kan mentega dan gula

 ♥ campurkan adunan telur dan gula


 ♥ aku saja bubuh chocolate urai warna warni sbb itu je ade


♥ ni hp dah kong jd gmbr pn x cantik..sebelah pulak lepas bawak g opis tinggal ni je setelah bbrp minit...


Komen aku → biskut ni, mule mule masa panas panas mungkin mcm tak rangup tp bile pas beberapa jam dia akan rangup. Aku suggest korang letak chip chocolate bnyk sikit dan letak sikit badam cincang..sebab yg tu lg rasa mcm famous amous. Kalo korg bakar sampai warna chocolate pekat, jgn risau tetap sedap and lg rangup. Blh bentukkan leper atau  menininggi mcm bukit tp jgn lah tinggi sangat k :) last........ rasenye memang sedappppp ! ♡♥♥♥♥♡





Tuesday, February 18, 2014

07. KUEW TIAW SWEET & SOUR

Assalamualaikum wth..

Sekarang aku tengah kat office..tp since kerja aku dah beres and nak release rasa penat aku bukak blog kejap la....lagipun aku dah janji semalam nak bg resipi baru.....cisss..mcm lah ada yg nak resipi aku ni..hahha..tp takpe...cukup lah aku sorang yang baca blog aku ni pun aku tak kisah..asalkan aku happy...

Sebenarnya kan resipi ni aku dapat ilham masa aku ngan Kak Liza & Abang Tahir pergi makan kat satu shopping mall ni...nama mall ni Boulevard so kat tingkat atas tu ade foods court....actually jarang jugak aku makan situ and gerai yg aku makan ni adalah first time aku cube..tak tau nak makan ape...lame punye pandang menu last last aku terpandang satu menu ni...mcm first time pulak aku tengok....kalo korang dah tengok and dah pernah rasa kan...maknanya aku ketinggalan lah tu hahahah..

So hari sabtu tu...aku nak try buat ikut selera aku....kalo ikutkan yg aku makan tu kan....kuew tiau ni takde bubuh kicap pun. warna dia putih jer..tp sedappppp.....rasa nak lagi jer hhahahaha....so ni ekperimen aku...

Resipi: Kuew Tiaw Sweet & Sour
Sumber: Diri sendiri

Bahan utk kuew tiau

Sebungkus kuew tiau
Bawang merah 3 ulas*
Bawa putih 1 ulas*
Cili padi 3 biji*
Cili merah 1 biji*
Telur sebiji
Garam, pak aji secukup rasa
Kicap Manis ikut suka
Kicap Masin ikut suka
Sos Tiram
Sos Cili 3 sudu besar
Udang atau ayam @ daging ikut suka korang
Sawi ikut suka banyak mana

Bahan sampingan

Kacang tanah yg disangai dan di kisar halus
Limau kasturi dibelah 2
Cili kering yg dikisar

Cara-cara

Sebelum menumis, terlebih dahulu aku basuh kuew tiaw walupun ade sesetengah org tak basuh kot..lepas basuh aku rebus dan bubuh minyak masak utk bg kuew tiaw lembut. Kemudaian tos kan. Lepas tu tumis bawang merah, bawang putih, cili hingga naik bau. Kemudian masukkan udang, ayam atau daging hingga hampir hampir masak masukkan telur dan kacau sekejap. kemudiaan masukkan sos, sos tiram, kicap manis dan kicap masin, garam dan pak aji. Kemudaian masukkan kuew tiaw dan kacau. Akhir sekali masukkan sawi kalo nak. Siap!!

Hidang kuew tiaw dalam mangkuk bersama-sama dengan bahan sampingan. Bile nak makan, bubuh cili kering dan kacang tanah serta perah limau. siap utk menjamu selera... :) boleh tambah sup kalo suke :)






♧ Yg ni step dah terbalik sket ekk...kuew tiaw ni aku rebus n bubuh minyak sikit..

 ♧ Kemudain aku tos...

♧ Bahan sampingan: Cili kering di blend halus

♧ Pastu sangai kan kacang tanah.....

 ♧ Bagi sejuk sikit kemudian ramas ramaskan utk buang kulit & kisar


 ♧ So dapat lah bahan sampingan 2 ni....simpan dalam bekas dan ketepikan

 ♧ Sediakan limau dan belah dua..


 ♧ Tumbuk bahan tumis...



 ♧ Tumis


 ♧ kacau rata...



 ♧ taraaa....dah siap...boleh ambil pinggan, ambik sesudu dua kuew tiau...ambil kacang and cili and perah limau...aku cuma xde sediakan sup jer.....kalo ade lg superbb!!

Ok sorry kuew tiaw aku mungkin nampak pucat sebab aku bubuh kicap sikit and aku takde bahan ayam, udang atau daging.......sian kan...

Komen aku→ Kuew Tiaw ni kalo ikut version original yg aku makan kat gerai tu memang sedap..yg aku ni pulak....semangkuk tu tak cukup tau.....ade yg tak sempat nak makan...so maknenye ape?????? tau takper.....hahahhha...cubelah.....bestttt... :)


Zasssssss!!!!!

Monday, February 10, 2014

06. MEE KOLOK SEGERA

Assalamu'alaikum

Harini kan aku sakit belakang...tak tau kenapa..tapi kawan seopis aku pun sama kene...mcm kawan aku doktor cuma advise dia g berenang as a theraphy. Now, aku pulak..mungkin bnyk sgt kerje aku buat kot...biasalah dok umah ade jer kan bende nak dibuat...harap harap sakit ni tak lah lama sangat kan...

Tp aku tetap nak share satu resipi mudah dan sangat mudah hahahah.... aku bg nama resipi ni Mee Kolok Segera. Sebab ape ? Sebab bahan dia adalah dari mee segera hehehehehe


Sebenarnya kalo dekat Sarawak memang terkenal lah kan dengan mee kolok. Macam kat Miri aku suka makan kat Awang Mahyan punya mee kolok...dekat mee kolok P.Ramlee pun sedap. Kat Restoran Kak Yam pun sedap..tp aku start reti makan pun bile dah masuk alam bekerja..masa skolah skolah dulu x reti makan.... utk resipi ni..bukan mee kolok tu yer...mee kolok tu aku blm belajar lg :( sedeinya org Sarawak tp tak reti buat. Nanti aku akan belajar buat....

Yang ni opismate aku yg ajar...dia dpt resipi dr pelantar masa dorg Offshore. Bisalah kat platform kan memang ade chef and makanan berlambak....so ni resipi mudah chef tu ajar kat kawan aku ni..so aku pulak di ajar oleh beliau
..jom kite tengok ;)


Resipi: Mee Kolok Segera
Sumber: Hj. Matnoor


Bahan-bahan

2 bungkus mee maggie ayam
1 bungkus perencah mee maggie ayam (pakai half utk satu bungkus)
3 penutup minyak matahari
Bawang goreng


Cara-cara

Mula mula rebus mee ketika air dah mendidih. Kacau menggunakan penyepit bg meleraikan mee. Tos kan dan masukkan ke dalam pinggan. Masukkan perencah dan ratakan. Tabur bawang goreng. Siap!


Jom tengok step-by-step pulak ;)


 ♡ ni bahan bahan dia... minyak tu mahal sikit tau... botol kecik pun RM10.++



 ♡ rebus mee and kacau


 ♡ tos kan...



♡ gaul rata


Sorry gambar yg dah digaul sebati tak sempat snap dah kena ngapppp!

Komen aku → ni percubaan pertama aku. Rasa dia memang sedap..tp aku dah imagine kalo bubuh ayam, daging atau udang dengan telur mata, pastu ada sup kan....lagi superb! Bubuh cili potong sikit memang cunnnn ler..... cube lah....tak lah bosan kan makan mcm biasa je cara masak dier....ok daaaaa.....jumpe lg next entry tau ! Assalamualaikum....

04. LEMIDIN TUMIS BELACAN

Assalamualaikum..malam readers ;)

Sebelum tidor biasalah mata and jari mengadap henfon jd aku teringat yg aku ada masak tumis sayur Lemidin. Chop.....Chop.... Lemidin ni aper ekk.? Kalo org semenanjung tak sebut lemidin la...tp lebih kepada sayur paku rasanya. Tp aku x pernah pulak jumpe org sana makan sayur ni. Ade ke ekk?

Kalo kat Sarawak sayur ni memang femes...xyah tanam sbb memang tumbuh dlm kawasan semak semak mcm tu..dia kalo lepas hujan dia lg banyak and lg sedap sbb sgt fresh and warne dia hijau..kalo yg warna maroon sgt tu jenis yg dah tua sikit so kurang ummmmppp.....

Dulukan masa kiteorg adik beradik kecik kecik..masa nak pergi kebun...kebun jauh tau..nak pergi kalo naik bot dlm 40minit mcm tu tp kalo berkayuh jer nak nak dekat 2 jam..kalo dah sampai kat jetti tu kan..kena berjalan kaki pulak nak g kebun arwah bapak...tp kebun situ semua adik bradik bapak yg punye.so sambil jalan kaki tu kan tangan dan jari pergilah petik sayur ni utk dimasak sbb bila dah sampai pondok arwah bapak sayur tu dh bnyk..pastu Angah Litong yg akan masakkan. Masak air je..atau senang masak terjun jer tp tetap sedap
Wahhh rindunya saat saat tu.... ;(


Alrite xmo buang masa meh aku bgtau resipi ringkas Lemidin Tumis Belacan ni


Resipi: Lemidin Tumis Belacan
Sumber: Hanni Hannani @amani

Bahan-bahan

Sayur 2 ikat (RM4)
Bawang merah 3 biji¤
Bawang putih 1 ulas¤
Belacan 1 inci¤
Cili merah¤
Ikan bilis segenggam¤
Garam dan pak aji
1/2 cawan air

Cara-cara

Tumbuk semua bahan bertanda ¤
Kemudian tumis hingga naik bau wangi. Makin bnyk bilis makin sedap tau. Agak agak dah garing masukkan sayur. Masukkan setengah cawan air. Tambah perasa. Siap utk dihidang.. sayur ni jugak sedap kalo campur dengan cendawan tp masak bg kuah lebih sikit. :)


Jom tengok step-by-step pulak





 ♡ 2 ikat Lemidin dan dibersihkan


 ♡ tumbuk bahan utk menumis...lebihkan bilis yer n belacan WAJIB


 ♡ Tumiskan bahan tumbuk tu


 ♡ dan masukkan sayur


 ♡ Teruskan menggoreng k tp jgn lama sangat nanti overcooked x sedap



♡ ok dahhhhhh...... nampakkan masih fresh ?????



WELL DONE!

Komen aku →Sayur ni sedap ratah mcm tu ejer pon boleh. Mkn dgn nasik pon blh. Makan dgn sagu @embuyat pon boleh... sedapppp oooooo.......

Nak cube? ? Jom... sayur ni ade d jual d tamu-tamu je tau. Supermarket maaf memang takdo..... hehehehe :)


Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...