Hye readers! Kek minyak.first time aku dgr bila kek ni viral kat fb. Dah lama nak buat tp asek tangguh je. Actually sbg anak jati Sarawak, kalo bab kek ni memei org akan ckp kek lapis Sarawak yg paling femeskan....part tu aku suka ler hehehe...
Tp skarang semua negeri pun kadang kadang ada jugak yg belajar and dah expert nak buat kek lapis. Aku baru perasan aku takde pun entry kek lapis sarawak kan...nantilah aku buat...dekat dekat nak raya lah ekk sbb masa tu kek ada macam macam...kalo nak ikutkan kek minyak ni kek simple. Biasa buat utk hidangan kenduri kendara atau minum petang je. So arini aku buat utk majlis tahlil arwah nenek Akup..opppsss kat Sarawak atok pun kite panggil nenek....nenek lelaki hehehe...so ni resepi yg aku ikut.
Resepi: Kek Minyak
Sumber: linapg.blogspot.com
Bahan-bahan
5 biji telur
1/2 gelas gula kastor
3/4 susu manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan minyak
Esen vanila
Perasa dan pewarna
Cara-cara
Panaskan oven dulu pd suhu 165○. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan. Dalam bekas lain pukul gula, telur & ovallete hingga kembang. Masukkan susu dan esen dan putar lg sebentar. Masukkan minyak dan tepung sikit demi sedikit dan kaup balikkan. Bahagikan adunan kpd 4 mangkuk. Ni ikut suke lah ekk berapa warna korang nak. Setiap satu warna letakkan perasa. Part ni aku derhaka sikit sbb saja nak bg pelbagai rasa.
Tuang warna pertama sampai habis...diikuti warna kedua dan berikutnya. Tak perlu ratakan ekkk.nanti dia pandai rata sendiri dan membentuk warna warna....bakar pd 50 minit yer....jgn lupa gris kan loyang dulu & kertas minyakkan..siap.... biarkan sejuk baru potong
Ni cara tuang spy membentuk mcm pelangi
Tara.......
Alhamdulillah wlu pn tak banyak...
Bahan-bahan dier
Ehhh eh tak sabar nak school yer... hehehe
Komen aku → kek ni sedap la...cuma aku dah biasa tekak kek lapis Sarawak yg byk bahan tu so yg ni simple tapi sedap. Cubalah..... :)
No comments:
Post a Comment