Wednesday, March 11, 2015

K e b u n .... jom cabut ubi kayu

Assalammu'alaikum (",)

Hari tu kami pergi kebun milik kepada Boss tempat abg aku kerja...kebetulan FREE ni takde buat apa jommm....kita berkebun....mak aiii...sesampai jer sana....wow!!! terimbas terus memory masa zaman kite kekecik dulu.... tengok kayu api...terus teringat zaman susah payah kami masak pakai tu dulu...siap muka ni habis hitam kena bekas bara api...sangat nostalgia. sesiapa jiran yg dekat dgn kami tau lah mcm mana kehidupan kami dahulu kala..

anak anak sekarang tak merasa dah dgn kayu api semua...entah tau ke idak nak nyalakan bara api. akupun tak lah pandai tp pernah hidup dalam kesusahan. pernah bertahun kami hidup dlm dapur yg sekecik reban ayam utk tempat memasak atas tanah je dapur tu...kalo hujan turun habis tempias basah...nak masak kena turun bawah. bilik tidur satu jer.. bantal pulak selalu tak cukup jadi kami tidur beralaskan kusyen je. tidur di ruang tamu, mandi tumpang mak sedara punya bilik air dan buang air besar kat rumah mak su. sangat daif tapi tu lah...kisah dulu kala.. rezeki tu Allah yg tentukan dan aku memag happy dpt merasa suasana tu...

Hujung minggu kena tolong ayah di kebun tp nunnnnn jauh di sana. Naik perahu berkayuh ambik masa sejam lbih. Untung klo ada pakcik yg sama sama g kebun blh tumpang bot dier atau "tundak" perahu kite means ikat tali perahu kite sambung ke bot pakcik jd x pyh nak berkayuh. Bila ada bot org lain yg lalu lalang nanti perahu kite akan dilambung ombak...ohhhh my gosshhhh.....

Masak pulak, bila sampai jeti atau we all call it "pengkalan", jalan kaki menyelusuri denai kecik sambil petik sayur lemidin. Lbh kurang 15-30 minit sampsi pondok usang bapak. Sayur pun dah penuh di tangan blh di masak menggubakan kayu api ....

Bapak pergi berkebun aku pergi menyanyi atas batang pokok yg dah tumbang... memang besar pokok pokok hutan. Bila dah nk tengah hari makan sayur lemidin masak air, ikan keli ahhhh sedapnyer.... main tepi parit yg jernih.......minum air kelapa...tu semua memori.....


Sekarang dah xde dah semua tu...klo ada pun kebun aku yg kecik tu je tp sejak hujan november~feb tu semua tanaman mati sbb kawasan rendah...sampai sekarang x start lg nk bercucuk tanam

So arini.....seronok lepaskan kerinduan tu semua..... :-)

 Lemon....

 Mak.....

 My family

 Ohhh...nostalgia.....

 Ikan bakar..... jantung pisang....


 Adik......dah jumpe feveretnya.....

 Aleesya pon main guli......


 Terlebih minyak...... aku x suka telur kering.....


 Amboi mak.....


Eh eh kenapa tu kakak.....


Byeeeeeee happy kan....

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
๐ŸŒฟ  UTK AYAH  Baru & Lama ๐ŸŒฟ

⚽  1| Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

๐Ÿฃ 2| AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

๐ŸŒ— 3| Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

๐Ÿ’ฐ 4| Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja.  Hu hu Muhasabah diriku..

๐Ÿ’” 5| Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH  tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

๐Ÿ’ฅ 6| Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah  Sayyidina Umar Al Khattab..

๐Ÿ™‡ 7| Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

๐Ÿ‘‘ 8| Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

๐ŸŒ 9| Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

๐Ÿ‡ 10| Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

๐Ÿ’ป 11| Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

๐Ÿ‘ซ 12| Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

๐Ÿ“– 13| Ayuh wahai ayah-ayah.....ambil iktibar !

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...