Monday, February 10, 2014

03. KEK CHEESE SIMPLE MOIST

Assalamualaikum wth...

Arini masih nak share satu lg resipi kek cheese. Sebab sabtu dan ahad lepas aku memang main kat dapur jer..so aku sempat siapkan sebelah petang..jom..kite layan


Resipi : Kek Cheese Simple Moist
Sumber: ana-mutiarahati

Bahan-bahan

4-5 slice cheese
200L fresh milk (aku pakai susu everyday sbb lupa beli)
70g gula
70g butter
70g tepung gandum
4-5 biji telur
sepenutup esen vanilla

Bahan tambah sendiri (aku derhaka sikit hihi)

¤ chesnut yg d sangai

Cara-cara

Mula-mula panaskan susu segar, buttrt dan slice cheese atas api. Dah cair tutup api serta biarkan sejuk. Sementara tu asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih dan gula hingga bertanduk atau meringue. Kemudian dalam bekas lain pukul telur kuning hingga kembang. Masukkan adunan susu dan cheese yg dah sejuk ke dalam adunan telur kuning. Masukkan tepong sikit demi sikit. Lepas tu masukkan telur putih yg dah dipukul asing tadi beserta esen vanila. Kemudian tabur chesnut d atasnya.

Panaskan oven, sebelum tu lapik loyang dengan kertas minyak d dasarnya dan d luar loyang d balut dengan aluminium foil. Bakar menggunakan kaedah Bain Marie iaitu dengan meletakkan loyang ke dalam loyang yg lebih besar sedikit dan diisi dengan air bg memastikan tekstur kek masak sekata. Bakar pada suhu 170º pada 10-15 minit terawal dan 140º pd minit seterusnya hingga masak. Bg memastikan kek dah masak cucuk dengan lidi kalo x melekat dah masak ler tu....dah sejuk baru keluarkan dan potong....


 ♡ Siat siatkan cheese ni


 ♡ chesnut yg disangai


 ♡ pukul telur kuning hingga kembang


♡ putih telur yg dah kembang bertandukr


 ♡ nampak mcm gebu kan ?


 ♡ Tabur chesnut



♡ dah masak dah


Ok siap!!!! Sedap tak kek ni???


Komen aku → kek ni super sedap dan super moist! Aku bg cadangan kalo kite siram dengan custard cream lg cun kotttt...nyemmm...Aleesya suke giler termasuk aku.... sure korang akan komen benda yg sama... cube lah... aku ingat nak buat lagi lah.....sebab aku memang hantu cheeseeeee hahahaha. Budak opis aku siap tanya pakai cheese ape ni.....yeahhh...berjaya ! ;)


Ok u all hope enjoy k! Gambar yg dah dipotong xde pulak padaha semalam aku dah snap....mane pergi die wehhh....

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...