..... Love Is Beautiful....

Sunday, September 4, 2016

Week 30 ~

(",) Assalammualaikum

Minggu ni adik dah masuk 30 weeks. Alahai mama pulak yang berdebar lebih. Semalam pergi check-up. Result gula yg aku minum last week yg sedap giler tu pon dah tau. Alhamdulillah takde kencing manis. Cuma dalam air kencing ada protein 2% mcm tu and kotor sikit. Haishhh mcm mana lah nak bagi kotor benar benar clear. Doktor ckp amik yang pertengahan tapi jgn stop masa amik yg pertengahan tu kalo stop and kencing balik ianya dikira kencing baru. Baiklah doktor utk next sy cuba lagi.


So semalam buat scan jugak tp nyer baby ni still tak nak menunjukkan gender die...alahai anak mama ni pemalu rupanye....tak kisahlah sayang janji awak sihat. Lelaki ka perempuan ka mama tak kisah..

Sekarang ni apa yg aku rasa adalah:

>> asyik nak kecing
>> kekejangan kat abdomen
>> kadang kadang rasa sakit/nyili kat ari-ari
>> kegatalan pada celah paha ke ari ari (kulit meregang kata kakak aku)
>> mudah kejang kaki
>> sakit dada sekali sekala sebab baby dah membesar
>> kaki dan jari mula membengkak dan jari tangan mula rasa kebas sepecially bila bangun pagi
>> rasa nak muntah terutama bila pagi
>> kulit musam terutama kat leher dan muka
>> cepat berpeluh
>> HB (hemoglobin) rendah.... awal pregnancy cepai jgk la bacaan 11 lepas tu around 10.5-10.7
>> kuat makan =))
>> tak lena tidur dan selalu terjaga

Ya Allah mudah-mudahan Engkau permudahkan hambamu ini untuk melahirkan zuriat kami dengan selamat. amiin ya rabbal al amin.

No comments:

Post a Comment