..... Love Is Beautiful....

Sunday, September 4, 2016

Memikirkan sekolah untuk Aleesya

(",) Assalammualaikum

Dari mingu lepas lagi aku servei sekolah tadika untuk aleesya. Alahai ni lah perasaan seorang ibu/ibu bapa yer bila anak anak nak sekolah. Nak pilih sekolahpun kena fikir banyak hal. Macam aku, aku tak decide lagi sekolah mana satu tapi tengah buat pemilihan. Untuk satu minggu ni ade 3 sekolah aku dah tanya. Antaranya Tadika XXXXX TadikaXXXdan TadikaXXXX. Semua ni kat ......



Yang pasti aku nak sekolah yang blh utk aku hantar dan jemput kakak bila balik dari kerja. Yerlah sapa lagi boleh amik dia selain aku dan suami. Tapi memandangkan suami kerja kat KL kenalah aku yang kerja lebih utk amik kakak nanti.

Harap kat mana pun kakak sekolah dia blh adapt suasana pembelajaran dan play school tu dgn baik. Kesian kakak dia selalu tanya mana sekolah kakak? dan kadang kadang tanya kakak ni takde kawan ke mama?

Alahai anak....

So keputusan sekolah belum ada lagi dah ade nanti aku update yer.


Setelah  beberapa hari, akhirnya aku dan hubby dah pon buat keputusan. Tanggal 1 sept 2016, aku daftarkan kakak kat sekolah tadika AC.

Mudahan kakak serasi dan boleh ceria sekolah kat sana nanti. inshaAllah ameen


No comments:

Post a Comment