..... Love Is Beautiful....

Wednesday, July 27, 2016

Update 7 bulan

Assalammualaikum (",)

Ni sebab ada 2jam lagi masa free sementara menunggu  result gula keluar. Aku tak tau nak buat apa so aku nak merapu kat sini. Dah lama x update resepi kat sini. Masak memang dikatekan hari hari tapi nak post ke blog tu yg ade malas sikit sejak pregnant ni. Mungkin letih kot. Now aku kat KK Presint 18, seawal 7:20am aku dah gerak dari rumah dan inilah first time aku minun air gula utk kesihatan kandungan. Lepas amik darah minum segelas air gula. Mak aihhh sedap nyerrr T_T harap aku tak muntah sebab dah rasa lapar nau ni ha.... Baby pon dari tadi asek sepak sepak mama sebab mogok lapar kot...cepatlah masa berlalu kang aku pengsan sapa nak tau. Dah aku sensorang ni. Biasa kakak aku dan aleesya yang temankan tp kakak x balik lagi dr kampung. Encik asben pulak arini outstation so kenalah bertabah yer !!!!


Alright minggu ni kandungan aku masuk 7 bulan lg 2bulan lebih nak bersalin. Macam cepat pulak kalini aku mengandung tup tup dah 7 bulan tp masa awal mengandung dulu x sabau nak beranak. Ni tengah a bit tergantung nak beranak sini ke Miri. Aku dah tanya MAS last dibenarkan naik kapal terbang ialah minggu ke 35. Padahal minggu 35-36 tu aku baru nak review kat hosp Putrajaya sebab nak tengok aku blh x beranak normal instead of c-zer. Hoepfully adelah rezki aku beranak normal kali ni kan.

Apepon aku terima ke janji aku dan baby selamat kan. Time time ni aku dah mula nerves bila mikirkan saat nak bersalin nanti. Nerves tau x pernah beranak kat hosp government dan normal. Semoga Allah berkati dan permudahkan jalan utk aku nanti innshaAllah ameen ameen ameen ya rob.

Ape gender baby??
Hmmmm... Aritu scan baby ni segan nak bgtau. Entahlah hati aku lebih kepada baby gurl je. Tp klo blh nak jgk baby boy kan dah sepasang kalo dapat boy tp tak kisahlah janji sihat.

Oklah aku dah start mengantok ni haaaaa.....  Nanti update lg yer 😍😍😍😍


No comments:

Post a Comment