Friday, August 14, 2015

81. Sup Tulang Sedap

Assalam :-)

Ni pun sama, throwback yer. Bkn baru pas makan... tp tgok gambar ni terus aku terliyokkkkkk..aiyo bila lh dpt mkn sup tulang lg ni

Ok aku belajar buat sup tulang dari mak mertua aku. Betul sebelum2 tu ada jgk masak resepi sendiri tp since upgrade sikit dr mak mertua punyer ilmu, tiap kali masak sup tulang aku ikut jer cara ni... senang, mudah dan sedap

# maaf yer kalini x snap gambar sbb masak time raya memei takdan nak snap. Nanti kalo ada masak lg aku edit yo

Bahan²
=======
Tulang lembu/kerbau
Isi daging dalam sekilo
Bawang merah 10 ulas (tumbuk)
Bawang putih 5 ulas (tumbuk)
Halia 2 inci (tumbuk)
Serai 2 batang (tumbuk)
Lada putih biji 1 sudu (tumbuk)
3 sekawan
Garam
Sedikit minyak
3 jug air

Cara²
====
Tumis 3-sekawan, kemudian masukkan bahan kisar kecuali serbuk lada putih. Bila dah kekuningan masukkan lada putih. Masukkan tulang dan daging. Kacau sebati. Masukkan air 1 jug dahulu. Biarkan mendidih. Bila air dah berkurang, masukkan lg air 1 jug hinggalah jug yg ke-3. Baru masukkan garam. Tabur bawang goreng dan daun sup ketika makan

#boleh jg tambah serbuk kari sup jika nak dan bunjut

Bg aku, tak lengkap sup jika tiada kicapnya.

Utk kicap
========
6 ulas bawang putih
2 sudu gula pasir
10 biji cili api
Kicap masin
Sedikit limau

Tumbuk lumat dan tambah sedikit jus limau dan sedia utk di makan.


Nyemmmm

===========================
'Kenapa kene bace kahfi hari jumaat ye?'

'Katanya ada kaitan ngan dajjal. Dah guane gitu?'

👳Kalau kita perhati betul2. Surah kahfi ni ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:

🕐Kisah Ashabul Kahfi 
🕑Kisah 2 Empunya Kebun
🕒Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir
🕓Kisah Dzulkarnain

👳Kaitannya dengan dajjal ni, dajjal akan try sesatkan kita dengan godaan ni lah.

DUGAANNYA😰
🕐Dugaan Akidah
🕑Dugaan Kekayaan dan Pengikut
🕒Dugaan Ilmu Pengetahuan
🕓Dugaan Dzulkarnain


👉Kisah Kahfi vs Dugaan Dajjal👈

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕐Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan AKIDAH

Dugaan AKIDAH  - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.

💊Survival Kit dari kisah ashabul kahfi : 
💉Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
💉Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
💉Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu.
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕑Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI

Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.

💊Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
💉Sedar hakikat kehidupan.
💉Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting.
💉Syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕒Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir dan Dugaan ILMU PENGETAHUAN 

Dugaan ILMU PENGETAHUAN - Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.

💊Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :
💉Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan.
💉Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
💉Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕓Kisah Dzulkarnain dan Dugaan KUASA

Dugaan KUASA - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.

💊Survival Kit dari kisah Dzulkarnain :
💉Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
💉Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
💉Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
💉Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. 💉Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
💉Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

👳Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan.

👳Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.

👳Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu. Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

👳Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan. Perlu bersabar dalam mencari ilmu pengetahuan.

👳Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.

👳Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa. Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.

👳Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.

 👳Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.

👳Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.

Jom baca surah kahfi! 💪

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...