Ok ni throwback aje, aku lupa nak publish padahal dah lama dah dlm post box ni.... haihhhh...
At first, mmg keras jgk lah tangan aku nak menjala, since aku pakai acuan pesen baru kot, bkn yg mcm botol sos tu, jd skill kena hantam sajalah labu. Janji ada rupa kuih jala hahaha
Ok maleh nak ckp bnyk, aku zasssss terus
KARI
°°°°°°
Simple aje since utk cicah kuih jala jer kan
Bahan²
======
Serbuk kari 5 6 sudu besar
Bawang merah 4 ulas (kisar)
Bawang putih 2 ulas (kisar)
Halia 1/2 inci (kisar)
3 sekawan
Minyak masak 4 sudu
Santan secawan
Ayam 1/2 kilo
3 biji ubi kentang
Garam, aji, gula
3 biji tomato (optional)
Cara²
====
Panaskan minyak. Tumis 3 sekawan masukkan bahan kisar/tumbuk dan kacau hingga kekuningan. Masukkan serbuk kari yg dah dibasahkan dengan sedikit air. Kacau dgn api perlahan sehingga kari masak. (Nak tau kari masak, kari tak melekat pada senduk bila dijatuhkan).
Masukkan ayam dan gaul rata. bila ayam mengeluarkan air, masukkan santan cair dulu dan masukkan ubi kentang. Kemudian masukkan santan pekat.tambahkan perasa dan tomato.
Utk kuih jala
===========
3 cawan tepung gandum
21/2 sudu minyak masak
1 biji telur
3 cawan santan/susu segar/susu cair
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Cara²
====
Campur semua bahan dan kisar. Apabila adunan tidak putus ketika dijala maknanya adunan dah OK. Klo putus blh tambah sedikit air.
Nyamm...
Adunan siap
=================================
Kalau kita boleh buat ibadah pada bulan ramadhan kenapa kita tidak boleh buat selepas ramadhan? itu maknanya kita menyembah ramadhan bukan menyembah Allah ♡
#UstazHjMatZain
No comments:
Post a Comment