Monday, March 9, 2015

Kad Kredit..baik ke tak baik

Assalammualaikum (",)

Haaa...ni post yg tak berapa nak best kot hahhaha tapi aku nak post sbg pengajaran dan share pengalaman aku. Tak salah nak ada kad kredit, sebab ada kad kredit mudah, cepat, senang, pantas, happy....tp xda kad kredit lagi happy yehooooo




Sebab apa...

1) nak ada kad kredit engkau mesti seorang yg berdesiplin. Kalo ko x disiplin nak bayar lepas apa ko dah swap tu baik x payah. Menambahkan hutang lg tau. Tau tak interest kad kredit 18% setahun...xtau kan...bnyk tu

2) menambahkan nafsu membeli
Especially online purchase dan jenis yang kaki shopping. Alah.....

klik purchase

Yeahhh dah...tunggu barang sampai..hati senang senyuman sampai ke telinga...hujung bulan kepala pening, dompet kempis, kaya kejap je lepas gaji pastu kena bayar kad kredit. Lbh dr due date dpt lah panggilan cinta dr bank kenapa x byr lg......hambek kau jemah....

3) membebankan & menambah hutang


Percayalah, government tax sebulan RM50.00 dah sah sah kena, kot tak bayar lagi yg ko dah swap ko kenalah tanggung interest + tunggakan lagi. Kadang kadang ko rasa ko dah bayar tiap bulan ikut bayaran minimum atau ko lebihkan konon nak cepat habis tp tau tau penyata menunjukkan masih bnyk dan x bnyk yg berkurang...why why why??????

4) SCAM


Ni aku dah kena. Tetiba dpt SMS dr www.zoosk.com rasanya, bgtau cc kad aku di swap.ehh ehh bila masa pulak... RM280+ lbh mcm tu..aku call bank aku, block kan..dan 2 minggu baru dpt kad baru..kata dorg dlm tempoh 6 bln wang akan didebitkan semula kalo btl SCAM. Seingat aku September 2014. Sampai sudah xdepon... grrrrr......

Kisah aku

°°°°°°°°°°°°
Aku ade dua kad kredit. Mula mula seronok lah especially beli tiket flight. Kadang kadang org mintak tlg aku belikan pun ade. No hal. Masalah nya memang aku lah yg x dpt bayar
 full amount kadang2 cth tiket harga RM1k so hujung bln aku byr RM300 dulu balance aku byr kemudian. Tak settle yg tu kadang dah swap lg... bulan bulan kena set RM600 utk 2 kad kredit kdg lebih. Last last aku x tahan aku settle satu dulu dan closed.

Ok option lbh baik, blh buat pinjaman peribadi utk settle hutang ni. Interest x silap 4.5% mcm tu. Contoh ko loan RM7,000 ko byr balik RM10,000 ++ lebih sikit ....utk 60 bulan mcm tu. ni lagi selamat. So bulan bulan ko byr fixed. Tp tu lah bila fikir balik riba tu kite kena tanggung. RM3k tu.....

So utk yg kad aku yg tinggal sekeping tu, aku dah decide utk terminate jgk. Settlekan payment...tp msh process cancellation. Katanya minggu ni bank akan call balik sbb dorg busy. Yg penting dah d blocked.

Pengajaran aku dpt, baik lg cash bulan bulan korg dpt dr gaji simpan mcm mana korg terpaksa pergi byr kredit kad bulan bulan tu..letak lah dlm tabung besi ke...dlm bank yg xda kad ATM tp ada buku ke atau lbh afdal sedekah sedikit lg barakah.

Jgn main main dgn kad kredit. Sungguh memudahkan urusan jual beli tp memudahkan anda terjebak dgn HuTanG

AWAS....!!!

**************************************

Sekadar renungan kita bersama.
!!..👳👳👳

"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.


Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.


Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris, tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibu bapa


ASSALAM

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...