Monday, March 9, 2015

Cinta & Perkahwinan Jarak Jauh

Assalammualaikum (",)

Selalu kita dengar cinta jarak jauh je kan? Yg si boyfren duduk nun sebelah sana dan yg si girl pulak duduk sebelah sana lagi. Terpisah oleh jarak, lautan, bukit bukau dan mcm mcm lg lh... perasaannya pulak macam mana ekkk?


Ahhhh mestilah rindu dan siksa kan...ooopppss kpd adik adik yg mak bapak masih tanggung makan pakai tu, ni akak nasihatkan. Xyah lah nk couple bagai. Walaupun akak ni pernah coupl & mostly dgn org jauh jauh....xde maknanya.


1) buang kredit je nak call bagai (tp sekarang teknologi aplikasi makin canggih blh je Free Call kan asalkan ada internet access)


2) belum tentu pasangan G/B tu jujur dengan kita. Yes, baik sangka itu baik tp selagi blm NIKAH belum tentu dia pilih kita. Mungkin dia dah listkan calon calon lain utk dia select as a Bini dia


3) bahaya, syaitan ada di mana mana
Jangan ingat couple dekat je ada ehh nooo..no no (jari telunjuk gerak gerak)....makin canggih dunia teknologi makin senang syaitan nak buat kerja tau. Mana tak nya, tangan sibuk berwhatsapp, hati berbunga riang, tengah baring pulak, kebetulan lepas mandi...."Ayang send gambar kat I", "ehhh xmo lah bru pas mandi.....bla bla bla....(syaitan main peranan)


4) hilang fokus. Especially yg tengah sekolah/ belajar. Kalo yg couple depan mata sah sah fokus lbh kpd si jantung hati, konon nak study sesame lah...(tp tak semua mcm tu ekk). yg terpisah jauh pulak suka berangan...aperlah B ni buat sekarang ekk..kan bgs kalo dpt kluar pergi McD ke...tgok wayang ker....mcm mcm angan angan mat jenin...


TAPI

Cinta jarak jauh bagi yg dah berkahwin macam mana pulak?

Ok ni aku lah ni....ha'ah memang aku...aku x nak menulis panjang sini, cuma ikut apa aku rasa dan pengalaman aku jer. cuma aku nasihatkan kalo boleh bg pasangan yg merancang nak mendirikan rumah tangga tu, kalo blh biarlah duduk sebumbung. sebab ape?


1) Jarang jumpa
Ni hakikat nyer pasal jauh kan. satu di semenanjung satu di Sarawak. so terpisah antara lautan. nak jumpe kena naik kapal terbang. xde pilihan lain melainkan aku dah kaya aku beli jet/heli peribadi kikikiki :)


2) Kewangan
Kena stanby untuk berjumpa. kalo masih belum ada anak ok lg kot tambang flight utk seorang tp kalo dah beranak pinak, 1 2 3 .....kalo naik air asia budak 2 tahun ke atas harga sama dgn dewasa uoooos....MAS pulak 80% dr harga dewasa. belum lg bab raya kena beli tiket jugak. harga raya biasa cepat jer nak naik uoolssss. Lagi lagi nak GST ni get ready lah anda semua (aku ler tu)

Selain tu pasangan kena ambil kira belanja periuk nasik dua tempat malah 3. Contoh si suami, kena bg nafkah ank bini makan pakaian, pada masa sama rumah suami sendiri pun kena ada. Dan peruntukan utk mak ayah jgk perlu wlupn kadang kala dorg tak mintak


3) Bila Raya
Selain tiket, berayapun kena lah ikut giliran. macam aku, kalo tahun ni raya kat Sarawak, raya ke-3 kami akan fly balik semenanjung. kalo raya kat semenanung punyer turn pulak, dah raya ke-3 kami balik pulak Sarawak. itu baru anak sorang. kalo dah beranak 3 4 5 rasanya tak dapat nak raikan di kedua dua tempat kot.. (ameen kan utk dpt anak 3 5 6 tu)......


4) Bila emergency
Tak kisahlah in term of anak sakit ker, kereta rosak ke, apa apa jer lah, uooolll kenalah berdikari. mcm aku nasib baik masih duduk dengan mak, kakak abang semua..so apa apa blh mintak bantuan dorang senang sikit


5) telefon/gajet main peranan
Sebab nyer itu jer lah cara nak contact each other kan. biasa aku whats app utk mesej/hantar video, gambar dan call & video call. nasib baik masih guna talian DiGi Easy. dari mula sebelum kahwin sehingga kini masih FREE CALL at least ade RM0.01 sen dalam telefon. TQ DiGi :). TQ orang kuning love love love....emmuahhh


kebaikan...


bukan kebaikan lah just mcm dpt elakkan moment suami isteri iaitu jarang bergaduh. sebab nak gaduh apa kan. gaduh sikit jer aderlah kan hahahah :)


Kedua, Rindu....ahhh semestinya...adakala rasa nak nangis tp bila ada si comel, rindu tu hilang dan yg penting DOA DOA DOA


keburukan...

Boleh fikir kot, tak nak huraikan kat sini yg penting HUSNUDZON atau sangka baik


So itu ajer coretan simple aku ni...nak ckp bnyk kot nanti ada lg yg aku blm bgtau aku edit yer....jom share pengalaman korang pulak... ^,^


Gambar ni blur sebab snap dari PC

Our princesssss Aleesya :-)

...hopefully that oneday we will be staying together under one roof.....innshaAllah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kreatif dlm bersedekah:

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan sema mngkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
..2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
..3.Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
..4. Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
..5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
..6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
..7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
..8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................
..9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, &  bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
..10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
..11. Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2
................
..12. Kirimkan mesej ini kerana ia jua adalah sedekah.










No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...