Tuesday, November 4, 2014

Kursus Solat : Bersama anak-anak


 Assalammualaikum...
Menjadi seorang ibu bukan satu perkara dan tugas yg mudah. tapi menjadi seorang ibu beerti menggalas satu tanggungjawab dan amanah dari Allah. sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, aku bersyukur ke atas hadrat illahi atas segala kurniaan-Nya selama ini untuk aku, keluarga ku dan seluruh jiwa dan ragaku. aku tak pandai nak mengarang panjang kat sini. bagi aku cukuplah aku ada sekelumit rasa utk sentiasa bersyukur, melahirkan rasa bahagia tatkala melihat anak ku membesar. jika diimbau lembaran kisah suka duka kehidupan, mengalir air mata ini. betapa diri ini sering khilaf, sering lupa dan adakalanya hampir kpd hehancuran namun keranaNya aku masih diberi peluang utk terus berfikir dan merenung.

aku bukanlah kalangan ibu yang pandai dalam segala segi malah jauh sekali. terasa kerdil dan segan yg amat jika dibandingkan dengan wanita dan ibu di luar sana yang jauh lebih berilmu dan berakhlak baik. namu aku akan mencuba ke arah itu kerana saat kita memandang wajah si kecil betapa Allah itu maha agung. mengalir air mata kerana nikmat yg aku rasai yg mana hanya mereka yang bergelar ibu sahaja mampu merasainya. lantas terkenang akan ibuku melahirkan kami seramai 10 orang, bagai mana mungkin utk aku melupakan segala jerih perih susah payah bertarung nyawa demi kami. Subhanallah, mak adakala anak mu ini bertindak kasar dalam berbahasa namun ku akui ia di luar kemampuan dan adlakalanya hasutan syaitan dtg menjelma. ku doakan moga wanita yg ku panggil Emak akan senantiasa di dalam rahmatNya bersam-sama dgn seorang ayah yg aku cintai dan rindui.

melihat kepada gambar pertama di atas, ini adalah rutin kami tp bkn setiap hari. tp kini aku nekad utk cuba melakukan nya setiap hari. apabila aku terdengar ceramah drpd Ustazah Noorafizah di saluran radio IKIM, hati aku selalu teringat akan nasihat daripada beliau.lantaran hati ini sentiasa risau, kuatir, takut dan bermacam macam lagi bila mengenangkan anak yg msaih kecil, anak anak buah yg perlukan didikan dan perhatian. aku tidak mau dipersoakan apa aku buat utk agamaku?? tambahan pula dgn dunia akhir zaman kini bermcam macam perkara telah berlaku..aku jd takut dan risau yg amat.. maka, iktiar aku bermula lg. kalo sebelum ini aku adakan solat beramai2 dgn anak buah ku, kali ini aku halusi kan lagi dgn menamakan ia sbg "Kursus Solat". terima kasih kpd ustazah Noorafizah kerana idea dr ceramah beliau telah memberi semangat kpd aku. mudah mudahan ALlah merahmati beliau sekeluarga. Terima Kasih

Hari pertama bermula 3 November 2014, 9 Muharam 1436H
Peserta kursus hanya 2 org Azeem dan Dedek serta anak aku Aleesya.
Tidak memakai telekung bg yg perempuan kerana nak betulkan tertib solat. Aku arahkan mereka membaca satu persatu langkah2 solat. alhamdulillah kedua-duanya tahu membaca surah cuma ade sedikit salah tu perkara biasalah.

 Rakaat pertama: Doa Iftitah & Al-Fatihah, dan Surah Al-Falaq
Aleesya dah sujud dah :)

 Rukuk

 Tak pasti apalah aleesya buat tu.

 Sujud

 Betulkan kaki

 Duduk Tahiyyat Akhir

 Kat sini klakar, si dedek tak blh duduk katanya sakit perut...! sebabnya badan dia tengok la...manakala azeem pulak steady jer...lembut plak tu  hihihi


Hari kedua
Pesera Kursus: 3 org 
(Azeem, Dedek, Anif)
Slot: Azan & baca surah & tertib solat seorang demi seorang

 Subhanallah kakak Aleesya....dia pun say Allahu Akbar..

 Rukuk


 Solat Maghrib

 Sesungguhnya mereka di uji oleh lakonan pentas dak kecik Aleesya..nak ketawa tak blh kalo tak kena denda!

 Continue dengan membaca Asma ul-Husna versi lagu 
azeem tak hafal lagi
dedek & anif dah since dekat sekolah agama JAIS hari hari baca



 bila aku bukak Al-Quran dia pun nak
bila anif bukak Iqra' dia pun nak
bila azeem pegang alma ul-husna dia pun nak

 Siap tunjuk guna penunjuk dan sebuat "Aa...Ba... Jim....Ba... Aa"

"Kakak ji mama..kakak ji (kakak ngaji mama, kakak mengaji)
iyer kakak..ngaji la....mama suke


Selepas tamat kursus
tempoh : 40 minit

Biasa lepas mengaji anak anak ni akan turun tingkat bawah sebab dak kecik aleesya yg nak. normally aku suruh dorg kemas ni balik...since kalini kakak dah meragam so aku lah yg kemas..

apapun, semoga hari ini menjadi titik tolak dalam kehidupan anak anak kecil ini. sungguh mereka tidak mengerti apa apa namun kita perlu mencorakkan mereka. semoga kamu semua menjadi anak yg soleh dan solehah dan semoga mama istiqomah dan cekal dalam mendidik kamu. innshaAllah

Mode: tengah tunggu buku The Prophet Parenting Book (lbh kurang mcm tu lah bunyi), beli dari rakan agen NHB aku. tak sabar nak baca buku tu.

ALhamdulillah...jom solat!

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...