Wednesday, September 2, 2009

TV 9 di hatiku, Al-Quran sumber kekuatan ku


Salam..:-)

Harini cam biasa pagi2 aku akan dok terpacak depan tv 9 nak tengok segment Tanya lah Ustaz...arini topik perbulan pasal Nuzul Al-Quran atau Turunnya Al-Quran. Before tu, Uztaz yg jadi host arini tadi mulakan dgn mukadimah apa itu Nuzul Al-Quran dan bila ia nya berlaku..aku pernah baca dalam Al-Tafsiran serba sedikit pasal ni...alhamdulillah sekurang2nya aku tau sejarah turunnya Al-Quran dan aku percaya setiap dalam Tafsir Al-Quran itu pasti ada menceritakan sejarah Nuzul Al-Quran. Ok lah memandangkan aku takut aku ada tersilap dr segi pengetahuan pasal Nuzul Al-Quran so aku petik lah sedikit mukadimah berkaitan Nuzul Al-Quran dr Blog Nukilan Jejari Azhad..terima kasih kerana info yg disediakan..then sy nak kongsi pulak d blog sy...



Petikan ini sumber dari JAKIM

17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dala
mnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan m
ereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Qu
ran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pe
ngajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Justeru, Al-Quran adalah satu mukjizat yg teragung dan terbesar dari Allah s.w.t kepada semua umat nya..aku sendiri sehingga kini masih membaca, memahami seterusnya mengkaji Al-Quran. semakin hari aku merasakan Al-Quran adalah sumber kekuatan utk aku..di mana-mana jua akan ku bawa bersama..percaya lah kalian, sesungguhnya Al-Quran itu terlalu besar nilainya yg tiada tandingannya..

InsyaAllah aku akan try upload satu software Tafsiran Al-Quran dalam bentuk Excell utk dikongi bersama..mudah2an dgn sumbangan yg sedikit ini dpt kita sama2 membentuk peribadi mulia dgn izin Allah...

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...