Tuesday, December 30, 2014

Penutup Tirai 2014

Assalammu'alaikum wth (",)

Aku tau sekarang ni negara Malaysia, Indoensia dan asia lain spt Singapura dalam keadaan berdukacita. tika dan saat ini di pantai timur sedang dlm kesusahan akibat banjir besar yg melanda. seumur hidup aku inilah berita bencana paling dasyat aku dengar dan lihat di kaca tv. memang aku tak pernah lagi melalui dan merasai pengalaman ngeri ini tp bila memandang di kaca tv, mendengar di corong radio hati jadi sayu... mengenang nasib keluarga seislam di sana. dan terkini jgk berita mengenai pesawat #QZ8501 Air Asia Indonesia yg terhempas di Kalimantan. Innalillahiwainnailahirojiun. Nagara kita diuji lg dengan tragedi yg blm ada kesudahan nya ke atas pesawat #MH370. dan pergi pesawat #MH17 masih segar dlm ingatan. bertalu talu..dan semalam berita angin kencang melanda  Balik Pulau. sungguh berat ujian yg mereka pikul. bersyukurnya aku di bumi kenyalang ni masih dalam keadaan yg tenang, cuaca yg cerah adakala nya mendung tp berbeza dgn Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Johor yg hilang kediaman, hilang keluarga.. AL-fatihah utk semua keluarga yg pergi menghadap ilahi.

Dengan harapan menjelang tahun 2015 dalam beberapa jam sahaja lagi, bumi kite Malaysia akan terus diberkati dan dilindungi oleh Allah swt. Marilah kite berbalik pd ajaran Al-Quran dan Sunnah. mungkin ini teguran dari Allah atas kekhilafan kita. semoga ada bahagia di hujung sana menanti kita semua. InsyaAllah..

SALAM MAULIDUR RASUL 1436 H

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...