Monday, February 2, 2015

56. Donut Gebu

Assalammualaikum

Hari tu aku teringin nak buat donut. Biasa yg rajin mendonut ni kakak aku. Aku rajin makan jer. Donut ni bukan kategori feveret aku tp aku jd rakus bila donut masih panas panas... tabur dengan susu tepung sikit. Kalo gula semata aku agak kureng sbb x suka manih

So aritu aku ada order superbake. Beli dr kelab roti. Sebenarnya aku tengah nak mencari ilmu membuat roti. Membuak buak rasanya tp tahap kompiden level aku negatif T_T

Aku dah ada tepung roti tp buat nya bila?? Persoalan yg perlu aku cari jawapannya

Haishhh panjang beno mukadimmah aku ni

Sebelum tu aku nak share, td masa d kelas taklim aku belajar satu zikir dari bab zikir dari kitab fadhilat amal, yg mana ada satu zikir yg pahalanya sgt lah besar

Zikir tersebut ialah

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallahil azhiim

Maha suci Allah sy memujiNya
Maha suci Allah Dzat yang maha Agung

Ianya merupakan zikir yg ringan di mulut tapi berat di timbangannya. InshaAllah bersam samalah kita istiqomah dalam beramal dengan ikhlas.

Utk resepi donut mudah ni aku refer kat blog mamasya.
KLIK SINI mintak halal yer kak

Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (blh kurangkan)
 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan) #11 gram
1 biji telur (saya ganti fgn 5gm superbake)

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan
Gula dan susu disatukan di dalam air suam dan kacau supaya gula larut
Masukkan yis dan kacau lagi. Biarkan selama 10 minit
Pukul telur tadi dan campurkan bersama mentea cair tadi.
Lepas 10 minit yis akan berbuih buih. Maukkan mentega yg dicampur telur tadi.
kacaukan dan masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung. gaul sebati dgn senduk kayu. biarkan adunan selamaa 45 minit. banykkan tepung di tangan kerana adunan memang lembik . boleh canai dalam bentuk ring atau bulat bulat kan..

utk yg guna superbake mcm saya, tak perlu pakai telur dah..sebab fungsi superbake adalah pengganti kepada telur, bbread improver, baking powder.

Hasil nya memang lembut walupun dah sejuk






Bawak kat opissss....

yummihhhh...



No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...