Monday, May 12, 2014

18.Kek Batik Cheese

Assalamu'alaikum...

hihihi...kalini background aku dah berubah sikit...sebelum ni kaler pink gittu...now dah warna kebiru-biruan..sejuk mata memandang kan...chewah...nak pujian ker?? erkk....tak kuasa hakak...hahah...

Alrite kali ni aku nak share satu lagi resipi...baru tak baru lah tapi memang dah lame..lagipun dah berlambak sebenarnya..tapi version kali ni aku tak tunjuk step by step lah ekk pasal kek ni aku dah selalu sangat buat tp tak pernah update blog..so gambar aku takder...alaaa...takkan itu pun nak merajuk..

Bila buat kek ni kan..aku mesti ingat kat kampung...pasal first time aku bawak balik masa tu lepas kahwin lah rasanya berebut nak makan kadang tak cukup..seronok ape bila kite buat sesuatu tu tiba2 dia jadi macam kena hinggap sarang tebuan..perlu ker nak sama kan mcm tu rasanya tak hokkay...huh!

ok lah aku malas nak membebel..kalo nak ikutkan aku nak jer bg intro yg baik-baik dan selitkan dengan ilmiah sikit kot kot blh la bg pahala kan..tp tu lah aku sendiri dah lama tak pergi and hadir usrah....sedei tau.....ada pun pergi tapi jarang sangat..mudah-mudahan pintu majlis ilmu terbuka luas untuk aku ameen (tadah tangan)

ok ni resipi dier...

Resipi: Kek Batik Cheese
Sumber: Diperkenalkan oleh kakak Ipar (Hjh Ijot)

Bahan-bahan

3 Bungkus Salted Cheese
3 sudu besar mentega
1/2 tin susu manis @ 3/4 ikut suka manis you all nak
Susu segar 1 kotak
Nestum 1 bungkus kecik
250g philapheldia Cheese

Cara-cara

Kisar cheese bersama susu dan mentega.
Mula-mula sediakan loyang yg dilapis dengan aluminium foil. kemudian celupkan biskut ke dalam air susu yg dituang di dalam mangkuk.agak-agak dah lembut tp jangan sampai hancur, susun biskut sebagai lapisan pertama di dalam loyang. kemudian tuangkan adunan cheese di atas nya dan ratakan. dan tabur nestum. buat langkah ni sehingga habis dan di lapisan atas sekali adalah nestum. kemudian simpan kek di dalam freezer semalaman atau lebih kurang 5 jam pun ok. keluarkan kek dari freezer awal sebelum hendak dipotong.



 Salted Cheese... nipis jer biskut ni... made in indonesia


 tara.... ni lepas keluar dari freezer..


 waaa.... macam comel jer macam sedap jer....


Aku suka simpan dalam ni senang nak makan selain comel jer kan

Komen aku-> Kek ni adalah kek feverettttt aku...even anak buah aku 3'a and Aleesya pun sama..kalo buat kek ni satu hari dah licin...tak sempat lah nak tinggalkan utk orang lain... sangat sedap. selain biskut salted cheese, blh jugak guna biskut marie, dan biskut tiger. tapi aku tetap setia dengan Salted Cheese.....wallahhh gitu.... Really really recommended!

So.............................. rugi tak cuba..!!!

================================
Saya ada menjual SET BERSALIN produk http://www.nawalherbalbeautysarawak.blogspot.com/

Wednesday, May 7, 2014

Non-dairy whipping cream & dairy whipping cream

Assalamualaikum

Hye readers.. malam ni aku belek belek blog and saje nak cari info pasal NDWP & DWC ni sebabnye aku sangatlah kebebalan yg nyata bab ni. Selalu confused dan salah beli ;*( sob

So aku nak share info ni. Info ni aku dpt dari blog kak ita masam manis. Siyes aku suka sangat dengan bakat kak ita. Semua hasil kerja tangan dier semua menjadi dan cantik-cantik. Bersyukur kan dapat anugerah mcm tu dari Allah swt..dan tak kedekut ilmu utk semua peminat masakan dan baking. TQ kak ita...kalo lah ditakdirkan berjumpa kak ita..mau nya aku mintak ilmu dan nasihat dr dia.chewaahhh..bile tu ekkk..inn sha Allah mana tau kan satu hari nanti....ok jom..tgok ni...KAK ITA.Mintak halal yer perkongsian Ilmu ni... kpd readers yg nak kenal blog cantik kak ita boleh refer kat SINI

_________________________________________________________________________________

Masih keliru.. tidak dapat membezakan antara Non Dairy Wipping Cream ( Krim putar bukan Tenusu) dan Dairy Wipping Cream (Krim Putar Tenusu)
marilah kita sama - sama dapatkan sedikit info tentang kedua-dua bahan tersebut untuk kita mudah memahami akan fungsi dan kegunaannya.

Whipping Cream atau krim putar, mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan kek tapi tidak di pasaraya. Biasanya Krim putar tenusu Dairy Wipping Cream sahaja yang dijual di pasaraya kerana ia hanya perlu disimpan di tempat sejuk berbanding krim bukan tenusu Non Dairy Wipping Creamyang perlu disimpan di tempat beku untuk tahan lebih lama.  Krim ini dijual di dalam kotak. Krim ini bewarna putih bersih dan lebih digemari. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak muak memakannya. Tapi jangan salah faham, kerana terdapat perbezaan antara kedua-dua bahan tersebut dari segi bahan dan fungsi kegunaan.
Mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua bahan krim  tersebut

Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairi Whipping Cream 


Non-Dairy Whipping Cream ~ Krim Putar Bukan Tenusu
Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream 

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3~4x ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja



Kegunaan dan cara menggunakannya

Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama. Oleh itu apabila kita hendak menggunakannya hendaklah dikeluarkan lebih awal untuk proses nyah beku. Tapi pastikan bukan pada suhu bilik ya.. ia hanya perlu dicairkan sahaja dan berada dalam kadar sejuk.
Oleh itu adalah penting kita mengoncang dahulu kotak supaya ia sebati kerana kandungan krim dan air biasanya terpisah semasa proses pembekuan dalam freezer. 
Tuangkan hanya dalam sukatan yang diperlukan sahaja. Untuk 1 liter boleh digunakan untuk membuat 3 biji kek. Krim putar pula akan mengembang sehingga berkali ganda.
Sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalam keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalam peti ais) ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim. 

Mulakan proses memukul krim pada kelajuan perlahan dan tambahkan kelajuan apabila melihat krim sudah mula menngental. Perlahan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasannya masa yang diambil untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah sahaja.
Krim putar bukan tenusu ini telah tersedia kemanisannya, tetapi jika inginkan rasa yang lebih manis bolehlah tambahkan sedikit gula halus.
Krim putar ini boleh diwarnakan dengan pewarna masakkan gel. Letakkan pewarna sewaktu proses memutar. Jangan gunakan pewarna cecair kerana dibimbangi jika terlebih bahan cecair akan menganggu proses kekentalan krim.

Bagaimana pula caranya untuk menyimpan lebihan krim?

Krim yang lebih boleh diguna semula. Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama.

Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. Ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan djjikeluarkan apabila hendak dihidangkan.

Di bawah ini adalah beberapa pruduk Non Dairy Wipping Cream yang selalu ita gunakan




Ini adalah yang biasa dan selalu digunakan juga oleh kebanyakan. Kita hanya perlu putar sahaja hingga ia kental, selepas itu boleh lah diguna pakai untuk hiasan kek.



Yang ini pula sama juga seperti di atas tapi ia ada perisa coklat. Ini selalu ita guna untuk base kek sebelum ita tuangkan ganache. Atau boleh juga untuk disalutkan pada permukaan kek jika inginkan kek yang berkrim coklat.


ni pula ita guna pakai bila ita inginkan perisa pada topping cake. Cara menggunakannya sama cuma kaedahnya sedikit berlainan. Ia menggunakan kaedah 2:1, dimana 2 cawan Whip Topping dan 1 cawan jus atau susu atau apa2 cecair yang kita inginkan.

Dairy Wipping Cream ~ Krim Putar Tenusu
Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Thick cream atau Double Cream


Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat) sebagai contoh untuk penyediaan Ganache. Ia boleh digantikan dengan bahan lain, namum tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.

Kegunaan dan cara menggunakannya

Seperti Non-Dairy Whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan ditempat beku. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, alat memukul dan krim putar di dalam peti sejuk. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Resepi yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini contoh: triffle atau tiramisu mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan dessert tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.

Cara memutarnya perlulah dalam kadar sedrhana, tapi pastikan adunan tidak terlebih pukul. Adunan whipping cream yang terlebih di pukul akan mencair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi seperti  pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat



Antara contoh product Dairy Whipping Cream di pasaran. Pastikan tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli. Hanya Anchor sahaja yang ita pasti boleh digunakan, 2 lagi jenama tidak pasti pula tanda halalnya.


PASTU....utk senang nak recognised..aku refer blog kakak intaidapur.blogspot.com & CLICK lah SINI

Harap akak pun HALAL kan yer perkongsian info ni. :)



Terima kasih kepada sumber rujukan :


Saturday, May 3, 2014

17.kek lapis cheese kukus

Assalamu'alaikum

Pagi-pagi aku nak belanja sebijik kek nih..baiknya aku....nah amek kau!! Mcm tak ikhlas je kan...heheheh....

Saje jer lah gurauan pg hari...baru lepas subuh ni...ceriakan diri dulu sebelum nak hadapi perjalanan hidup utk harini..uer dakkk?

Okkay ni resipi aku nak share


Resipi: Kek Chese Kukus
Sumber: Pelbagai


Bahan-bahan

Untuk kek
1 cawan tepung gandum, 3 sudu mkn koko serbuk, 1 cwn gula halus, 2 biji telur, sedikit esen vanilla. Secubit garam. 1/2 cwn air yang mendidih, 1/2 cawan minyk@minyk jagung, 1 sudu teh soda bikarbont, 1/2 teh baking powder

Cara;
Pkl telur & gula hingga kembang, masukan tepung, garam, esen, air dan minyak. Kemudian masukan soda bikarbonat dan  baking poder. Dah sebati biarkn rehat.

Dlm mgkuk berasingan sediakn lapisan cheese pula


Bahan-bahan

Cream cheese philadelphia @ape ape je jenama asalkan Halal, tepung sesudu mkn, gula 60gm, telur sebijik, air 1 sudu makan. Putar semua. Letak esen sikit bagi mengelak bau hanyir telur.

Ok... dah panaskan pengukus, adunan kek kite bahagikan kepada 2

Mula-mula lapis kek 30 minit. Kemudian dah masak sambung lapiskan adunan cheese selama 25 minit & kemudian lapis lagi adunan kek 30 minit hingga masak..siap!

Jgn lupe tutup loyabg dgn kain atau aluminium foil size 8"

**note
Kek ni x tinggi sgt tau kalo nk buat tinggi n bnyk sket blh double adunan kek. Slmt mencube ;)



Komen aku → Tekstur kek ni lembut cuma rasa cheese dia kurang lemak. Mungkin sebab dia kukus tp sedap la. Boleh cuba k korang :)

============================================================
Saya ada menjual SET BERSALIN produk NAWAL HERBAL BEAUTY di http://www.nawalherbalbeautysarawak.blogspot.com/


16. Kek Minyak

Assalamualaikum

Hye readers! Kek minyak.first time aku dgr bila kek ni viral kat fb. Dah lama nak buat tp asek tangguh je. Actually sbg anak jati Sarawak, kalo bab kek ni memei org akan ckp kek lapis Sarawak yg paling femeskan....part tu aku suka ler hehehe...

Tp skarang semua negeri pun kadang kadang ada jugak yg belajar and dah expert nak buat kek lapis. Aku baru perasan aku takde pun entry kek lapis sarawak kan...nantilah aku buat...dekat dekat nak raya lah ekk sbb masa tu kek ada macam macam...kalo nak ikutkan kek minyak ni kek simple. Biasa buat utk hidangan kenduri kendara atau minum petang je. So arini aku buat utk majlis tahlil arwah nenek Akup..opppsss kat Sarawak atok pun kite panggil nenek....nenek lelaki hehehe...so ni resepi yg aku ikut.


Resepi: Kek Minyak
Sumber: linapg.blogspot.com


Bahan-bahan

5 biji telur
1/2 gelas gula kastor
3/4 susu manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan minyak
Esen vanila
Perasa dan pewarna


Cara-cara

Panaskan oven dulu pd suhu 165○. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan. Dalam bekas lain pukul gula, telur & ovallete hingga kembang. Masukkan susu dan esen dan putar lg sebentar. Masukkan minyak dan tepung sikit demi sedikit dan kaup balikkan. Bahagikan adunan kpd 4 mangkuk. Ni ikut suke lah ekk berapa warna korang nak. Setiap satu warna letakkan perasa. Part ni aku derhaka sikit sbb saja nak bg pelbagai rasa.

Tuang warna pertama sampai habis...diikuti warna kedua dan berikutnya. Tak perlu ratakan ekkk.nanti dia pandai rata sendiri dan membentuk warna warna....bakar pd 50 minit yer....jgn lupa gris kan loyang dulu & kertas minyakkan..siap.... biarkan sejuk baru potong


 Ni cara tuang spy membentuk mcm pelangi

 Tara.......

Alhamdulillah wlu pn tak banyak...

 Bahan-bahan dier

Ehhh eh tak sabar nak school yer... hehehe


Komen aku → kek ni sedap la...cuma aku dah biasa tekak kek lapis Sarawak yg byk bahan tu so yg ni simple tapi sedap. Cubalah..... :)



Tuesday, April 29, 2014

15.Spagetti Carbonara

Assalamu'alaikum wth...

ok kali ni aku nak share resipi spagetti carbonara..sebenarnya aku a bit upset...sebab nyer aku masak ni masa kat umah encik asben...aku masak terlebih portion pasal yg makan aku dan encik paddaAppa aku jer..yg lain iaitu mak and kakak aku tak reti..aku luper laaa...aleesya pun makan tapi besar mana jer isi perot die kan...so resipi ni aku buat simple je sbb bahan takde sangat...

Resipi: Spagetti Carbonara
Sumber: Campur-campur

Bahan (utk portion 2 -3 org)
1/2 bungkus spagetti
1 tin sos carbonara
secawan susu Dutchlady, aku pakai UHT masa tu
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 1 biji
Mozarella @ Parmesan Cheese kalo suka
Minced beef / udang
Lada Hitam
Persley
Cendawan Butang
Sosej dipotong bulat -bulat


Cara-cara

Mula mula rebus air sehingga mendidih dan masukkan spagetti utk lembutkan. jgn lupa masukkan sesudu mentega spy spagetti tak melekat. Bile dah masak angkat dan tos kan dan blh masukkan sikit lagi marjerin kalo nak.

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. masukkan minced beef dan kacau. kemudian masukkan cendawan butang & sosej serta kacau hingga masak. bila dah masak masukkan sos carbonara..dah sebati masukkan susu DutchLady dan kacau lagi hingga sabati. masukkan cheese dan perasa. nak lemak lagi blh letak telur sebiji dengan api yg dah ditutup ...biarkan dia masak sendiri.. siap...!!!!





Asal gambar ni terbalik???? 






Komen aku--> Sedap cuma kurang pedas mcm spagetty tradisional.. tp akan cuba lagi nanti..hehehe.

Sepagi bersama 4'a

Assalamualaikum. ..

Hari ini kerja aku memflashback dan menghapdet cerita yg dah terdelayed jer ekk...haritu hari sabtu...aku dgn penuh semangat ni bawak 4'a ni pergi taman Bulatan iaitu tempat utk riadah...aku panggil 4'a sebab Anif, Azeem, Aalia, & Aleesya...so semua A :)

So semuanya tak mandi...offcoz ler kan sebab konon nak gi berjogging...banyak ler ko punyer jogging...hihiii...pergi berpossing ader ler..hhehehe..saje jer nak bg budak budak ni main kan....kalo rumah papa kat Putrajaya dekat jer playground x sampai seminit...ni kene lah naik kereta kan....











 hambek kau si aalia @ dedek pakai baju tidur lagi tau...kasut skolah hahhhaaa



So nampak tak muka girang mereka macam nak sambut hari raya...hahaaahha....

Akhirnya...! U Can Walk My Dear Aleesya

Assalamualaikum...

Mak aiii dah basi baru nak hapdet...heheeh..aku kekeringan idea ni...then aku teringat moment aleesya melangkah ke fasa baru yakni nikmat "pandai berjalan"...macam main main pun ada..mcm di plan pun ade..tau tak bile dia pandai berjalan???....sangat betul tekaan kiteorg...selalu we olls kate entah entah aleesya ni jalan bila dah pijak tanah semenanjung...yes it's TRUE... dia pandai berjalan masa usia lebih kuran 1 tahun 3 bulan 10 hari mcm tu... tanggal 06 April 2014...di rumah papa di Putrajaya. masa tu baru balik dr kampung...aku ckp mcm ni..aleesya cuba belajar berjalan...papa pegang bellon ni..kite tengok aleesya ni kalo leka dia tak ingat dah dia tengah buat ape...so papa peganglah bellon tu dgn jarak 9 langkah mcm tu..aku lepas kan dia ckp ok aleesya take your ballon there and come back here!!! dia ni kan allergik pada bellon soooo....tiba tiba.....eh eh....sampai kat papa dier....waaaaa aku terharu giler and rasa nak nangis and bermula dari situlah dia dah dpt license and kaki...asek keluar masuk bilik siap tak mo tido sbb teruja yg amat..habis maknek dia yg dlm bilik dier terjah...aleesya ni walaupon lambat berjalan tp dah pandai dia terus pandai....alhamdulillah..akhirnya...heehhehe...

jom layan jap moment tu...

 eh eh actually ni masa siang..dia dah pandai mlm tu..ni nak p jalan jalan jer... :)

 dengan Mak heheheeh  


 hehehe....aku get ready dah tunggu d garisan penamat

 patah balik......


Kesimpulannya....
aku bersyukur sangat dengan anugerah Allah yg ini...dia lah pengubat luka lara aku. pengubat rindu dikala mister paddaAppa aku jauh...heheehh....sekarang dia dah makin becok..and lari sana lari sini... dan blh tolong sepahkan barang dan tolong yg betul betul tolong....hehe... i love you sayang.... mama sayang Nur Aleesya Amani emmuahhh.....

Wednesday, April 23, 2014

KeAlergikkan yg Kepelikkan

Assalamualaikum wth...

Wallah...dah bersawang dah blog aku ni kot...lama nyer tak hapdet blog ciput aku ni...bukan aku takde masa..siyes aku cuti bermasak masak sekarang ni..huhuhu..apesal ek...huhuh malehnya nak bgtau...xpenting pon kan...hihi..actually...cisssss....nak jugek buat suspent sound kan..kekekeke...jgn mare daaaa....tak aritu kan masa aku balik KL sbb nak jumpe mister paddaAppa aku and family motha in Lo aku..aku kena alergik..sebenarnya aku xtau ler nak kata alergik ke dak..sbb nyer ni kali ke3 aku g medical check up. semuanya jawapan lain lain..

Alergik ni sejak aku mengandung anak pertama aritu...sapa lagi dak Aleesya ler..mule kena kat jari kot...gatal gatal mcm ade bijik ade gelembung gelembung air tu..pastu hilang lepas beranak! then agaknyer dlm bulan 2 ker bulan 1 tahun 2014 datang balik..aku hengat elergik ler sbb prasan bile makan telur je datang ler gatal gatal...pastu aku g klinik pakar kulit ni...dia kate alergik..ker dia ckp mcm tu sbb aku ckp aku makan telur je gatal..so dpt ler anti-fungus & anti-bacteria serta ubat sapu..Rm200 ambek kau..alhamdulillah ok ...baik...
senyum aku..:)

Pastu aku balik KL kan..biasa ler balik kpg n jumpe husband mood makan tu berkoba koba...makan jer lah ape ade hal... seingat aku ada dua kali mkn seafoods. mestilah mkn kan dah sedappppp huhuhu





Haaa..nampak mcm ok jer tak terukk....cube hayati rase kegatalan die....tak lena tidooo OOO

Pastu start balik dahhh...uwaaaaa!!! dia start masa dah nak balik miri...mule membengkak..mule mula mcm gelembung air pastu air dlm tu bertukar nanah..tp nanah dia tak pecah...aku tak tahan aku pergi klinik yg ada panel...gatal tu dtg especially malam....doktor ni plak bgtau ni bkn alergik...tp ni sumthing terkena chemical...aku blur...contoh doctor??? ini ha...macem kena itu chemical macem yu kupas itu bawang...what??bawang!! aku lg blur...how come maa....bukan sabun ka doktor...no...kalau itu sabun semue tangan kena ma...kalo alergik satu badan jugek...oh yer tak yer jugek...aku mula berfikir...ini yu kena hujung jari sahaje..so doktor sy kena stop masak ka???doktor gelak...hahah...blh kah stop masak??? aiyo doktor sy masak ari ari..tidak apa lah....yu ambek nanti satu ubat sapu sama vitamin E...jgn dulu kasi kena itu jari. tengok mcm mana.. aku mengiyakan sahaje...pastu aku tengok vitamin tu vitamin C... ahh lantak ler...mungkin aku salah dengar donggg....

So lepas 1 minggu lebih..hingga hari ni 24/04/2014.... jari aku dah ok dgn tidak pergi memasak ape ape kalo masak pun pakai glove..kecuali goreng telur....aku ada gak makan telur n udang kot die dtg balik...tp xde..maknenye betul lah kot.... macam pelik kan..aku yg suke nak try and error masak ni blh dpt alergik mcm tu...huhuhu..tapi xpelah mungkin ada hikmah kan.... soo sebab tu aku x hapdep ape aper lgi ni..tunggu ye..dah ok bebeno aku hapdet...taraaaa...... tp aku ada gak google kot kot ade insan lain yg mcm kes aku ni...memang ade...so tak pelik sangat lah kan...


heheheheh...

#aku yg keboringan xde ape nak di hapdet!

tunggu resipi Carbonara Spagetti aku next entry k!

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...