Wednesday, May 6, 2015

67. Ayam Goreng Berempah

Assalammualaikum (",)

Hi


Menu kedua hari yg sama...semalam lah.....


Cum versi goreng. Ayam goreng brempah. Takut ada yg x minat ayam grill. Tp habis jgk semuanya

Ni basic nya sama jer mungkin ada tambahan sikit dr segi bahan

Bahan bahan
°°°°°°°°°°°°°°°°
1/2kilo ayam (wings dan peha)
Serbuk kunyit
Sedikit garam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
3 batang serai
1 inci halia
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 susu teh jintan putih
Sedikit ketumbar
2 sudu besar tepung kfc (if ada)

Cara cara
°°°°°°°°°°°°

Kisar semua bahan kecuali tepung. Manakala jintan dan ketumbar ditumbuk. Lumur pd ayam dan tambahkan perasa. Perap semalaman. Goreng dgn kaedah deep fry. Siap utk dihidang








Nasik lemak hijau...next entry k :-)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‍‌‌‌‌‍‌‍‍‌🔥‌‌
PENDUSTA AGAMA ‍‌‌‌‌‍‌‍‍‌🔥‌‌

Buat pedoman hidup dari Ustaz Ebit Lew.. ‍‌‌‌‌‍‍‍‍‌💕‌‌

Bagi kita Rm2 kecil tapi masih ramai orang yang Rm2 bagi mereka amat besar..

Tahun lepas saya jumpa seorang makcik tua umur 70 tahun jalan kaki 20 puluh km dalam hujan balik dari ambil ubat. Pergi hospital rm1 bayar hospital. Rm1 bayar bas. Saya menangis mendengar kisah makcik tu..rumahnya buruk. Jaga seorang anak yang banyak buat masalah.

Saya pernah jumpa beberapa kali orang di stesen minyak tiada duit nak isi minyak. Hanya air mata dan muka malu-malu untuk minta pertolongan.

Saya pernah lihat anak sekolah tak makan macam kawan lain. Dia duduk seorang diri pergi solat Dhuha kerana tiada duit nak makan..di ajak makan dia menolak. Katanya nak solat dhuha rupanya dia tiada duit. Mereka berdoa sambil menangis. Dari kecil hidupnya begitu.

Saya pernah jumpa sekeluarga sentiasa buka puasa di masjid kerana tiada duit langsung..

Saya pernah bawa beberapa anak muda belajar agama. Dompet mereka kosong. Gaji sikit lepas tu semua bagi pada mak ayah di kampung. Bila dapat upah sikit untuk menolong kerja sikit sikit. Mereka bersyukur dan ulang-ulang cakap terima kasih.

Saya pernah lihat seorang yang baik diminta oleh bos poskan sesuatu. Boss nya terlupa bagi duit. Akhirnya dia cakap, dia langsung tiada duit. Dah seminggu duit habis. Cuma makan nasi dengan masak kuah air kosong di rumah.

Saya lihat orang kena saman kena tinggalkan motor sebab tiada lesen. Disuruh naik bas. Menangis merayu sebab semua duit dah jadi minyak. Kerja sara keluarga. Hidup susah.

Masih ramai orang tak keluar rumah dan tak pergi kenduri sebab tiada duit nak isi minyak kereta dan rumah. Anak-anak tak pernah merasa mainan dan ipad macam anak orang lain.

TAKDIR KITA SEMUA TAK SAMA...

Kita semua terus berusaha tapi jangan pandang hina pada orang lain.

Allah gelar manusia PENIPU DALAM AGAMA ialah yang tidak mengasihi orang miskin dan anak yatim dan lalai dalam solat...

penipu yang tak suka tengok orang lain tolong orang susah...

Lebih teruk dah susahkan orang tapi tak rasa apa-apa lagi sebab dah terlalu lama hidup senang.

Lebih teruk tak pernah langsung rasa susah dalam hidup ini. Benci dan pandang lekeh orang miskin dan susah.

Kita yang kaya terlupa mungkin kita diberikan rezeki kerana doa orang miskin dan lemah di kalangan kita. Ingat baik-baik sementara diberi peluang.

Ada kerana rm2 makan nasi kosong tanpa lauk apa pun. Kerana rm2 ramai yang tak mampu nak beli susu anak. Pergi kedai setiap barang tanya harga. Kerana duit cukup-cukup jer. Ada seorang anak bayar yuran madrasah dengan duit sendiri hasil kutip duit raya. Itupun belum cukup. Keluarkan duit syiling bayar yuran.

Kata ketua pendeta di zaman kegemilangan Islam. Jika ingin kalahkan Islam senang sahaja.... SAAT PEMIMPIN MEREKA MENGUTIP CUKAI SEDANGKAN MEREKA HIDUP MEWAH DAN SENANG, itulah zaman kehancuran mereka. Dengan mudah mereka akan kalah kerana mereka tiada bantuan dari Tuhan lagi.

Di zaman sahabah rhum dan orang soleh dulu saat menjadi pemimpin dan pembesar mereka kata kamu boleh belah anggota aku dan lihat darah aku yang mengalir tiada di dalamnya dari harta rakyatku.

Itulah Islam dulu-dulu sehingga semua kerajaan lain ingin diperintah oleh orang Islam. Islam ialah kasih sayang Tuhan. Kasih sayang Allah dizahirkan dengan orang Islam beriman yang sayang orang lemah. INDAHNYA ISLAM .

Marilah kita menarik rahmat Allah malam ni dengan kita tambah sedekah dan cari mana-mana orang susah dan bantu mereka. Rezeki kita _ dengan sedekah. Allah janjikan dalam taat. Kita doakan hidayat buat semua ketua dan pembesar supaya Allah berikan hidayah buat mereka dan mereka bertaubat atas kesalahan mereka. Janganlah benci sesiapa. Kerana Tuhan sayang dan memaafkan kita selagi kita mudah memaafkan orang Islam lain. Kita semua saudara satu kalimah. Semua orang buat silap yang terbaik yang minta ampun. Doalah hidayah buat 5 bilion orang yang belum Islam. ya Allah maafkanlah kami sua. Kami semua bertaubat kepadaMu. Ya Allah paling kami takutkan kemurkaanMu😢😔

66. Marinated Arabian Chicken

Assalam (",)

Haritu nampak kawan pos kat fb beliau rempah dari arab saudi. Sbb husband die org sana. Aku cecepat beli n pergi rumah dia time kerja...since cuti labour day aku dah marinated kan dr semalam lagi. Spy terasa perapan tu. Dlm gambar ni yg di snap sikit je ade lg yg lain tengah tunggu masak.aleesya pon makan..sbb ayam dia lbh lembut jadinya

Aku beli yg Seasoning & Spicy. BbQ pulak aku x beli. So cuba alhamdulillah habis dimakan sekali jalan......

Hahaha kebetulan ada sepupu datang mmg rezki dorang lah kan.

Selain tu aku jgk masak ayam goreng rempah, nasik lemak hijau, sambal nasik lemak dan pau gebu

Tp aku share one by one lah yer resepi. Ala sesimple yg blh je. Uolllss lg teror kan


·······Orite ni resepi········

Bahan bahan
°°°°°°°°°°°°°°°°
. 1/2  kilo ayam (bahagian paha & wings)
. 2 batang serai
. 1 inci halia
. 3 ulas bawang merah2
. 2 ulas bawang putih
. Sedikit garam
. Gula (lupa nak bubuh)
. Serbuk rempah arab

Cara
°°°°°

Kisar semua bahan kecuali rempah. Kemudia lumur pada ayam yg dah dibersihkan. Kemudian lumurkan pula rempah arab. Rasakan sedikit ok ke x kamasinan nya. Tutup dgn plastik wrap dan simpan semalaman dlm peti ais.

Esoknya bakar pd suhu 180° sehingga masak. Tp sebelum tu lumur dulu dengan minyak zaitun dipermukaan ayam. Selamat mencuba :-)








_________________________________________
📌Jika kita terasa nak melakukan satu maksiat, maka bacalah doa ini, nescaya Allah akan masuk kan kedalam hati nya benci kepada maksiat serta cinta kepada kebaikan

الله معي الله حافظي الله ناظري الله حاضري الله شاهدي الله قريب مني

Ejaan bahasa Melayu..
Allahu ma'i
Allahu hafizi
Allahu naziri
Allahu hadiri
Allahu syahidi
Allahu qaribun minni

Maksudnya...
Allah bersama ku
Allah menjaga ku
Allah melihat ku
Allah ada bersama ku
Allah menyaksikan ku
Allah dekat dengan ku

Baca apabila kita terasa ingin melakukan maksiat, apa2 saja maksiat atau perkara yang di larang Allah

🌹Habib Umar Bin Zein Bin Sumaith 🌹

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...