Sunday, March 23, 2014

13. CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING

Assalamualaikum...

Selain buat kek carrot, aku pun ada buat cream puff lepas siapkan kek carrot. Nampak tak kesemangatan aku kat situ? Nampak tak hahahaha over pulak ehhhh...

Ni first time aku buat and keputusannya adalah menjadi.!!.. Alhamdulillah best nyer. Cuma bile dah penat and hidu bau kek memanjang otomatik aku jd kenyang... tp komen tetamu kehormat aku kata  bestttt.....Alhamdulillah semua memberansangkan.... nak kasi 5  ke 9 ☆☆☆☆☆☆☆☆★★★★★★  ehhhh....walllaaaaa..... ;))



Jom tengok resipi..tengah menaip ni sambil tidokan si kecik aleesya. Tp teringat member fesbuk ada yg nak resipi so aku gagah kan jugek yer.... 20 sen!!!


Resipi: Cream Puff with custard filling
Sumber: Chef Kamarul via blogsecubitgaramnor67


Bahan-bahan

A) cream puff

100g mentega
125g tepung gandum
250L air
1 sk gula
1/2 sudu teh garam
3 biji telur


Masakkan air, mentega dan gula serta garam. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit hingga tak melekat pd periuk. Biarkan sejuk seketika dan masukkan telur 1 per 1. Kemudian paip kan pd loyang pembakar yg dah di gris dan bakar pd suhu 180º selama 15 minit atau masak


B) Custard filling

500ml susu segar
100g gula kastor
25g tepung kastard
30g tepung jagung
1 biji telur
Sedikit esen vanilla
Gula aising utk hiasan


Cara,

campurkan gula, tepung kastard, tepung jagung, telur dan esen vanilla serta dipukul. Sementara tu didihkan susu segar. Masukkan dalam bancuhan tepung dan kacau hingga masak dan kental. Jika adunan cair blh tambah tepung jagung sedikit.

Apabila cream puff dah masak, belah kan atas dengan pisau kalo x terbuka & paip kan filling kastard td apabila dah sejuk. Ayak gula aising ke atas nya. Siap ♥



 ♥♥ seronoknya nak memaip ;)



♥ Lemak berkrim jer rase

Komen aku → rasa puff sedap, lembut dan kena sabar nak tunggu masak. Kalo dah masak puff tu dah pecah takyah ler koyakkan utk masukkan filling. Utk filing pulak, adunan ni mcm banyak, so blh buat half sukatan atau uolls blh ganda kan adunan puff. Overall rase memang sedap especially time panas-panas sampai kazen aku ckp dh blh bisness ni.hehehehehe.. dan blh ubah pakai cream cheese pn blh..... hihihi cheese lagi..... jom lah cubaaa.....tak rugi tau...








12. CARROT KEK WALNUT

Assalamualaikum..

Semalam aku spent kan masa utk buat kek ni..tak tau ni kali ke berapa dah aku buat so kalini aku post lah ekk resepi dia. Hope kalo ada yg mencuba nya akan berpuas hati heheheh ;)

Cuma since aku buat ni utk baby aleesya makan jugak so aku kurangkan kuantiti gula kpd kurang manis. Utk rasa yg ideal, blh ikut resepi ni ekk... jom kite tengok


Resepi: Kek Carrot Walnut
Sumber: kongsiresepi.com & dapur azie


Bahan-bahan

200g carrot yg dah diparut
250g tepung gandum
200g gula perang (yg jenis lembut dan halus) ATAU 100g gula perang & 100g gula kastor
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit serbuk kayu manis (kalo nak)
100g walnut panggang & kisar
200g ATAU 1 1/4 cawan minyak jagung
70g kismis atau ikut suke nak ke xnak
Sesudu makan ovelette
1 penutup esen vanilla




Cara-cara

Mula-mula ayak tepung bersama-sama dengan baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian di dlm bekas lain pukul gula dan telur hingg kembang. Kemudian masukkan minyak. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit hingga mesra. Masukkan carrot, walnut yg dah ditumbuk, kismis, esen vanilla dan ovelette. Kaup balikkan sehingga adunan sebati. Sementara tu oven dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180º dan gris kan loyang dengan mentega dan kertas minyak. Bakar pd suhu 180º selama 20 minit pertama api bawah kemudian tukar ke api atas & bawah hingga masak. Nak tau kek dah masak ke belum blh cucuk dengan lidi kalo tak melekat lepas lidi ditarik maknanya dah masak. Tengok pd oven masing-masing jugak ler


Actually boleh letak frosting kat atas kek ikut suke. Since aku buat utk baby aleesya so aku x buat kalini


Resepi Cream Cheese

250g cream cheese
100g gula aising
100g mentega


Cara, blend jer semua dan boleh hias ikut suke

ATAU


Resipi ke-dua yg blh di pakai
(blh guna utk red velvet @cupcakes)

500g whipping cream
250g cream cheese
110g mentega
60g gula aising
2 titik lemon paste/juice

Cara, pukul kan whipping cream hingga kental dan ketepikan. Dalam bekas lain pukul cream cheese, mentega, gula aising dan juice lemon kemudian satukan dgn whipping cream dgn kelajuan perlahan.


Utk hasil yg aku buat as pics shown below..... cewahhhhh..... gambar x cantik hokay!! (,*)




♥ Nampak tak my assistant?  Kemain anak mama aleesya ehhh..... semangat...


♥ Ni plak gambar sebelum ni yg aku pernah buat.. nampak tak tekstur dier....yummy....

♥ Masa ni kan....ada kawan datang, buat masa harivraya aidiladha 2013 serius dia suke giler kek ni...Alhamdulillah. ..


♥ tengok bile nampak and dapat kek..... hehehehe


Komen aku→ kek ni sedap walaupun kadang2 susah nak diterima tekak oleh golongan kanak-kanak tp kalo buat dlm cup dorang jd suka :)
Cubala.......

Saturday, March 22, 2014

11. SUP AYAM BERCARROT

Assalamualaikum. .

Harini nak update resipi simple ajerlah.. actually sup ni aku masak utk baby aleesya. Baby aleesya ni masa dia 7bln memang dia semangat nak makan Tp dah masuk 9 bulab dia xmo dah makan bubur. Nasik pun takmo. Aku sebagai ibu ni memang arr risau apa lah dia nak makan... so selalu jugak aku masak mcm mcm tp kadang dia tolak. Tp kalo buah and kek xkan tolak der..... sebab tu tiap minggu aku ni baking nasib baik lah aku memang cinta giler dengan baking....huhuhuhu


So ni simple jer ekk main campak campak jer. Sure uolls lg super sedap punyer


Resipi: Sup Ayam Bercarrot
Sumber : Mama Aleesya

Bahan-bahan

Isi ayam secukupnya
Carrot setengah batang hiris nipis
Kismis 11 biji
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 atau 1/2 inci halia
1/2 sudu teh lada sulah
Garam sikittt je@ jgn letak langsung
1 biji telur
Sedikit minyak matahari dan 1 cawan air


Cara-cara

Basuh ayam dan carrot. Tumis bahan tumbuk iaitu bawang dan halia hingga naik bau dan kekuningan sikit. Masukkan lada sulah. Kalo nak masukkan bunga lawang dan cengkih pun blh. Kemudian masukkan ayam dan kacau kejap. Masukkan air satu cawan. Biar mendidih. Pastu tapis kan utk buang hampas bahan tumis. Ni kalo x tapis pun blh cuma kadang kadang kanak kanak x suka bile nampak benda alah ni. Sambung reneh kan ayam dan masukkan carrot dan kismis. Kemudian masukkan telur dan kacau. Bubuh garam sikit jgn tak je... x letak pn takpe sebab baby x boleh makan garam lagi kan... siap !


Version bergambar kat bawah tu...



Bahan bahan





Komen aku → sup ni rasa dia manis asli dr carrot and sedap. Kalo x bubuh telur pun ok. Tapi tu lah yg selalu yg tolong habiskan azeem atau adek hahaha sebab aleesya makan sikit je. Aku je yg x pernah putus asa nak buat hehehe.... sudahnya dia makan cupcake yg lebih. Nak tau resepi....tunggu yerrrr ;)

Monday, March 10, 2014

10. COOKIES ALA-ALA FAMOUS AMOUS

Assalamualaikum wth.

♥ Hye readers. Apakhabar? Hari ini rata-rata seluruh rakyat Malaysia terutamanya dan China am nya tengah dlm kerisauan, kegelisahan, ketakutan, penuh tanda tanya dan mcm mcm perasaan atas insiden #mh307. Aku pun tak terkecuali setiap saat memikirkan dan mengikuti perkembangan semasa #mh370. Mudah-mudahan ada keajaiban dari Allah swt utk memberi petunjuk di mana kah pesawat #mh370 ini. Sesungguhnya bahu yang memikul lg merasai beratnya derita di jiwa dan raga. Tak dapat digambarkan mcm mana lah kalo aku yg diuji sedemikian. Sungguh, terlalu berat utk dilalui namun ia adalah sebahagian qada dan qadar Allah yg tiada siapa mampu menandingiNya. Semoga ada jawapan pd satu persoalan, Dimanakah MH370?




Dalam pd itu semalam aku memang duduk depan tv je since tv3 pun mengadakan liputan Live Malaysia Hari Ini. Sehingga waktu petang barulah aku ada kesempatan nak bermain dgn tepung. Mujur anak buah aku yg rajin tu, si Dedek sentiasa seibok nak tolong...tepat jam 09:30mlm barulah selesai...alhamdulillah. Terpaksalah Mama Ngah yg mendodoikan si comel Aleesya ;)


Actually cookies ni aku dah buat 3 kali. Aku memang suke cookies especially famous amous..tp harga dia mahal rm8.++ utk 100g kan....dlm dia sikit jer.....so ade masa aku buat lah sekejap. Niat asal nak buat utk sik kecik Aleesya since dia suka makan biskut dan kek kek ...heheheh..tp disebabkan lame dh x buat...cookies ni rasa dia manis mcm famous amous. Dulu aku buat tawar sikit kalini rasa ngam ngam. Tp bg yg kurang gemar manis korg blh adjust k :)

Lagi satu korang blh jgk google recipe yg lain yg mungkin lg ngammmm rase dier.... namapun kite mencube..sbb aku pn sejak buat ikut resipi ni aku dah tak search lg kat tenpat lain..kire aku ngam lah yg ni...


Jom tengok !


Resipi: Cookies ala ala famous amous
Sumber: pelbagai


Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sk cream of tartar
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan mentega
Chocolate chip 2 botol atau lebih
Walnut cincang atau chessnut depends kat korang..sangai dulu tau
Garam secubit
1 sudu makan Susu segar
1/2 atau 3/4 cawan gula kastor
1/2 atau 3/4 cawan gula perang.

#nak kurang manis pakai 1/2 tau......



Cara-cara

Mula mula pukuk telur hingga kembang. Kemudian dalam mangkuk lain pukul mentega dan gula kastor & gula perang hingga sebati. Masukkan minyak. Setelah sebati masukkan adunan ke dalam adunan telur tadi dan kacau lg. Kemudian masukkan tepung,cream of tartar, soda bikarbonat,  chocolate chip, walnut atau chesnut, esen vanilla dan garam serta susu segar. Kacau dulu pakai senduk kemudian pakai tangan. Bila dah sekata masukkan dlm peti ice ruangan chiller selama 30 minit. Ini bertujuan supaya cookies tak melebar sebab mencair. Panaskan oven 10 minit pd 185º.

Kemudian bulat bulatkan cookies atau leper kan sikit mcm yg aku buat tu. Bakar dlm 15-20 minit depend korang nak masak sedang sedang atau nak ade hangus hangus sikit. Dah masak biarkan menyejuk baru simpan dlm bekas. Cokies akan jd lebih rangup bila dah sejuk...




Kite tengok step-by-step pulak k :)


♥ Bahan bahan... gule kurangkn kpd 1/2 kalo xmo manis sgt k ;)

 ♥Pukul telur hingga kembang

 ♥ lepas sangai aku tumbuk...ni kes xde yg badam kecik kecik tu....lupebeli..

 ♥ dalam bekas lain blend kan mentega dan gula

 ♥ campurkan adunan telur dan gula


 ♥ aku saja bubuh chocolate urai warna warni sbb itu je ade


♥ ni hp dah kong jd gmbr pn x cantik..sebelah pulak lepas bawak g opis tinggal ni je setelah bbrp minit...


Komen aku → biskut ni, mule mule masa panas panas mungkin mcm tak rangup tp bile pas beberapa jam dia akan rangup. Aku suggest korang letak chip chocolate bnyk sikit dan letak sikit badam cincang..sebab yg tu lg rasa mcm famous amous. Kalo korg bakar sampai warna chocolate pekat, jgn risau tetap sedap and lg rangup. Blh bentukkan leper atau  menininggi mcm bukit tp jgn lah tinggi sangat k :) last........ rasenye memang sedappppp ! ♡♥♥♥♥♡





Saturday, March 8, 2014

09. LASAGNA ~ my fe.ve.ray.tay...! wallah...

Assalamualaikum wth.

Arini dari pagi mengikuti berita semasa utk kapal terbang Boeng MH370 yg diberitakan telah hilang. Demi Allah bila dpt tahu berita ni hati jd terkejut dan sedih. Sehingga ke hari dan jam ini tv3 masih memantau dan menantikan jawapan / nasib MH370. Sebagai org islam, marilah kita sama-sama berdoa semoga semuanya selamat. Ameen


Dalam pada tu, aku sempat masak lasagna yg dah tertangguh sebulan. Dah lame nak buat tp akhirnya hari ini jugak aku buat. Sebenar nya western food ni bkn lah makanan kegemaran ahli keluarga aku kecuali kakak ipar aku, anak buah aku si Anif dan semestinya hubby aku..tp tu lah hubby xde pulak time rajin rajin nih....alamatnyer dia kenyang tengok gambar je la hahahahah :D

Yg pasti....sedappp oooo... tp lasagna ni aku buat lasagna daging....utk seafood next time k :)

#MH370 #prayforMH370 #malaysiaairlines




Resipi : Lasagna Daging
Sumber: mshieda.blogspot & my lovely family-ana


Bahan-bahan

Sos Daging
1 ulas bawang merah di mayang
1 ulas bawang putih di mayang
1 biji bawang besar di hiris halus
Cili boh kisar (sendiri ubah)
400g minced beef
1 kotak kepingan lasagna
1 tin sos prego
1 tin cendawan
Garam, pak aji, gula dan garam secukup rasa


Sos Putih
2 sudu tepung gandum
400ml susu segar dutch lady
6 slices cheesedale
2 sudu makan mentega


Cara-cara

Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih & bawang besar sampai naik bau. Masukkan pula cili kering yg dah dikisar. Kemudian masukkan daging cincang dan biarkan mereneh dan masak. Masuk sos prego, cendawan, garam, pak aji dan gula. Kacau hingga masak dan ketepikan.

Untuk sos putih, mula-mula sangaikan tepong dgn api perlahan hinga warna tepung bertukar kecoklatan. Masukkan mentega. Kemudian tuang susu dan cheese slice. Biarkan mendidih dan kacau spy tidak berketul.

Sementara oven di panaskan pd suhu 180º, rebus kepingan lasagna dengan air yg ditambah mentega/minyak spy x melekat nanti. Kemudian susun kepingan lasagna dalam loyang, pastu sendukkan sos merah, kemudian sendukkan pula sos putih meliputi seluruh permukaan. Kemudian tabur parmessan cheese atau slice parmessan cheese. Buat ulang2 dan bakar pd suhu 180º dan turunkan suhu bergantung dgn jenis oven. Bakar selama 40minit..siap...tunggu sejuk sikit baru potong! Yehooooo.....


 ♧ bahan bahan utk sos daging


 ♡ bahan untuk sos putih

♧cheddar cheese & parmessan cheese



♡ basuh dan hiris bahan tumis


 ♧:-D tumis bahan-bahan

 ♧ masak daging sehingga berubah warna & kering....



♧siap dan ketepikan...

♧masak sos putih...


♧setelah masak & di ngapppp!!


Dalam aku masak ni kan....punyelah Aleesya xmo tido..asek nak join masak jer..aku pun tawakal jer la...



♡♥ jangan lupe...doakan utk MH307 ♥♡



 ♡ my buah hati...kesian dia..self service makan !

♡ see...dukung okkay...


Komen aku → since lasagna ni memang feveret aku, kalo pergi pizza hut wajib order, so yg ni aku tetap suke....sampai 3 kali tambah oooo..alamak...nampak sangat aku kuat melantak. Kalo tengok kat bhan ni ade yg aku x bubuh bahan dier mcm oregano, black papper, sos cili dll...so u all blh lah tambah k mane yg kurang. Jenis kulit ni aku rebus dlm 4 minit...kalo blh bg lebih sikit spy betul2 lembut.....

Ok korang.. aku share ini je lah ekkkk..selamat mencube ! ;)

 ! Assalamualaikum !


Updated!


Tara ni version buat utk hubby ! wallah...syukur hubby makan bnyk and diam diam. mlm tu dia kata 1/3 tu dier sorg yg makan.....yehu....sempat jugak makcik tukang urut jamah..alhamdulillah kan rezki makcik sampai time tepat2 masak....hehhehe...so uollss.... buat ler yer....

Friday, March 7, 2014

TIBA TIBA AKU JADI PENJAMIN APPLY VISA

Assalamualaikum readers..sihat tak..uwaaaa dh nak 2 mgu x update resipi..bkn xnak tp aku sgt seibok selain aleesya demam...kalo masak pn aku x snap gambar..lg pon xde cube new recipe. Inn shaAllah esok akan ada...

So arini nak share satu pengalaman baru aku... iaitu menjadi penjamin atau org sokongan utk apply VISA. tau kan visa ty aper? Ala nak duduk mana mana negara kalo kite org luar kenalah apply visa kat imegresen.. sebenarnya jiran aku ni yg mtk tolong sbb nak dpt kan Visa husband dia. So bila teringat jasa ayah kakak tu dulu pernah jd guru mengaji, apa salah nya kan aku cuba. Mana tau nanti turn aku pulak.


So nak apply visa ni kene ada penjamin. Tp nak jd penjamin ni kene ada dokumen ni :

1) salinan kad pengenalan 2
2) salinan surat beranak 2
3) penyata gaji 3 bulan terkini , syarat gaji RM2k ke atas ekk
4) surat mengatakan yg kite bersetuju nak jd penjamin

So dokument ni kene ade..isi borang pastu org imegresen akan call utk interview.

Last sekali kene mati kan stamp di mahkamah sivil. Ni first time aku g mahkamah tau...

So itu ajer entry kali ni..harap membantu ;)





Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...